CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Najib Rayu Pemilik Hartanah Tangguh Kutipan Sewa Semasa Krisis Covid-19

27-3-2020 11:40 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 2368| Komen: 10|Original author: Tukang Tulis

Description: Bantu para penyewa yang sedang berdepan kesukaran.
Gambar hiasan. Kredit foto: Pexels

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap pemilik-pemilik hartanah di negara ini mempertimbangkan pengecualian bayaran sewa kepada penyewa sepanjang tempoh COVID-19.

Beliau membuat seruan itu kepada semua pemilik rumah, kedai, pejabat, kompleks beli-belah, teksi dan lain-lain pihak yang mengutip sewa.

Melalui status dalam laman Facebook miliknya, Najib menyatakan bahawa beliau memahami bahawa tiada undang-undang yang boleh digunakan oleh kerajaan untuk menghalang mereka daripada menuntut sewa bulanan.

Datuk Seri Najib Tun Razak. Kredit foto: Facebook

Walau bagaimanapun, katanya, bank-bank telah membenarkan penangguhan bayaran balik pinjaman selama enam bulan.

"Sebab itu, saya harap tuan-tuan yang baik hati boleh bertimbang untuk memberi diskaun sewa sehingga 90% (kerana saya faham bank masih mengenakan faedah dalam tempoh tangguhan ini) mengikut kemampuan tuan-tuan ataupun mengecualikan sewa kepada penyewa pada tempoh krisis Covid ini.

"Tiada kebaikan kepada tuan-tuan juga jika pelanggan tuan-tuan terlingkup pada masa yang amat susah ini," katanya.

Najib menambah, sekiranya pemilik hartanah mengambil tindakan mengusir penyewa yang gagal membayar sewa, mereka akan berdepan kesukaran mencari penyewa baharu ketika ini.

"Kita saling bantu-membantu pada masa susah. Kita jaga kita," katanya.

Bagaimana pula dengan pihak yang mengutip sewa, adakah mereka sanggup menyahut seruan Najib itu? - CARI
2

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cookingholic 27-3-2020 12:13 PM
Bagus pak jib bagi cadangan yg constructive. Dari kem satu lg duk merempan tak sudah2 itu tak kena ini tak kena
Quote DARSITA 27-3-2020 12:15 PM

Bank boleh tak bagi discount 90% kpd peminjam (owner bangunan. rumah etc)?
Quote KirazMevsimi 27-3-2020 12:31 PM
steady pak jib. pesanan dan nasihat yang baik
Quote zidane_ziege 27-3-2020 01:09 PM
pemilik hartanah pun ada loan nk kena bayar..ada mulut nk kena suap..

kedai kena buat kemudahan social distance la bahalol
Quote Ina8895 27-3-2020 01:31 PM
zidane_ziege: pemilik hartanah pun ada loan nk kena bayar..ada mulut nk kena suap..kedai kena buat kemudahan social distance la bahalol


Kan bank dah bagi moratorium 6 bulan. Kau le yang bahlol.
Quote AbukRokok 27-3-2020 01:51 PM
jgn harap le...terserlah betapa kapitalisnya ummah murayu
Quote msxx 27-3-2020 02:07 PM
Utk premis yg mmg kena ttp aku kasi diskaun, tp utk premis yg masih buka & laku keras mmg kena byr mcm biasa la. Aku pon ada staff, walaupun premis aku sendiri pon ttp tp gaji staff masih jln. Kesian dieorg, nk mkn apa kalau potong.
Quote Ina8895 27-3-2020 02:44 PM
msxx: Utk premis yg mmg kena ttp aku kasi diskaun, tp utk premis yg masih buka & laku keras mmg kena byr mcm biasa la. Aku pon ada staff, walaupun premis  ...


Semoga dimurahkan rezeki
Quote DARSITA 28-3-2020 05:08 AM
Pihak bank cuma bagi deferred payment sahaja.

Sbg owner - apa untung nak bagi 90% discount kpd penyewa? penyewa dah bertahun buat duit tak kan tak ada simpanan money for rainy day?

Quote aarie 28-3-2020 08:39 AM
duit sewa mmg untuk service bank loan jer..

since bank bagi deferred 6 months...
and kedai2 pun tak boleh operate

I'll do the same to all my tenants..

hopefully dapat membantu

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:06 PM GMT+8 , Processed in 0.068174 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top