CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Doktor Tu Tak Pakai PPE Sebab.." - Rakan Suami Ummi Nazeera Dikuarantin, Pesakit Covid-19 Menipu

26-3-2020 11:00 AM| Diterbitkan: Straya| Dilihat: 8768| Komen: 22|Original author: Straya

Description: Para petugas kesihatan di Malaysia pada masa kini berdepan dengan cabaran getir kerana terdedah dengan jangkitan wabak Covid-19. Namun ada segelintir pesakit yang bersikap tidak bertanggungj ...
 

Kredit foto: Illuminasi

Para petugas kesihatan di Malaysia pada masa kini berdepan dengan cabaran getir kerana terdedah dengan jangkitan wabak Covid-19. Namun ada segelintir pesakit yang bersikap tidak bertanggungjawab serta menyembunyikan maklumat apabila menerima rawatan di hospital.

Baru-baru ini, suami pelakon Ummi Nazeera iaitu Dr. Mohd Izzar Anwari ada memuatnaik status Instagram mengenai rakan baiknya yang dikenali sebagai Dr. Amirul. Menurut Dr. Izzar, rakannya dan beberapa doktor lain di di wad sebuah hospital terpaksa dikuarantin akibat sikap pesakit yang tidak jujur. 

Kredit foto: Instagram Izzar

"Ini Dr. Amirul.Kawan baik saya sejak zama Kolej lagi.Beberapa minggu lalu dia terdedah kepada seorang pesakit Covid-19 selama tiga jam tanpa pakaian perlindungan (PPE). kenapa dia tak pakai? Sebab pesakit itu tak beritahu semua orang dia baharu pulang dari negara berisiko," tulis Dr. Izzar.


Kredit foto: Instagram Izzar


Menurut Dr. Izzar lagi, "Bukan sahaja Dr Amirul yang terdedah, malah doktor-doktor di jabatan kecemasan dan di wad juga terdedah tanpa perlindungan sebab pesakit tersebut tak jujur semasa ditanya oleh petugas kesihatan".

Disebabkan perkara itu, makin berkuranglah doktor yang boleh bertugas kerana harus dikuarantin. Kesemua doktor tersebut juga terpaksa berpisah buat sementara waktu dengan keluarga masing-masing. Dr Amirul bagaimanapun, kemudian disahkan bebas dari dijangkiti Covid-19 dan akan kembali bertugas.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dengan tindakan tidak jujur pesakit itu dan mendoakan agar barisan doktor yang terlibat dimudahkan urusan.

Dr Izzar turut menasihati semua orang supaya bersikap jujur sekiranya pernah keluar negara, pernah berdekatan dengan pesakit Covid-19 dan mempunyai simptom wabak tersebut.

"Tolong kami untuk bantu anda!Terima kasih kepada semua rakan seperjuangan dan mereka di barisan hadapan.Ayuh kita menang perjuangan ini.Yang lain,tolong tinggal di rumah.Jom doakan keselamatan dan kesihatan kita semua," ujarnya.

Perdana Menteri baru saja mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 14 April. Tolong para pertugas kesihatan yang telah bekerja keras selama ini dengan duduk di rumah. Moga wabak Covid-19 ini akan segera surut dan kita semua diselamatkan dari bencana ini. - CARI
4

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote binipopeye 26-3-2020 11:13 AM
hospital swasta kawan dia ni... pun ade menipu jgk.. selfish sungguh

yg aritu kt kedah hospital gomen.. lepas beranak baru ckp.. terus tutup satu theatre & wad utk cleaning... selfish mcm dia jer yg nk beranak.. effect org lain yg beranak jg..
Quote matchstick 26-3-2020 11:17 AM
binipopeye: hospital swasta kawan dia ni... pun ade menipu jgk.. selfish sungguh yg aritu kt kedah hospital gomen.. lepas beranak baru ckp.. terus tutup satu thea ...


Yg dkt sungai petani tu hospital private kan.. Pantai hospital laguna merbok
Quote KIM.K 26-3-2020 11:25 AM
Yang suspek covid janganlah buat macamtu. Sebelum buat pemeriksaan call dulu petugas hospital. Dah sampai jarakkan diri 3-5 meter dari petugas bagitau suspek covid nak buat saringan
Quote namieamuro 26-3-2020 11:26 AM
dorg ni dh abes bercuti belum?
Quote nazzse 26-3-2020 11:35 AM
So dr izzar dah test covud ke belum?? Kuarantin ke tak?
Quote aderaderker 26-3-2020 11:40 AM
Dengar ada gi melancong aritu satu famili bang?
Quote munchkin 26-3-2020 12:15 PM
You see ni kelemahan malaysia. During MRO mereka kata nak test rakyat malaysia yg pulang dari luar negara. Tak test langsung. Biar masuk je.

Mereka inilah punca. Punca faham tak punca.
Quote Ladybird910 26-3-2020 12:18 PM
Help us to help you???

Hellooooo....r u talking to the mirror??

U r not the frontliners..you r the pt...blk nnt kena kuarantin kot..so part mana HELPING US?
Quote any42 26-3-2020 12:42 PM
ok doc. pape je lah. ktorang dah lma bkurung. yg  xinform ad covid19 dgn yg bcuti overseas bila merata dilanda wbak sama je kn selfish ?
Quote gummiebear 26-3-2020 01:46 PM
Dorang sefamily dahh balik ke belum?
Quote md_nana 26-3-2020 02:47 PM
Klu aku jd dia xnk dah update pasal covid ni sbb diri sendiri pun boleh pergi berjalan ke oversea tanpa rasa bersalah. Kata bini kaya. Cancel je laaaa cuti tu. Bila2 masa je boleh pergi.
Quote salmon-suki 26-3-2020 02:53 PM
munchkin: You see ni kelemahan malaysia. During MRO mereka kata nak test rakyat malaysia yg pulang dari luar negara. Tak test langsung. Biar masuk je. Mereka in ...


maybe y mnipu tu ada travel history sblm pkp kot..tp menipu sbb xnk dikuarantin..sgt2 tidak bertanggungjwb n i hope y dia kne saman..
Quote salmon-suki 26-3-2020 02:54 PM
Dorg sefamily tgh travel atau dah balik ye?
Quote Leonclay 26-3-2020 03:07 PM
Sibuk pulak dia nk bercerita hal org..nk cover hal dia yg g bercuti tu la..
Pasni jgn lupa pulak update ape result test covid Dr sekeluarga ye..bg org lain aware juga your status
Quote alieyrina 26-3-2020 03:25 PM
Dah balik ka derang ni..ada kuarantin x..kang pung pang pung pang kondem, sendiri punya family yg bawak virus
Quote Artemesiaa 26-3-2020 03:26 PM
Kes tu dah ramai rakyat Malaysia tahu.  Harap dia sekeluarga pun lakukan pemeriksaan bila balik nanti.
Quote Aai2 26-3-2020 03:36 PM
Sepatutnya duduk diam2 je...x payah nak komen pasal isu convid ni,sbb dia sendiri pun x ambil langkah percegahan..masih bercuti keluar negara semasa negara tgh kalut dgn isu ni...
Quote awenda507 26-3-2020 05:49 PM
Sembangggg la kau doc
Quote stokin 26-3-2020 08:35 PM
Mcm bagus. Poyo je semua doc2 yg main ig ni. Kalau betul, doc busy la takda masa nak layan ig. Keje selamatkan patient. Bini pun sama. Muka poyo bangga ada laki doc.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.066806 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top