CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Takut Jadi Kafir, Auto Murtad" - Jemaah Indonesia Rempuh Pagar Masjid, Mahu Tunai Solat Jumaat

14-4-2020 10:30 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 9284| Komen: 62

Description: Takut Jadi Kafir, Auto Murtad, Jemaah Islam Indonesia Rempuh Pagar Masjid, Berkeras Mahu Tunaikan Solat Jumaat


Sebelum in, Dr Musa Nordin, seorang pakar perubatan di Hospital KPJ melihat Indonesia sebagai bom masa bagi kes wabak COVID-19 yang bakal meletup bila-bila masa.

Kenyataan beliau ada asasnya kerana baru-baru ini tular di media sosial  satu kejadian rempuhan pagar masjid yang terjadi di negara jiran apabila ada sekelompok penduduk kampung yang berdegil mahu menunaikan solat Jumaat.

@El_AhmadRipani melalui twitternya berkongsi kejadian tersebut berlaku di Masjid Al-Karomah Martapura di Kabupaten, Banjar Kalimantan Selatan pada 10 April, Jumaat lalu.


Menurutnya kawasan tersebut sudah dua kali tidak menunaikan solat Jumaat selepas pemerintah Indonesia mengeluarkan arahan penguncian di beberapa daerah.

Kejadian tersebut berlaku disebabkan penduduk kampung tersebut dilaporkan takut murtad disebabkan tidak menjaga solat Jumaat.


Khabarnya, kejadian sama turut terjadi di Bandung tiga minggu yang lalu, apabila segelintir penduduk tempatan cuba masuk ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat.

Situasi ini jelas sukar dikawal apabila segelintir masyarakat Indonesia masih kurang memahami bagaimana COVID-19 'bekerja'.


Sementara itu di Malaysia, menurut Timbalan Mufti Terengganu, Sahibul Fadilah Ahadi Othman, lelaki Islam mukallaf yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak berdosa kerana hukumnya adalah harus bagi mengelak penularan wabak pandemik COVID-19 ketika ini.

Namun, solat Jumaat yang ditinggalkan itu wajib digantikan dengan solat Zuhur di kediaman masing-masing.

"Harus hukumnya untuk meninggalkan solat Jumaat di masjid walaupun tiga kali berturut-turut dalam tempoh PKP ini, namun wajib digantikan dengan solat Zuhur di rumah masing-masing.

"Ketetapan hukum ini adalah berdasarkan kepada kaedah fiqh iaitu yang bermaksud keadaan sempit yang menyebabkan perkara yang dilarang," seperti yang dilaporkan Berita Harian.

Ketetapan hukum ini juga bersandarkan kepada hadis Nabi Muhamad SAW yang bermaksud, 

"Sesiapa yang mendengar seruan azan kemudian tidak mendatanginya (pergi ke masjid) maka tidak sempurna solatnya, melainkan disebabkan keuzuran. Mereka (sahabat) bertanya kepada Rasulullah, apakah keuzuran itu? Baginda menjawab, ketakutan dan kebimbangan atau penyakit."

- Hadis Riwayat Abu Daud,"

Tunggulah wabak berakhir. Selepas ini boleh solat Jumaat macam biasa.- CARI

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarahmirza 14-4-2020 10:37 AM
Indon ni ada yg mmg taat muslim cuma adakah ketaatan itu disebabkan keturunan tanpa ilmu asas yang jelas?

Bibik i dulu, org ajar solat jamak dikatanya salah, berdosa...
Bila bawa jalan merungut tak dapat solat pd waktu sbb tak singgah surau/masjid 5x sehari...
Padahal orang dah pesan, niat jamak tak nak juga ikut...

Iti baru satu contoh
Quote Tinot7 14-4-2020 10:38 AM
Apabila ilmu tak cukup..
Harap2 depa cepat memahami situasi sebenar dunia.
Quote talapia 14-4-2020 10:41 AM
risaunya kalau wabak tu jadi tak terkawal di Indonesia.. knowing camne rakyat mereka dengan mudah bolos ke sempadan2 negara kita.. tak mustahil di saat kita dah berbulan2 MCO.. kadar jangkitan dah hampir 0, masuk PATI dari sana.. akan ada semula kes di negara kita.
Quote kivio 14-4-2020 10:42 AM
Buta agama.
Quote TravellingBear 14-4-2020 10:44 AM
Edited by TravellingBear at 14-4-2020 10:46 AM
sarahmirza replied at 14-4-2020 10:37 AM
Indon ni ada yg mmg taat muslim cuma adakah ketaatan itu disebabkan keturunan tanpa ilmu asas yang j ...


Tak payah bibik... golongan warga platinum kat malaysia pon sama ... ada je yg begitu... heheee
Tapi bab bab mistik/supernatural cepatttt je percaya & terima
Quote pinksarah 14-4-2020 10:50 AM
Indonesian muslims mazhab sama mcm malaysians?

