CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Malunya! Video Aliff Syukri Kantoi Jual Penutup Muka Bocor Keluar Di Reddit

20-4-2020 09:28 AM| Diterbitkan: Straya| Dilihat: 25374| Komen: 154|Original author: Straya

Description: Kredit foto: TwitterBeberapa hari lepas, video secara langsung yang telah dibuat oleh Dato Seri Aliff Syukri menjadi kecaman orang ramai. Dalam video tersebut, Aliff Syukri cuba menunjukkan demonstras ...


Kredit foto: Twitter

Beberapa hari lepas, video secara langsung yang telah dibuat oleh Dato Seri Aliff Syukri menjadi kecaman orang ramai. Dalam video tersebut, Aliff Syukri cuba menunjukkan demonstrasi penutup muka dan hidung yang dijualnya kepada pengikutnya.


Beliau cuba menunjukkan yang penutup muka yang dijual itu sebagai kalis air namun selepas diletak air, penutup muka dan hidung itu kantoi bocor. Rata-rata netizen menyedari wajah Aliff berubah dan beliau cuba menutup kesalahan dengan berbuat biasa sambil memotong buah mangga. Lebih lucu, apabila beliau cuba pula meletak air di atas penutup muka biasa dan terbukti penutup muka 'standard' itu lebih berkualiti kerana kalis air.


Apabila terus 'dibantai' netizen ketika video secara langsung itu, Aliff Syukri mengatakan dengan kesal "orang Malaysia memang suka cari salah saya".


Kredit: Youtube BESIHITAM


Isu tersebut turut mendapat perhatian pendakwah, Wan Dazrin Wan Din yang menegur Aliff. Beliau mengatakan tindakan Aliff ini adalah haram dalam Islam dan dosa besar serta penipuan secara terang-terangan.

Kredit: Instagram wandazrin


Video ini juga mendapat perhatian masyarakat antarabangsa apabila tular dan dikongsikan di laman komuniti antarabangsa Reddit.


Kredit foto: Reddit


Video tersebut diletak di halaman utama Reddit, iaitu laman komuniti internet terkemuka di Amerika dan Eropah. Tajuk video itu ialah "Dia cuba membuktikan topeng muka biasa tidak berkesan tetapi akhirnya tidak berjaya dan dikecam".


Reddit adalah salah laman web sosial yang mendapat rating tertinggi.  Reddit menjadi media informasi yang digunakan ramai orang untuk mengetahui tentang isu-isu yang hangat dibicarakan pada masa kini.


Harap Aliff Syukri belajar daripada kesilapan dan cuba perbaiki mutu barangan yang dijualnya. Sebab bila dah kantoi, beliau dan keluarga beliau juga yang menanggung malu. - CARI 



Bagus
3

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
7

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote umbut 20-4-2020 09:55 AM
Sibuk je si wan dazrin ni... dulu sibuk hal uqasha...
Si tok lip ni memang lawak.. patut ler kaya raya.. jual barang murah jual harga yahudi.. pastu bodoh
Quote Lailerthee 20-4-2020 09:59 AM
Berapa banyak benang nk bukak untuk sotong ni
Quote sarah82 20-4-2020 10:00 AM
Hahaha hahahahahahahahahahahaha.. Popular laaaaa..
Quote Kurex 20-4-2020 10:02 AM
Dak aihh dgn belum sama2 aku tak minat
Quote Orix 20-4-2020 10:08 AM
iols dlu pelik gak dgan perangai toklip ni. tp sejak2 mak dia pun sama fofuler, iols x pelik dah.
Quote MadameOnion 20-4-2020 10:10 AM
zaman kejatuhan sbb back up sajat masa sajat balik mekah dulu kan..siap buat live lagi nak bgtau apa yg sajat buat tu tak salah  #donebuatkerjatuhan
Quote tikusmontok 20-4-2020 10:15 AM
Serba tak kena liplut ni..berenti jer la jadi manusia
Quote tick 20-4-2020 10:20 AM
dia la si luncai....
cakap apa la pun.. dia buat bodoh n blur.
biar la dia terjun dengan labu2nya
Quote LuvAurora 20-4-2020 10:39 AM
Tak paham betul yg still support heols.. dia dah kaya raya.. if nak beli belilah dekat org yg jual dekat fb hat dok iklan tu..
Quote pearl.silver 20-4-2020 10:51 AM
Toklip mendonia..
Pasni boleh jual sherbs kt us
Quote belilies 20-4-2020 10:53 AM
Himbo sangat dia neh. Mcm ashton kutcher dlm that 70s show
Quote mbhcsf 20-4-2020 10:53 AM
i  sempat melihat beliau di I can see your voice 7 tak berapa lama dulu
cuma  this is something i observed - mungkinsomeone boleh address tentang impulsivity and those impulsive behaviour - especally verbal output dia...i mean itu tak funny. seriously.
Quote haruslah 20-4-2020 11:02 AM
muka xleh belah betol
nampak sgt x test dulu fm tu
Quote hazada 20-4-2020 11:08 AM
hahaha sewel alip syukri ni.kalau ye pun jangan la tipu.kata saya akan baiki kualiti mask ni
Quote tagas 20-4-2020 11:09 AM
so jadik cerai ke tak
Quote qicki 20-4-2020 11:16 AM
hahahahahahhhaa...adoila.....gi la test dulu lip oiii before live......maluu weiiii
Quote umbut 20-4-2020 11:23 AM
haruslah replied at 20-4-2020 11:02 AM
muka xleh belah betol
nampak sgt x test dulu fm tu

Dia sebenarnya test yg tiup lighter tu je.. ntah sedut ke hembus..nipu je.. pastu ada netz soh test letak air.. terus ler dgr cakap netz tu letak air.. sekali tembus... terkulat2 gi potong buah
Quote haruslah 20-4-2020 11:24 AM
umbut replied at 20-4-2020 11:23 AM
Dia sebenarnya test yg tiup lighter tu je.. ntah sedut ke hembus..nipu je.. pastu ada netz soh tes ...

ooo ye ke
i x tgk video penuh
i tgk yg org dah troll kan tu jer
terkulat2 muka dia


Quote Tinot7 20-4-2020 11:25 AM
Dia tak test dulu sblm live ke? Apa daa..

Lihat semua komen(154)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:37 PM GMT+8 , Processed in 0.089190 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top