CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rezeki Covid-19, 30,000 Banduan Indonesia Nikmati Erti Kebebasan

1-4-2020 08:35 AM| Diterbitkan: azliadlan| Dilihat: 3045| Komen: 16|Original author: Ceteria Hukama

Description: Indonesia akan membebaskan 30,000 banduan elak penularan wabak Covid-19

Kredit : Bernama
Indonesia berhasrat untuk membebaskan 30,000 banduan sebagai langkah membendung penularan wabak Covid-19.

Menurut laporan agensi berita, AFP, Jurucakap Kementerian Undang-Undang dan Hak Asasi Indonesia, Bambang Wiyono berkata, langkah itu bertujuan untuk mengurangkan risiko wabak Covid-19 merebak di dalam penjara di seluruh negara terbabit yang sememangnya agak sesak.

"Pembebasan itu membabitkan banduan dewasa yang sedang menjalani parol dan banduan juvana pula yang telah menerima separuh daripada hukuman masing-masing.

"Keseluruhannya melibatkan 30,000 banduan iaitu 10 peratus daripada 272,000 banduan di seluruh Indonesia," katanya.

Sementara itu, wabak Covid-19 semakin parah di negara jiran itu hingga memaksa Presiden, Joko Widodo mengisytiharkan darurat berkuatkuasa 31 Mac.


Kredit : Bernama
Beliau yang dikenali sebagai Jokowi memaklumkan setakat ini 1,528 kes positif dan 136 kematian telah direkodkan di Indonesia.

Begitu pun, Jokowi masih enggan menguatkuasa perintah berkurung seperti negara-negara lain biar pun menerima kecaman ramai rakyat Indonesia.

"Kita memilih melakukan penjarakan sosial pada skala besar bagi mengatasi kesan Covid-19.

"Walaupun harus belajar daripada pengalaman negara lain tetapi tidak boleh mengikut mereka kerana setiap negara adalah unik," katanya.- CARI 
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 1-4-2020 09:09 AM
Tak fikir ke kalau dekat luar lagi teruk penyebaran dia?????
Quote MissVixen 1-4-2020 09:11 AM
Indon ni... kalau dah reda covid ni, hati2 la pergi bercuti ke sana. Ramai yang psycho dilepaskan.
Quote Boomibulat 1-4-2020 09:14 AM
Bkn dlm penjara lebih selamat ke..ke kos nak bg mkn dh kurang
Quote matbad 1-4-2020 09:25 AM
30k tu dikeluarkan utk menambah jumlah penyebaran covid..sememangnya indon ni dri rakyat biasa smpai ke pemimpin pelik dan unik krik krik
Quote nazzse 1-4-2020 09:46 AM
Unik kejadahnya..nak claim no 1 di Asia utk covid la tuh..death rate no 1 dah tu
Quote manjalara_01 1-4-2020 10:08 AM
MissVixen: Indon ni... kalau dah reda covid ni, hati2 la pergi bercuti ke sana. Ramai yang psycho dilepaskan.

Bukan kat Indon je u all, yg mula lepaskan banduan ni kat Amerika..

Undang2 pulak di ringankan so kalau penjenayah2 ni nak rompak dll bleh je pilis x ambik tindakan

Mmg dasar nk ke arah era Purge mcm dlm movie tu but now 4 real!
Quote manjalara_01 1-4-2020 10:12 AM
[youtube]KZ0kYSw1m2U[/youtube]
Quote belutcute 1-4-2020 10:30 AM
yang keluar tu nk kerja apa?...buat jenayah balik...satu kerja polis nak tangkap balik...pening2
Quote InVendeTTa 1-4-2020 11:16 AM
Takut kena bertanggungjawab kot kalo ade penularan dalam tuh..kalo rakyat biasa terjangkiti lantak sgt nak heran kan
Quote nenekglamer 1-4-2020 11:19 AM
Untuk tujuan herd immunity ke apa? Kurangkan populasi? Yg kuat saja yg hidup in the end?
Quote tagas 1-4-2020 12:26 PM
abisla mesia kena ceroboh nnti depa ikut jln tikus

polis pihak berkuasa suma tgh sibuk

roblok di daratan
Quote Mz1271 1-4-2020 12:32 PM
pelik2 lahh dorg ni
Quote Rahah 1-4-2020 01:00 PM
Seriously? Tak bahaya ke... biar betul Indo ni...
Quote Leonclay 1-4-2020 10:22 PM
Dh dok dlm penjara tu kira dh terasing la dgn kes covid kt luar..melainkn dlm penjara pn dh ada kes...kt luar lg bertebaran covid..xfaham knp nk lepaskn
Quote am2020 3-4-2020 01:24 AM
Nak jadi cam usa ke..sekali kena terus ranking no 1
Quote acik79 3-4-2020 01:37 AM
Pelik2 la diaorg ni

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 12:00 PM GMT+8 , Processed in 0.072102 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top