Rasa mcm lain, sbb ada muslims indonesia yg boleh berkahwin dgn pasangan lain agama tanpa perlu tukar agama..

Quote harizs 14-4-2020 10:50 AM
tak payah la sebut nama dr musa nordin tu. orang PAN yg kuat mengkritik Dr Noor Hisham,  asyik tak puas hati jer apa yg KKM buat  
Quote hyie 14-4-2020 10:51 AM
pemikiran orang indon ni rata2 memang kolot sikit. Terkebelakang. Dia macam kalau chuols berbual dengan orang indon, chuols akan rasa perasaan perlu downgradekan diri chuols. Orang dah level spm, dia baru merangkak level abc...cam bodoh2 bengap gitulah...taknak lah kata semua, tapi tu lah...caprut pprt goblok gitu
Quote domestobot 14-4-2020 10:51 AM
apa susah kalau tetiba murtad pegi la mengucap dua kalimah syahadah balik. memperbaharui baiah dengan Allah.
Quote natrahn 14-4-2020 10:55 AM
harizs replied at 14-4-2020 10:50 AM
tak payah la sebut nama dr musa nordin tu. orang PAN yg kuat mengkritik Dr Noor Hisham,  asyik tak p ...

  aik... pasal pa nak kait kan pasal politik
Quote noor2 14-4-2020 10:56 AM
Bab kawin boleh pula terima kawin berlainan agama....
Quote arasham 14-4-2020 11:00 AM
pinksarah replied at 14-4-2020 10:50 AM
Indonesian muslims mazhab sama mcm malaysians?

Rasa mcm lain, sbb ada muslims indonesia yg boleh  ...

Tak de kut mazhab dlm islam yg membenarkan perkahwinan begitu. Yg ada lelaki islam boleh kahwin dgn wanita ahll kitab, injil, taurat semua tu. mazhab yg 4 tiada beza tauhid hanya beza feqah/ methode/ manhaj beribadah
Quote underground 14-4-2020 11:01 AM
domestobot replied at 14-4-2020 10:51 AM
apa susah kalau tetiba murtad pegi la mengucap dua kalimah syahadah balik. memperbaharui baiah denga ...

Tengok Indon kt sini cukup lah.

Sembang tentang agama macam ulamak.

Tapi tafsir Quran dgn kitab tanpa guru, baca sendiri dan faham sendiri.

Jemaah kat masjid pun sangat jarang.

Rosak.

Respek rohingya yg baik2, zuhud je dtg jemaah masjid. Sekali suruh azan atau jadi imam, ambik kau tahfiz baca siap tarannum.
Quote Fieza-mira 14-4-2020 11:02 AM
Kalau masyarakat diorang jahil dalam beragama, jadi tugas ulamak dan cendikiawan Islam lah untuk mengajar dan mendidik masyarakat. Takkan kat sana ulamak dan cendikiawan pun takde???

Diorang tak diajar ke tentang beza hukum Islam dalam situasi aman dgn darurat? Dalam Islam hukum masa aman jadi terbalik bila datang darurat. Contoh babi haram dimakan dimasa aman tapi jadi wajib dimakan masa darurat bila dah takde makanan lain dan kalau tak makan boleh mati kebulur.

Dalam kes solat berjemaah kat masjid nih jatuh hukumnya haram sebab boleh mendatangkan bencana wabak. Jadi kalau dibuat juga bukan dapat pahala malah dapat dosa. Dosa besar pulak tuh sebab dah boleh disamakan dgn dosa membunuh.
Quote domestobot 14-4-2020 11:03 AM
underground replied at 14-4-2020 11:01 AM
Tengok Indon kt sini cukup lah.

Sembang tentang agama macam ulamak.

kan2, masing2 sembang macam dialah mahaguru. tapi takleh nak buang sifat taksub dan totok kepada hukum, punya lah rigid. tapi kahwin campur lain2 agama ok pulak. yang itu kan enak sih.
Quote tripleid 14-4-2020 11:05 AM
tp bangsa ni jugak yg beria tak nak bagi mayat magsa covid tanam kat tempat dorg kn

makin kuat ugama makin bodoh?
Quote electricopop 14-4-2020 11:48 AM
Bagus lah kalau nak taat, tapi Islam tu kan mudah, ada je cara untuk semua nya.
Haihhh nanti x pasal pasal berlambak kes COVID ni...
Quote adeqbun 14-4-2020 11:53 AM
sarahmirza replied at 14-4-2020 10:37 AM
Indon ni ada yg mmg taat muslim cuma adakah ketaatan itu disebabkan keturunan tanpa ilmu asas yang j ...

bibik kakak ai lg lawak..nk jugak solat raya wlupon period..p solat dgn liptik merah menyala..kakak ai ckp mane leh solat sbb period tp die kate dh abes period..pastu time zohor rnye asal x solat die kata period dtg balik..bodoh ke x
Quote naina 14-4-2020 11:58 AM
RIP indonesia. please jaga2 sempadan malaysia dan jalan2 tikus dr dimasuki org indon

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.069934 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top