CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ditinggal Sehelai Sepinggang, Amelina Dedah Kisah Penceraiannya

5-4-2020 12:20 PM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 21372| Komen: 114|Original author: Oleh: rikuren

Description: Membuat pengakuan di Instagram (IG), penyanyi dan pelakon Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin akhirnya berkongsi kisah perceraian dengan bekas suami selepas hampir lima tahun merah ...

Kredit foto: Instagram Amelina

Membuat pengakuan di Instagram (IG), penyanyi dan pelakon Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin akhirnya berkongsi kisah perceraian dengan bekas suami selepas hampir lima tahun merahsiakan status dirinya.



Amelina yang mesra dipanggil Kaklong mendedahkan beliau sebenarnya sah bercerai pada 29 Jun 2016 iaitu selepas 17 tahun berumah tangga. 

Beliau bagaimanapun menyatakan rasa syukur kerana kes perceraian itu berlangsung dengan lancar tanpa kekecohan.

Amelina turut menyebut beberapa nama yang banyak membantu dalam mengendalikan kes perceraiannya seperti Rizz Iskandar (Peguam), Liza Ilias (Isteri Ajai), dan pengurusnya Brian Micheal.



"Terima kasih tidak terhingga kepada pihak Mahkamah Tinggi Syariah Seremban sangat-sangat membantu Kaklong pada masa itu. Kaklong berkahwin 26hb April 1999 dan perkahwinan Kaklong berakhir 29hb June 2016," tulisnya di ruang kapsyen.

Berkongsi detik hitam itu, Amelina akui beliau mengalami kemurungan dan hilang keyakinan diri selepas bercerai.

"Awalnya Kaklong rasa kemurungan, amat sedih dan hilang keyakinan diri. Adakah Kaklong mampu dalam usia yang senja ini menanggung dan mencari rezeki untuk enam orang anak yang sedang membesar?

"Tetapi, Kaklong ingat dan yakin. Golongan ibu tunggal ini sangat dipandang tinggi dalam masyarakat dan agama. Buktinya Kaklong sentiasa disayangi dan apa yang Kaklong buat untuk mencari rezeki sentiasa mudah dan di permudahkan,"  tulisnya lagi.



Amelina mengakhiri perkongsian ceritanya dengan memberi nasihat kepada semua peminat supaya menjaga diri, bersikap merendah diri dan sentiasa memberi aura positif kepada orang lain.

Amelina berkahwin dengan Reduan pada 26 April 1999. Hasil perkongsian hidupnya dengan Reduan, mereka dikurniakan enam anak iaitu Puteri Nur Athirah, 19; Putera Al Affiq, 18; Putera Al Asyraff, 17; Puteri Nur Asyurah, 15; Putera Al Arffa, 13; dan Putera Al Amzar, 11. - CARI
2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Straya 5-4-2020 12:29 PM
Dulu sanjung sangat ex husband sampai sanggup gaduh dengan keluarga sendiri.Bertahun tahun tak balik jumpa mak bapak.Cuma balik waktu arwah bapak dia meninggal.Rasakan balasan anak derhaka.
Quote LadyCarefree 5-4-2020 12:32 PM
Straya: Dulu sanjung sangat ex husband sampai sanggup gaduh dengan keluarga sendiri.Bertahun tahun tak balik jumpa mak bapak.Cuma balik waktu arwah bapak dia  ...



Wowwww? Serius ah? Tp last2 mak dn adik bradik yng tolong
Quote Kancilkering 5-4-2020 12:48 PM
dengar juga pasal benda ni....kasih sayang emak ayah lebih dari perasaan marah deme...x ada nye didoakan anak tu sensara....dia tu pun dh 6 org anak dh
laki dia kut yg looser....better off without him...
Quote otai_g 5-4-2020 01:00 PM
Ramainya anak kak long..
Quote ellejo 5-4-2020 01:20 PM
amelina pulak. kalau mas idayu boleh tulis asheminggu ashekali kau datang padaku membawa cinta yang suci
Quote Acikgomen 5-4-2020 01:29 PM
Eh gambo dgn anak2 tu mcm ada sorang anak dia belakon citer budak tebing tu je
Penangan MCO, abih semua drama acik tengok
Quote Mejami 5-4-2020 01:35 PM
6 org anak semua dapat kt dia ke canner? ex laki xpeduli ke?
Quote sukacactus 5-4-2020 01:37 PM
Straya replied at 5-4-2020 12:29 PM
Dulu sanjung sangat ex husband sampai sanggup gaduh dengan keluarga sendiri.Bertahun tahun tak balik ...

Haah...betul la tu sebab dia sdr yg bercerita psal ni
Nangis2 dia masa citer , menyesal la tu
Quote tagas 5-4-2020 01:41 PM
punya la patuh laki dulu

smpai ada kes kecoh umah nak kena lelong
Quote umbut 5-4-2020 01:42 PM
Dia ni hilang mengejut... tup2 kembali mengejut... yg mak dia dulu pernah baca x suka dia jadi artis.... org nogori
Quote cikja 5-4-2020 01:48 PM
Nikah mengejut..cerai pun mengejut.. alhamdulillah la skrg dh ok..
Quote yuki812 5-4-2020 01:49 PM
isteri kan memang patuh pada suami. kena hentak pun rela..kena maki pun diam..bela biawak hidup pon takper..asalkan berlaki. yg penting katanya mengejar syurga. tinggalkan mak bapak..apa nk heran. bukan dia je..ramai lagi isteri2 camtu sebenarnya. patuh taat tak bertempat...

hujung2...gitu gak. berpisah lebih baik. tapi ok lah dapat gak..ada sinarnya. dari ada isteri..sampai ke tua..mati pun merana.
Quote Kancilkering 5-4-2020 01:51 PM
sebab genre dia bawa kut...dangdut....dengan lengguk badan mak aiiii mana lah lelaki x terkesima...



terbayang lelaki lelaki gendut berdangdut kat club .....
Quote kiah_mai_pulak 5-4-2020 01:57 PM
setelah comeback as penyanyi tak jadi, terpaksalah jual kisah cerai utk terus dikenali
Quote manehnya 5-4-2020 01:59 PM
X pernah tgk pic dia bersanding
Quote Lailerthee 5-4-2020 02:10 PM
Nasib sempat sedar sebelum terlambat
Quote bondeh 5-4-2020 02:19 PM
yuki812 replied at 5-4-2020 01:49 PM
isteri kan memang patuh pada suami. kena hentak pun rela..kena maki pun diam..bela biawak hidup pon  ...

Betul2.. kakak I ada sorang macam ini, sampai dia cakap kat arwah ayah hanya maut memisahkan dia & suami... dia ikut laki dia lari dari keluarga sbb taknak bersusah2 dgn kami miskin hidup rumah kecik..

Selepas 15 tahun nikah, laki dia buat hal nangis2 call kami semua. I ungkit balik apa yg dia cakap dulu iaitu "nasi lemak buah bidara, buang mak buang saudara, kerana cinta hamba turutkan"...
Quote Suchi 5-4-2020 02:28 PM
Iols baca komen netizen kat fb ckp ditinggalkan selai sepinggang sampai tudung pun tertinggal sekali
Quote gorjeous 5-4-2020 02:30 PM
Amelina ni dulu ngetop giler.. Mcm Siti Nurhaliza. Kaya raya, show berderet2. Di beli tanah, di buat rumah, di jaga kewangan Family termasuk adik beradik dia. Anak sulung yg baik. Tapi malang lelaki2 yg bercinta dgn dia hanya nak duit dia. Termasuk ex husband dia. Kesian..

Lihat semua komen(114)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.061725 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top