CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Awak Yang Tunjuk Semua Di Media Sosial, Tanggunglah Bila Dikecam - Mamat Khalid

30-3-2020 01:32 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 23604| Komen: 190|Original author: Oleh: LilRose

Description: Ramai betul golongan selebriti lantang bersuara meminta kerajaan menyalurkan bantuan akibat pendapatan terjejas dek Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Pun begitu, ramai juga rakan artis tidak bersetuju ...
Ramai betul golongan selebriti lantang bersuara meminta kerajaan menyalurkan bantuan akibat pendapatan terjejas dek Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pun begitu, ramai juga rakan artis tidak bersetuju dengan tindakan mereka itu walaupun sudah diberi penjelasan panjang lebar.


Pengarah Mamat Khalid juga tidak terkecuali daripada mengulas sikap segelintir artis ini.


Kredit foto: IG

"Yang awak pun satu, tayang semuanya pada sosial media dengan ungkapan bukan riak sekadar berkongsi! Kongsi apa? 

"Buat amal pun digalakkan berahsia, inikan pula membeli kasut atau beg tangan mewah.

"Sekarang kita sudah sedar kita yang hendak orang perhatikan gaya hidup kita dan bukan semuanya setuju dengan gaya awak itu," tulisnya di Instagram.

Pengarah itu berkata demikian ketika mengulas mengenai situasi golongan artis hari ini yang dihujani kecaman rakyat kerana mengusulkan kerajaan memberi bantuan khas ekoran pendapatan terjejas akibat Covid-19 dan PKP.


Dalam masa sama, Mamat bagaimanapun bersimpati dengan artis tanah air yang menjadi mangsa amarah warganet.

"Kesian abang tengok adik-adik kena kecam bagai nak kiamat sebab menyuarakan tolong bantu pada yang tiada upaya melawan kengkangan waktu darurat sekarang ini.

"Niat baik disalah ertikan hanya kerana tiada mahu membaca penuh sesuatu artikel. Kehidupan awak yang mereka riuhkan pula! 

"Apa yang dapat dipelajari adalah betapa pendam nya kesumat manusia menyimpan hasad yang menebal dengan kejayaan awak," ujar Mamat.


Kredit foto: IG

Bila warganet sudah bising, mereka akan terus berbunyi. Layankan sajalah. - CARI
3

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
4

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote unguaurora 30-3-2020 12:44 PM
Good job pakcik mamat
Quote ALDRIN 30-3-2020 12:46 PM
Sihat dah Mamat Khalid ni..alhamdulilah..haritu masuk ICU kan? Ko bantai kan lg Abg Mamat
Quote sarah82 30-3-2020 12:49 PM
Akhirnyaaa.. Betul.
Quote Lailerthee 30-3-2020 12:50 PM
Masa sis baca ni sis sokong 100% betul apa dia ckp
Quote minah_selekeh 30-3-2020 12:53 PM
Sokong apa Mamat Khalid cakap!
Quote BomBoLoniS 30-3-2020 12:55 PM
Mohon jangan sentap ye artis artis sekalian..
Quote boboiyot 30-3-2020 12:55 PM
Bang mat....diorg dah salah ckp tu minta maaf je...takde sapa lah dendam kesumat kat diorg tu
Quote makneng 30-3-2020 01:02 PM
Syabas mamat khalid.. Kepada netizen yg masih bebal kenapa org marah gila2 kat retis2 tersangkak negara.. Sila hadam kan kata2 mamat khalid ni
Quote amyza82 30-3-2020 01:06 PM
Winnn sgt.
OK dgn ini sis akn support film abg, asal abg tak ambik retis2 yg feeeeeling International tu.
Quote pearl.silver 30-3-2020 01:11 PM
Aku bc mcm mamat ni marah kat netizen sbb kecam retis2 berniat baik minta bantuan.
Quote boboiyot 30-3-2020 01:13 PM
pearl.silver replied at 30-3-2020 01:11 PM
Aku bc mcm mamat ni marah kat netizen sbb kecam retis2 berniat baik minta bantuan.

Kannnn....cuma bahasa puitis sgt
Quote lina21 30-3-2020 01:14 PM
Mcm perli netizen je
Quote fatinz 30-3-2020 01:16 PM
Sorry mamat, nitizen tak semuanya ada dendam kesumat. Cuma nak bg sedar diri. Tak payah nak bela sgt, nnti kena serangan berbisa nitizen baru tau
Quote fatinz 30-3-2020 01:17 PM
Mmg retis bukan siapa2 pun tanpa peminat! Sedarlah diri retis juga raykat biasa
Quote dinosaurpink 30-3-2020 01:19 PM
Edited by dinosaurpink at 30-3-2020 01:23 PM

Oklah statement neutral gini....tak masuk mana2 pihak....
Aku plak baca mcm dia lebih geram marah kat golongan retis2 yg demand tu...mcm nk kata "PADAN MUKA KORANG,RASAKAN KUASA BAWANG RANGERS!!MUAHAHAHA!!!"
Gituh...
Quote ais_kosong 30-3-2020 01:22 PM

Aku pun rasa dia perli net.
Quote lina21 30-3-2020 01:22 PM
Yg sebenarnya 'kasta' Artis ni yg tak
faham maksud bantuan rakyat

Buat la permohonan Dari medium yg betul
Bagi krew/belakang tabir / Artis
Kalau nk bantuan rakyat Tu

Knp Artis Malaysia ni lain macam?
Dorang ni alien ke, bukan rakyat Msia?
Knp perlu perkataan 'khas' tu
Quote beta_carotene 30-3-2020 01:26 PM
Jom list kan artis yg kita kna boikot:

1.black
2.zed zaidi
3.nabil
4.neelofa
5.sharnaz

Smbung2
Quote Cyempaka 30-3-2020 01:28 PM
Ayat mula2 je hentam artis.  Bawah2 tu dia kata netizen dengki dengan artis.  Ke aku salah paham...  
Sama je semua

Lihat semua komen(190)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 12:35 PM GMT+8 , Processed in 0.098314 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top