CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Doktor Tak Izin, Fasha Sandha Gigih Puasa Walau Mengandung Enam Bulan

3-4-2020 05:02 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 10842| Komen: 55|Original author: Oleh: Saiful

Description: Usia kandungannya sudah mencecah enam bulan namun ia bukanlah halangan buat Fasha Sandha untuk berpuasa.
Usia kandungannya sudah mencecah enam bulan namun ia bukanlah halangan buat Fasha Sandha untuk berpuasa.

Perkara itu dikonsikan melalui IG Story miliknya.



"Diakui, ada ramai yang menghantar mesej langsung (DM) bertanya saya kuat ke berpuasa ketika hamil. Alhamdulilah, saya masih kuat.

"Sudah lima kali saya berpuasa sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasa pada 18 Mac lalu.

"Saya ambil ruang duduk di rumah untuk berpuasa sunat dan ganti," katanya.



Difahamkan pada mulanya doktor tak mengizinkan untuk berpuasa, takut berlakunya dehidrasi

"Saya pula pernah mempunyai sejarah keguguran sebelum ini. Jadi, saya kena lebih berhati-hati. Makan makanan tambahan, ubat dan vitamin semua kena ikut waktu yang ditetapkan," tambahnya.

Namun dia bersyukur kerana suami menyokongnya untuk berpuasa.


"Suami izinkan saya berpuasa dengan syarat melakukannya secara berselang seli. Ikutkan nak puasa berturut-turut. Tetapi, tak mengapalah saya kena ikut juga nasihat Aidil. ???Maaf doktor. Saya janji akan kuat. Anak perempuan yang dikandung ini pun kuat. Alhamdulillah."

Tambah Fasha lagi , dia sangat seronok berpuasa ketika berkurung dalam rumah.

Foto: IG
Selain meluangkan masa dengan aktiviti berfaedah dengan keluarga, Fasha juga dapat menjaga pemakanan dan mengawal percakapan. Nafsu amarah pun dapat dikawal. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MisXoXo 3-4-2020 05:22 PM
Fasha wanita hebat dan kuat..inilah cth wanita dan ibu yg sepatutnya diangkat menjadi ikon kpd semua ibu ibu diluar sana.berjiwa kental dn bukan manja orgnya.semuanya dipikul di atas bahunya sendiri utk keluarga .dia juga bekerja bethempas pulas demia keluarga tercinta walaupun mengandung ..sama2 sekeluarga dlm satu rumah agam milik fasha atas penat lelah menjari pelakon adalah satu satunya kelebihan beliau .wanita diluar sana..contohilah fasha yg merupakan wanita dn ibu idola masyarakat sekain ajk persatuan seniman yg memperjuangkan nasib artis2 msia khasnya
Quote margo20 3-4-2020 05:30 PM
Kalau doc tak izin tp tuhan izinkan ok jer fasha
Quote Kurex 3-4-2020 05:36 PM
So?            
Quote Lavender85 3-4-2020 05:37 PM
insyaAllah xde apa.. Dulu sy pun puasa penuh waktu bulan puasa ketika sarat. buka puasa mkn bihun sup je dari bazar kat bawah rumah. Alhamdulillah sihat je.. kena niatkan kerana Allah , insyaAllah Allah mesti tolong.
Quote makiting 3-4-2020 05:43 PM
MisXoXo replied at 3-4-2020 05:22 PM
Fasha wanita hebat dan kuat..inilah cth wanita dan ibu yg sepatutnya diangkat menjadi ikon kpd semua ...

Akak pon kuat jugak dik.. bypass jantung .. jaga suami cancer.. suami meninggal.. pikul semua tanggungjawab sorang utk survive hidup tp xde duduk umah agam la.. rumah biasa aje.. huhuhu ... sebenarnya semua wanita esp ibu itu mmg sgt2 hebat Allah ciptakan
Quote Xim 3-4-2020 05:43 PM
Kurex replied at 3-4-2020 05:36 PM
So?

