CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Curi Harumanis Masa PKP, Dua Lelaki Dipenjara 3 Bulan

30-3-2020 05:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3059| Komen: 23

Description: Bukan saja melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), malah dua lelaki didakwa mencuri mangga harumanis.
Bukan saja melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), malah dua lelaki didakwa mencuri mangga harumanis.

Berita Harian melaporkan, Saiful Hizam Abdul Latif, 47, dan Noor Shabuddin Saidin, 24, dihukum penjara tiga bulan selepas mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Kamaliza Md Zain di Mahkamah Majistret Kangar.



Kredit foto: BH Online

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri 18 mangga harumanis di sebuah kebun milik seorang pengusaha di Kampung Cikgu Ali, Arau jam 9.30 pagi pada 25 Mac lalu.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Atas pertuduhan kedua, Saiful dari Taman Putra Height, Mata Ayer dan Noor Shabuddin dari Kampung Bukit Ulu Pauh didakwa bergerak bersama ke Kampung Cikgu Ali pada hari sama.


Bagi pertuduhan itu, mereka didakwa di bawah Seksyen 3(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit (langkah-langkah di dalam kawalan tempatan jangkitan 2020) yang boleh dikenakan denda RM1,000 dan penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

Peguam yang mewakili kedua-dua tertuduh, Zuhair Ahmad Zakuan memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan memandangkan Saiful menanggung isteri dan seorang anak selain kedua-duanya penganggur.

Berikutan itu, mahkamah memutuskan hukuman penjara sebulan terhadap kedua-dua tertuduh kerana mencuri dan dua bulan penjara bagi kesalahan mengingkari PKP.

Kedua-dua hukuman diarahkan berjalan serentak berkuat kuasa tarikh ditahan. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote marla69 30-3-2020 05:49 PM
Ada yg kat insta jual harummanis 3 kilo abt 7/8 biji rm110. I is teringin
Quote CiliPadiSedap 30-3-2020 05:54 PM
marla69 replied at 30-3-2020 05:49 PM
Ada yg kat insta jual harummanis 3 kilo abt 7/8 biji rm110. I is teringin

bg link kaka nak..
Quote insulin 30-3-2020 05:55 PM
Mangga pun nak dicuri.
Quote marla69 30-3-2020 05:59 PM
CiliPadiSedap replied at 30-3-2020 05:54 PM
bg link kaka nak..

Insta harumanis_pembekal
Katanya tgh byk Buah ni.  I tgh pk nak bli ke tak.  To sarawak postage 60rm.. Sekotak lam 7/8 biji.  
Quote TravellingBear 30-3-2020 06:00 PM
Pencuri2 selama ni pada keadaan biasa akan patuh PKP ke...
Quote CiliPadiSedap 30-3-2020 06:07 PM
marla69 replied at 30-3-2020 05:59 PM
Insta harumanis_pembekal
Katanya tgh byk Buah ni.  I tgh pk nak bli ke tak.  To sarawak postage  ...

musang king jatuh harga x sis, kalau jatuh harga nak beli juga.
Quote Leonclay 30-3-2020 06:41 PM
Time ni la nk buat projek..org xde katanya..nasib ko jmp polis..blh abg polis teman terus ke mahkamah {:run
Quote Artemesiaa 30-3-2020 06:45 PM
Beraninya time pkp polis askar rela sana sini pun nak mencuri
Quote orgsepang 30-3-2020 06:53 PM
Sedapnya hai harum manis.
Quote Tinot7 30-3-2020 09:40 PM
Terdesak takde duit ke apa ni?
Quote jas7512 30-3-2020 09:58 PM
CiliPadiSedap replied at 30-3-2020 06:07 PM
musang king jatuh harga x sis, kalau jatuh harga nak beli juga.

Klu tahu ada yg jual musang king area terengganu kabo ya...teringin pulak nak mkn durian musim mco ini..huhu
Quote botol_tritan 30-3-2020 10:13 PM
Edited by botol_tritan at 30-3-2020 10:15 PM
marla69 replied at 30-3-2020 05:59 PM
Insta harumanis_pembekal
Katanya tgh byk Buah ni.  I tgh pk nak bli ke tak.  To sarawak postage  ...


I beli dekat website fama, rm100 utk 3kg, termasuk postage ke semenanjung msia. Quality x tau lg, sbb baru je order. Ni website dia:
https://www.agrobazaar.com.my/web/index.php?r=common%2Fsite%2Fsearch-result&inputSearch=Harumanis

Quote marla69 30-3-2020 11:06 PM
CiliPadiSedap replied at 30-3-2020 06:07 PM
musang king jatuh harga x sis, kalau jatuh harga nak beli juga.

Yang tu tak taw.  Ai tgk kat insta tu yg teringin nak bli.  Postage yg mahal
Quote marla69 30-3-2020 11:07 PM
botol_tritan replied at 30-3-2020 10:13 PM
I beli dekat website fama, rm100 utk 3kg, termasuk postage ke semenanjung msia. Quality x tau lg ...

Tq. Nanti nak cek if ada ngepos kat swak
Quote biozipstar 30-3-2020 11:17 PM
curi banyak ye sbb sampai kena penjara 3 bulan... isk isk... dosa tau tak
Quote wunan88 30-3-2020 11:23 PM
marla69 replied at 30-3-2020 05:49 PM
Ada yg kat insta jual harummanis 3 kilo abt 7/8 biji rm110. I is teringin

hukhuk mahainyee

kalau yg mangga biasa 3kilo rm24 dah boleh dapat
Quote marla69 30-3-2020 11:29 PM
wunan88 replied at 30-3-2020 11:23 PM
hukhuk mahainyee

kalau yg mangga biasa 3kilo rm24 dah boleh dapat

Tapi ni mangga luarbiasa.  Harummanis  dari perlis.  Buah tgh banyak katanya tapi sebab mco susah nak jual kot.
Quote any42 30-3-2020 11:33 PM
mmpu mncuri tu dkira bdan mmg sht ad kudrat bkerja tp xmmpu cri kje elok bg ank bni mkn. memalukn.
rupanya kira time RMO ni lah waktu biawak2 hidup keluar bekerja yeh.
Quote LautBiru52 31-3-2020 03:34 AM
Usaha la. Jgn la nk cari duit jln mudah dgn mencuri

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:50 PM GMT+8 , Processed in 0.325144 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top