CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Tembak Sampai Mati!" - Duterte Arah Tembak Rakyat Ingkar Perintah Berkurung

4-4-2020 10:00 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 4525| Komen: 36|Original author: Oleh: intan

Description: Mati lebih baik. Begitulah yang diusulkan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte yang telah memberi arahan kepada rakyatnya supaya mematuhi arahan 'lockdown' supaya penularan wabak ini dapat dibendung.
Mati lebih baik. Begitulah yang diusulkan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte yang telah memberi arahan kepada rakyatnya supaya mematuhi arahan 'lockdown' supaya penularan wabak ini dapat dibendung.


Jika ingkar, mereka akan dikenakan tindakan berat iaitu akan ditembak sehingga mati! 


Kredit foto: The Vocket/Nikkei Asian Review

"Ia semakin teruk. Sekali lagi saya ingin tegaskan masalah ini semakin teruk dan saya minta anda semua dengar! Pesanan saya kepada polis dan tentera, jika mereka langgar arahan dan melawan balik sehingga anda semua dalam bahaya, tembak saja mereka! 

"Faham tak? Daripada menyusahkan, lebih baik saya 'matikan' sahaja kamu!" tegasnya.

Pengumuman tersebut dibuat di sebuah rakaman berita yang disiarkan di televisyen, di mana Duterte menegaskan bahawa adalah penting semua rakyat bekerjasama dan mengikuti arahan untuk kekal kuarantin di rumah. 


Ini kerana kerajaan cuba untuk melambatkan penularan wabak daripada menjadi makin gawat.


Kredit foto: Ohbulan/Notre Temps

Sehingga hari ini, Filipina mencatat hampir 2,311 kes positif dan 96 kematian. Dalam tempoh tiga minggu lalu, ratusan jangkitan dilaporkan setiap hari.

Isu ini semakin meruncing di negara itu, di mana laporan media mengatakan segelintir rakyat termiskin di Manila membuat protes tentang bantuan makanan yang tidak mencukupi. 

Malah, pegawai perubatan yang mengendalikan wabak ini juga turut terkesan kerana mengalami penderaan fizikal dan diskriminasi.


Kredit foto: Astro Awani/Reuters

Ada aktivis di Manila mendakwa Presiden Duterte telah mencetuskan keganasan terhadap orang ramai dalam usahanya memerangi pengedaran dadah, iaitu membunuh beribu-ribu orang yang dituduh terlibat dalam aktiviti pengedaran dan menggunakan dadah.

Namun, kerajaan menegaskan bahawa tindakan mereka dalam kempen anti-dadah itu adalah sah. Bagaimanapun, untuk kes seperti wabak covid-19 ini, tindakan menembak sehingga mati ini hanyalah sekadar amaran untuk mereka yang ingkar. Polis Manila menegaskan bahawa mereka tidak akan menembak sebarang orang. - CARI
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Boomibulat 2-4-2020 12:52 PM
Ni cara Korea Utara..gurau2 je


Quote little_sis 2-4-2020 12:55 PM
Boomibulat replied at 2-4-2020 12:52 PM
Ni cara Korea Utara..gurau2 je

haha mula2 tgk ni x paham td..
Quote little_sis 2-4-2020 12:55 PM
tp aku suka cara tegas filipin buat ni..
Quote munchkin 2-4-2020 01:14 PM
Tegas.

Decisive  
Quote asma87 2-4-2020 01:56 PM
Kalau puteri Ayam duk filipin skung konperm arwah dah...sheols kan suker jogging time PKP
Quote sukacactus 2-4-2020 01:59 PM
Haa tembak je senang
Degil sgt...xpayah ckp byk
Quote Rahah 2-4-2020 02:02 PM
Pehhh... macam North Korea... tapi Kim jong un tak payah bagi arahan macam ni... rakyat faham sendiri...
Quote Forfoxache 2-4-2020 02:02 PM
Muka tak cukup tamadun cam vavi siot mamat ni. Otak pun tak cukuo sifat. Dahi sempit cam kanak2 terencat akal.
Quote any42 2-4-2020 02:03 PM
agk2 ad x yg btul2 kna tembak. seramnya.
Quote Knowlee 2-4-2020 02:18 PM
any42 replied at 2-4-2020 02:03 PM
agk2 ad x yg btul2 kna tembak. seramnya.

Yg masa kes pengedar dadah dulu pun berapa yg dah mati... Hehehe
Quote fishcracker 2-4-2020 02:20 PM
Memang patut pun kena tembak,ramai rakyat degil
Quote najib888 2-4-2020 02:22 PM
Koboi punya presiden.. main tembak je.. harap ada la kaum keluarga hang kena tembak mampus dengan askar..

Quote tungkai 2-4-2020 02:23 PM
Hahaha....ai loike...
Quote aderaderker 2-4-2020 02:30 PM
Bagus. Sometimes kena ada pemimpin macam ni.
Desperate times need desperate action.
Quote sixret 2-4-2020 02:31 PM
Bagaimana orang yang keluar nak beli barang dapur? Ada prosedur? Ke semua pun kena tembak?

Saya suka pemimpin yang tegas melaksanakan undang2 tapi kena ada plan yang bijak.

Tegas, decisive tapi tak bijak tetap tak guna.

Orang luar yang hanya baca tapi tak alami mungkin suka tindakan tegas tak bijak ni. Tapi rakyat yang alami sendiri mesti tak suka.

Saya pasti pemimpin ni ada buat plan dan prosedur untuk rakyat keluar beli barang dapur.
Quote L_Z 2-4-2020 02:32 PM
Cc kat menteri pertahanan..sabri... Dia nak buat tak agak agak undang mcm ni
Quote dudaberhias 2-4-2020 02:34 PM
tegas,
nampak kejam kan?
tapi paling efektif.

for sure seko pun tak merayap, entah2 hidung dan bulu pun tak nampak dah
Quote harizs 2-4-2020 02:37 PM
dia gempak jer tu.. tapi klu dah degil sangat...
Quote Artemesiaa 2-4-2020 02:42 PM
Dapat idea dari North Korea ler tu

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:41 AM GMT+8 , Processed in 0.051119 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top