CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Stres Waktu PKP? "Masak Apa Tak Jadi Hari Ni" Pasti Buat Anda Terhibur!

20-4-2020 09:26 AM| Diterbitkan: crabbycute| Dilihat: 3382| Komen: 3|Original author: Oleh: crabbycute

Description: Warga Facebook di Malaysia sememangnya sudah tidak asing lagi dengan "group" Masak Apa Hari Ni (MAHN), di mana ahlinya sentiasa aktif berkongsi menu masakan setiap hari.
Warga Facebook di Malaysia sememangnya sudah tidak asing lagi dengan "group" Masak Apa Hari Ni (MAHN), di mana ahlinya sentiasa aktif berkongsi menu masakan setiap hari. 


Tambahan pula dengan musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah memasuki fasa ketiga, ahli MAHN dilihat lebih aktif dan kreatif untuk mencuba pelbagai resepi. "Group" tersebut juga lazim menjadi rujukan kepada mereka yang ingin menerokai hidangan baru.

Namun, sebagai manusia kita juga tidak lari dari melakukan kesilapan. Lebih-lebih lagi dengan menu masakan yang dicuba buat pertama kali. 

Oleh itu, sekumpulan netizen telah menubuhkan kumpulan Masak Apa Tak Jadi Hari Ni khas untuk mereka yang ingin berkongsi menu yang tidak menjadi. 

Ramai rupanya yang sporting menghantar gambar kuih-muih, lauk-pauk yang tidak menjadi. Hasilnya amat mencuit hati, bahkan menjadi tular apabila lebih ramai berkongsi nasib serupa ketika "bersilat" di dapur! 



Mari lihat antara perkongsian yang menghiburkan di MATJN:


Macam Ayam Masak Kicap.. tapi, rupanya Kuih Keria!


Nuget perisa baru?


Ini memang betul-betul "Burnt Cheesecake"


Kek Pandan zaman moden.. siap ada terowong!

Sehingga artikel ditulis, grup berkenaan telah meraih sehingga 680,000 ahli sejak penubuhannya pada 14 April 2020! Satu pencapaian yang sangat menakjubkan. 

Selain menjadi hiburan tatkala PKP, "grup ini juga menggalakkan perkongsian yang positif kerana hasil yang tidak menjadi adalah lumrah dalam dunia masak-memasak. "Platform" ini sekali gus memberi galakan untuk kita terus mencuba sehingga berjaya kerana ramai yang sudi menolong dan memberi tip untuk hasil yang lumayan! 

Oleh itu, jangan malu jika masakan anda tak menjadi! Ternyata kita semua pasti pernah menghadapinya! - CARI
2

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salmon-suki 20-4-2020 09:57 AM
Bkn ke dah ada benang psl masak tak jadi ni?asal nk kne ada byk benang ek?xde topik lain nk covered ke?{:dot
Quote crabbycute 20-4-2020 11:12 AM
Baik, maaf. Nnt sy improve lg.
Quote supernaturalee 23-4-2020 01:27 AM
I found this thread is hilarious
Post lh lg dr FB tu

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.084754 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top