CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Macam Penjara Je" - Wanita Ini Hanya Mahu Kuarantin Di Hotel Mewah

7-4-2020 04:00 PM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 10946| Komen: 53|Original author: Oleh: intan

Description: Baru-baru ini, kerajaan mengumumkan bahawa rakyat yang pulang dari luar negara sama ada melalui penerbangan komersial atau sewa khas akan dikenakan kuarantin sebaik sahaja menjejakkan kaki ke Malaysia ...
Baru-baru ini, kerajaan mengumumkan bahawa rakyat yang pulang dari luar negara sama ada melalui penerbangan komersial atau sewa khas akan dikenakan kuarantin sebaik sahaja menjejakkan kaki ke Malaysia bermula 3 April lalu.


Perkara ini diputuskan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu usaha untuk membendung penularan wabak Covid-19 di Malaysia.

Oleh itu, kerajaan memutuskan untuk menjadikan 63 premis tambahan milik sektor awam, swasta dan juga hotel lima bintang sebagai stesen kuarantin selaras dengan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Namun, semalam kecoh seketika di Twitter apabila seorang wanita mengkritik kemudahan premis kuarantin yang dilaporkan berada di AKEPT, Nilai, Negeri Sembilan.


Kredit foto: Twitter


Wanita itu turut mempersoalkan keadaan premis berkenaan yang dianggapnya seperti penjara dan mempersoalkan sama ada premis berkenaan sudah disanitasi sepenuhnya.

Antara dua darjat

Netizen dilihat kurang senang dengan tindakan wanita tersebut mengkritik kerana dia seolah-olah tidak bersyukur dengan kemudahan yang diberikan pihak kerajaan. 

Ramai juga yang membandingkan tempat kuarantin disediakan kepada rakyat gelandangan berbeza dengan mereka yang ke luar negara atas pilihan masing-masing.






Sudahlah menyusahkan ramai pihak untuk menyediakan pusat kuarantin khas, malah 'demand' pula atas alasan pihak kerajaan juga ingin memacu kembali ekonomi khidmat perhotelan dan penginapan di negara kita pada ketika ini.


Kredit foto: Twitter

Dikhabarkan, segala perbelanjaan penginapan serta makanan dan minuman ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Sudah pasti ianya menelan perbelanjaan besar. 

Individu tersebut dikritik netizen kerana dilihat 'menghina' pusat kuarantin yang tidak ada 'standard', ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan atau dalam kata lain 'dibayar' dengan menggunakan duit rakyat.

Apa pendapat anda? Kongsikan kepada kami. - CARI
1

Bagus
5

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • ms.mango

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote darkness 7-4-2020 04:19 PM
Betullah kata sorang dr pengguna twitter tu. Pegi ke new zeland jadi bodoh, kaut bodoh banyak2
Quote Leonclay 7-4-2020 04:28 PM
Gov bg subsidi RM150 sehari sorg..klu nk tdo hotel mewah, kena pilih yg list gov sediakan shj supaya senang nk kawal & sediakn duit sendiri jugak utk byr extra.. jgn nk berangan dok free..korg ni ke yg menjana ekonomi negara? Dh dok kt oversea..blk bw virus, pastu menyusahkn org nk demand lebih2 pulak
Quote esteryen 7-4-2020 04:38 PM
Govt kita mmg baik sgt. Colleague husband saya masih stranded kat Nepal, hari tu dia tak follow flight from govt dia, Germany, charged USD1200. Tu yg terkejut juga govt kita tak charge apa2, saya siap bgtau husband, bayar je, most important balik kat Malaysia dulu. And now dia under quaratine ctr kat IBIS tu, kelakar la juga sbb hahahas tu kan hotel2 utk ush ush hahahas ada la juga husband ku komplain tapi laju je kena ngan saya!
Quote babynina30 7-4-2020 04:42 PM
Leonclay replied at 7-4-2020 04:28 PM
Gov bg subsidi RM150 sehari sorg..klu nk tdo hotel mewah, kena pilih yg list gov sediakan shj supaya ...

Aisyrumaisya tu ckp gomen byr. Dia saja bragging ke camne u
Quote munchkin 7-4-2020 04:46 PM
Bugimuck pompuan ni. Mmg bodoh siyal.
Quote Leonclay 7-4-2020 04:52 PM
babynina30 replied at 7-4-2020 04:42 PM
Aisyrumaisya tu ckp gomen byr. Dia saja bragging ke camne u

Td statement dr menteri kanan pertahanan ckp gov byr rm150 sehari.. yg lain2 nk upgrade ke ape, kena keluar duit sndr..blh baca sini

https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2020/04/07/kuarantin-hotel-mewah


Quote Leonclay 7-4-2020 04:54 PM
esteryen replied at 7-4-2020 04:38 PM
Govt kita mmg baik sgt. Colleague husband saya masih stranded kat Nepal, hari tu dia tak follow flig ...

Tu la..patut bersyukur..ada yg rakyat sendiri nk dptkn health care pn payah time covid ni..inikan pulak menjemput blk..
Quote fliphair8 7-4-2020 04:57 PM
Saje batak viral....mintak maaf alam maya later....ulang2 je le puak2 batak ni...
Quote Kurex 7-4-2020 05:05 PM
Kau adalah najis wahai betina
Quote Tinot7 7-4-2020 05:22 PM
Takat rm150 sehari, patut depa caj at least 50 per day utk org2 yg gatai melancong tu. Kalau mampu melancong, mampu la bayar kuarantin.. kira dpt diskaun tu..
Quote gelongbilal 7-4-2020 05:30 PM
Tinot7 replied at 7-4-2020 05:22 PM
Takat rm150 sehari, patut depa caj at least 50 per day utk org2 yg gatai melancong tu. Kalau mampu m ...

Pening kepala kerajaan...macam2 nak fikir. Nak sediakan flight balik Msia lagi...penempatan kuarantin lg....suh kuarantin sendiri....degil, ada yg langgar pahtu menyusahkan semua
Quote msdummy.2018 7-4-2020 05:40 PM
Pasepa org mcm ni covid xhenggap ek
Quote L211 7-4-2020 05:45 PM
xpe.. gov bayar rm150 je.. yg selebihnya dia yg kena bayar.. bimbo kan
Quote KIM.K 7-4-2020 05:45 PM
This bitch sanggup telan semen tapi taklalu duk hilton
Quote meisapoya 7-4-2020 06:01 PM
Dia ni gi jalan2 ke study ke keje sana? Kalau melancong, better charge flight & hotel tu semua..
Quote zawara 7-4-2020 06:08 PM
Sampahnya perangai...tak payah bawak balik spesis manusia camni buat abes duit rakyat
Quote cairel_azlie 7-4-2020 06:09 PM
Nama awek ni korang boleh tgk kat insta aisyrumaisha kerja as content creator tapi lifestyle lavish gila samada dia ni anak jutawan atau daddykasi!!
Quote bungarose 7-4-2020 06:15 PM
Bnyk demand macam nih elok tak perlu bawa balik malaysia.......menyusahkan negara bley get lost. Semak
Quote Tinot7 7-4-2020 06:47 PM
gelongbilal replied at 7-4-2020 05:30 PM
Pening kepala kerajaan...macam2 nak fikir. Nak sediakan flight balik Msia lagi...penempatan kuaran ...

Itu sbbnya namanya kerajaan.. kih kih kih

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:07 PM GMT+8 , Processed in 0.056734 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top