CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Keluarkan Bantuan Khusus Untuk Penggiat Seni" - Shuib Pertahankan Tomok

30-3-2020 09:38 AM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 7908| Komen: 36|Original author: Oleh: Top5complete

Description: Shuib juga menjelaskan artis juga rakyat malaysia yang banyak berjasa untuk negara. Artis juga harus dibantu bukan disisihkan.
Selepas Tomok dan Black Hanifah dikecam netizen kerana memohon bantuan kerajaan, semalam Shuib Sepahtu tampil mempertahankan penyanyi terbabit. 

Ini kerana menurutnya, artis dan pekerja belakang tabir yang kini tiada "job" kerana penggambaran dibatalkan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).



Foto: IG

Memetik Ohbulan, Shuib menegaskan, rakan-rakannya itu bukan meminta bantuan untuk diri sendiri tetapi penggiat seni lain yang terkesan akibat PKP.


Foto: IG

Tonton video penjelasan Shuib di bawah ini



Kenyataan Tomok dan Black itu kononnya untuk mewakili seluruh artis-artis lama, veteran dan penggiat seni lain

"Mereka keluarkan kenyataan untuk mewakili artis-artis lama, artis veteran, penggiat seni lain macam pengarah, penulis skrip, make-up artis dan sebagainya.

"Sebab bila ada PKP confirm mereka tiada job. Kita pun tak tahu berapa lama akan berada dalam PKP" katanya.

Shuib menjelaskan artis juga rakyat malaysia yang banyak berjasa untuk negara. Artis juga harus dibantu bukan disisihkan.

"Sebelum ni artislah buat lawak, artislah buat show untuk hiburkan korang. Artis dan barisan belakang juga marhaen, juga rakyat Malaysia. Semua orang akan ada masalah kewangan.

"Mungkinlah kerajaan boleh keluarkan bantuan khusus untuk artis dan penggiat seni yang tak ada job langsung. Itu saja. Kalau ada alhamdulillah, kalau tak ada nak buat macam mana?" katanya.

Semoga kerajaan memberikan bantuan kepada artis selepas penjelasan Shuib ini. - CARI
3

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (8 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 30-3-2020 10:18 AM
Masih kot nk ckap bantuan khusus? Apa ko ingat retis dn segala berkaitan retis tu rakyat msia level above non-retis ke nk kena ada bantuan khas?!
Quote prizadane 30-3-2020 10:28 AM
poyo la kau shuib oi!
kata kaya sangat sampai mampu bersanding lagi sekali la, keluarkan product macam macam.
ke dah tak mampu nak buat treatment and maintain kulit putih sarah tu?
Quote meow_tompok 30-3-2020 10:47 AM
forumer mana dah tepek keratan akhbar senarai B40 - artis pekerja belakang tabir termasuk dlm golongan ni

Quote bulalof 30-3-2020 10:51 AM
eeuuwww...

pemalas.

hidup nak disuap semuanya ke mulut.

ramai lagi rakyat malaysia tanpa mengira kaum yg memerlukan pertolongan.

tolong mereka yg benar2 memerlukannya.
Quote hyunniesSS501 30-3-2020 10:54 AM
eh tomok. kau kan pnah menang 1mil pon mintak bantuan ke.
kalau 1 mil tu cukup 7 keturunan kau sbb kau pun ongoing ada show.
Quote aemon 30-3-2020 11:09 AM
Takde sape suruh uols jadi artis..kerajaan tak paksa pun..yg create program realiti untuk ko masuk dulu bukan kerajaan ok...
Quote coco 30-3-2020 11:10 AM
kenapa artis mintak bantuan khas/khusu/dan sewaktu ngan nya.   sebab  semua bantuan kerajaan umumkan baru baru ni,  orang orang yang layak ada dalam database kerajaan sebab rakyat2 ni berdaftar dengan LHDN/KWSP/SOCSO.    So kerajaan guna database ni untuk tengok kelayakan memasing.

ARTIS - pendapatan juta2,  tak nak bayar incometax, tak  contribute to KWSP and tak nak mencarum SOCSO.  semua tamakkan harta sendiri.   soooooooooo...... bila kerajaan umumkan bantuan di beri base on data yg kerajaan dah ada.   ketakutkan la dia orang ... sebab sah sah yang tak berdaftar tu tercicir,   walau duit dlm bank ratus2 ribu...juta2.
Quote enchantedlurve 30-3-2020 11:16 AM
byknyee issue ni, leh x letak skali nama2 yg terlibat dlm satu list...
Quote kaseh80 30-3-2020 11:19 AM
Yg belakang tabir tu pun rakyat malaysia kan dah termasuk lah
Semua dalam bantuan kerajaan sekiranya layak
MERANGKUMI SELURUH RAKYAT

Nape bodoh sgt itu pun tAK FAHAM

NAK BANTUAN KHUSUS MCM MANE?????


Quote Qwertyuiop2019 30-3-2020 11:39 AM
Harap2 darah netijen tak naik gara2 retis mcm ni

Fuhhhh
Quote ekselen 30-3-2020 11:41 AM
Apa lg???boikot lh dia ni ngan produk2 dia tu sekali biar jatuh miskin..masa tu br tau erti bersyukur...bila Allah dh berikan rezeki lebih kat kau apa kata kau salurkan sikit sbyk kat org2 yg xde job tu..atau buat satu tabung khas mintak kwn2 kau yg byk bunyik dan hidup mewah2 tu utk bg derma jgk..baru dikatakan artis pun berjasa ..bodoh!!
Quote lasagna 30-3-2020 11:49 AM
kau pun kemian pakai barang2 branded nak lg gomen support lavish kau? sembang!
Quote AbukRokok 30-3-2020 12:02 PM
kimak kau la...pergila derma madu madu kau
Quote ariellin 30-3-2020 12:07 PM
Sebelum ni x heboh pun pasal staf belakang tabir..tak berbunyi pun bila artis veteren mengeluh ckp dibayar ciput... alih2 time pkp semua bajet nak jadi hero nak selamatkan staf industri kreatif

Ko kat mana selama ni shuib??? k sibuk menayang adiah, tayang umah juta2, tayang perlakuan bangang kat ig, show off kereta..moto..

Sume tak boleh pakai puak2 ni
Quote aderaderker 30-3-2020 12:08 PM
Shoeb, ni pendapat aku


Quote izzah_mia 30-3-2020 12:08 PM
"Sebelum ni artislah buat lawak, artislah buat show untuk hiburkan korang. Artis dan barisan belakang juga marhaen, juga rakyat Malaysia. Semua orang akan ada masalah kewangan.


hello....korang buat show bukan free tau. dapat bayaran. kami nak tengok show..konsert kena bayar tau.
kalau kat astro kena subscribe channel 132 & 124. kena bayar...bukan free.

Quote minah_selekeh 30-3-2020 01:03 PM
izzah_mia replied at 30-3-2020 12:08 PM
"Sebelum ni artislah buat lawak, artislah buat show untuk hiburkan korang. Artis dan barisan belakan ...

Ntah! Dia pikir selama ni dia buat CSR untuk kita ke? Tak hadap la menonton lawak low class ko tu..
Quote mieymiey 30-3-2020 01:06 PM
Bantuan khusus katanya. KHUSUS.
Quote amyza82 30-3-2020 01:07 PM
Si hodoh ni makin bunyi makin nampak hodoh.
Sama mcm bini dia yg feeling dh cantik konon skrg.
Sorry lh make over pn tetapppp hodoh jugak.

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.082682 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top