So kt nk ajak aidil bukak pose pn sheol x kisah..ahtiberr
Quote MentariSenja 3-4-2020 05:52 PM
Edited by MentariSenja at 3-4-2020 05:53 PM

Islam melarang umatnya melakukan sesuatu yg boleh memudaratkan diri, keluarga atau masyarakat. Tapi jika fasha rasa apa yg dia buat tu (I mean berpuasa ketika sarat), tidak menjejaskan kesihatan dia dan bayi, then go ahead lah....doktor tu nasihat atas dasar tanggungjawab berlandaskan pengetahuan dia dari aspek perubatan. Tu jer.....
Quote minah_selekeh 3-4-2020 06:09 PM
MentariSenja replied at 3-4-2020 05:52 PM
Islam melarang umatnya melakukan sesuatu yg boleh memudaratkan diri, keluarga atau masyarakat. Tapi  ...

Betul tu.. Nasihat doktor kita kena pertimbangkan, sebab diorang professional and lebih pakar.. Tapi kita sendiri tau kemampuan diri.. Kalau rasa OK nak puasa, and sebelum ni pun tak penah ada complication, silakan la.. Semoga baik2 je..
Quote VespaSilbe 3-4-2020 07:05 PM
Pendapat masing2
Akak sarat pun posa dek... Beranak pun Bulan posa
Doktor akak tak pernah cakap jgn posa
Akak serahkan semuanya pada Allah
Malas nak cakap panjang
Doktor akak lelaki muslim
Quote Mekpah 3-4-2020 07:30 PM
Doctor xbg puasa mgkin sbb dia dh beberapa kali gugur sblum ni.. Tp kalo diri sdr rasa mampu  puasa, puasa jela.. Ape2 jd sdr tanggung
Sepanjang 2019 kan keje dia asyik mengandung gugur mengandung gugur jek..3 kali xsilap dia sdr bgtw
Quote barfi 3-4-2020 09:36 PM
Lah baru 6bulan ke?? Tapi rasanya sejak tahun lepas lagi perut dia ni beso kan..
Quote biozipstar 3-4-2020 10:41 PM
moga dipermudahkan urusan fasha
Quote offwhite 4-4-2020 04:43 AM
buat la ape yg fasa fikir itu adalah yg terbaik utk ko..lg pun asben tercinta ade sebelah...
Quote evlinne 4-4-2020 09:00 AM
MisXoXo replied at 3-4-2020 05:22 PM
Fasha wanita hebat dan kuat..inilah cth wanita dan ibu yg sepatutnya diangkat menjadi ikon kpd semua ...

Ni post sarkastik ke apa
Quote evlinne 4-4-2020 09:01 AM
makiting replied at 3-4-2020 05:43 PM
Akak pon kuat jugak dik.. bypass jantung .. jaga suami cancer.. suami meninggal.. pikul semua tang ...


Wanita memang makhluk ciptaan Allah paling kuat dan terindah :')
Quote irvene 4-4-2020 10:24 AM
evlinne replied at 4-4-2020 09:00 AM
Ni post sarkastik ke apa

aku pun rasa macam sarkastik. hahahaha
Quote armin 4-4-2020 06:09 PM
Stupid mom. Doktor tak bg puasa tu sbb anak dlm kandungan nak makan. Kau xmakan anak nak makan mcm mana takkan dia nak keluar cari makanan. Mudarat kat kau sorang takpe ni anak kau xdpt zat. Kalau anak dlm tu sakit ke apa macam mana? Tak menyesal?? Dia perlukan zat nak cukupkan pertumbuhan badan dan otak. Macamla tak boleh puasa lepas bersalin.
Quote diss69 4-4-2020 06:16 PM
Mekpah replied at 3-4-2020 07:30 PM
Doctor xbg puasa mgkin sbb dia dh beberapa kali gugur sblum ni.. Tp kalo diri sdr rasa mampu  puasa, ...

Ye, kita sendiri tau ketahanan badan kita....jngn di paksa kalau xlarat.. Utk akk sendiri, alhamdulillah boleh puasa penuh masa mengandung..
Quote binipopeye 5-4-2020 02:57 AM
dia yg kuat... tp baby kene ikut puasa..

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.060730 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top