CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zack Budak Kacamata Jual Barang Kulit, Tak Perlu 'Bantuan Khas'

7-4-2020 09:45 AM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 5561| Komen: 19|Original author: Oleh: top5complete

Description: Memetik laporan mStar, penyanyi lama Zack Budak Kacamata berkongsi kisah hidupnya menjadi penjual barangan kulit biarpun tiada job sebagai penyanyi.
Memetik laporan mStar, penyanyi lama Zack Budak Kacamata berkongsi kisah hidupnya menjadi penjual barangan kulit biarpun tiada job sebagai penyanyi. 

Dalam pada itu, Zack memberitahu dia dan beberapa rakan artis tidak memerlukan bantuan daripada kerajaan namun hanya mahu royalti daripada Recording Performers Malaysia (RPM) yang sudah lama tertunggak.



Foto: Facebook

Menurutnya, sebagai artis mereka tidak seharusnya bergantung kepada satu pekerjaan untuk menampung hidup. Mereka juga harus bersedia dengan pekerjaan sampingan untuk menghadapi hari sukar seperti Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan.



Foto: Facebook


Zack dari kumpulan Budak Kacamata tidak mengharapkan bantuan sesiapa kerana baginya, rezeki itu datang dari pelbagai cara.

"Saya pelik apabila isu ini timbul sedangkan saya dan ramai kalangan artis lama tidak pun mengharapkan apa-apa bantuan khusus daripada kerajaan" katanya kepada wartawan.


Foto: Facebook

"Malah, kami semua masih mampu mencari rezeki dengan pelbagai cara seperti berniaga. Saya sendiri ada membuka kedai membuat barangan kulit. Sebelum ini, saya pernah berniaga nasi lemak, jual burger dan macam-macam.

"Bagi saya, artis tak perlu minta sedekah! Saya melihat artis zaman sekarang ada masalah attitude. Artis zaman dahulu berkarya dalam industri seni untuk seronok sahaja.


Foto: Facebook

"Kalau tiada job pun, kami masih boleh sara hidup dengan jual goreng pisang. Artis sekarang sekadar nak hidup dalam dunia glamor dan tayang kemewahan di laman media. Tapi, bila waktu susah ini, tiba-tiba minta bantuan pula" katanya lagi.

Semoga nasihat Zack ini diterima baik oleh artis-artis yang berkenaan. Jangan lagi timbulkan kontroversi seperti ini, hidup biar sederhana jangan riak dan tunjuk mewah. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bluebutter 7-4-2020 10:01 AM
Cintatakperludipaksa... My love song...
Quote Tukul.Besi 7-4-2020 10:52 AM
Whoareyusss
Quote shernazz 7-4-2020 10:55 AM
Iols kenal kumpulan ni
Selalu kuar majalah mangga
Quote hyie 7-4-2020 11:22 AM
adakah diorang dulu produk eddie hamid? yihhhhhhh
Quote rikuren 7-4-2020 01:06 PM
terkenal dolu-dolu zaman majalah mangga
Quote sok_suci 7-4-2020 02:12 PM
Sdap sore die ni
Quote QueenIsolde 7-4-2020 02:15 PM
Suara serak2 basah dia ni. Layansss gak lagu dia masa remaja dlu. La ni dgr balik mcm lucu
Quote fadz84 7-4-2020 02:20 PM
hyie replied at 7-4-2020 11:22 AM
adakah diorang dulu produk eddie hamid? yihhhhhhh

Rasa Budak Kacamata ni debut bukan dgn karya Eddie Hamid. Komposer yg naikkan dorg ni komposer yg buat lagu2 Iklim klu x salah.
Quote fadz84 7-4-2020 02:21 PM
Tukul.Besi replied at 7-4-2020 10:52 AM
Whoareyusss

penyanyi pertengahan 90an u.. hehe.. mungkin u x lahir lagi..
Quote Tinot7 7-4-2020 02:24 PM
Baguslah ada keje sampingan
Quote Boomibulat 7-4-2020 02:36 PM
Mula2 dulu I ingt lagu Iklim sbb suara2 ada iras Saleem..
Quote tagas 7-4-2020 07:51 PM
join gegarbaganzah laa

apalagais
Quote razeadel 7-4-2020 08:30 PM
aaaa...dulu dulu zaman sekolah minat kumpulan ni...
Quote supernaturalee 8-4-2020 01:41 AM
Kenapa up pic arwah di hosp tu
Quote rayray28 8-4-2020 03:11 AM
Kedai dia kt klang kan
Quote doubleA 8-4-2020 03:20 AM
Zaman sekolah dulu iols tengok live ok performance budak kacamata ni

Betul la dia cakap, iols rasa retis lama survive je jual daging la jadi buruh la sebab tak selamanya job lebat
Quote ntohapehapentoh 8-4-2020 07:48 PM
[youtube]9FJcOVN3unE[/youtube]

antara lagu fav teman....
Quote Rhyno 9-4-2020 04:18 PM
[youtube]gCL5BTiQLnU[/youtube]

masih sedap suara dia. mohon masuk GV7 yach!

@mat_arof
Quote SweetRehan 10-4-2020 09:26 AM
Suara Zack ni mmg sdap....ada iras2 arwah Saleem...

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:12 PM GMT+8 , Processed in 0.054141 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top