CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

"Ada Yang Jadi Takut Nak Pregnant" - Aneh, Mengandung Buatkan Muka Wanita Ini Jadi Tua..

23-4-2020 02:32 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 5309| Komen: 14

Description: Ramai ibu hamil mengalami masalah perubahan fizikal dan emosi akibat ketidakstabilan hormon. Mujurlah perubahan tersebut hanya berlaku dalam tempoh kehamilan sahaja dan ianya akan reda selepas kelahir ...

Ramai ibu hamil mengalami masalah perubahan fizikal dan emosi akibat ketidakstabilan hormon. Mujurlah perubahan tersebut hanya berlaku dalam tempoh kehamilan sahaja dan ianya akan reda selepas kelahiran bayi.

Bagaimanapun, apa yang akan anda lakukan jika perubahan fizikal tersebut sangat luar biasa iaitu kulit berkerepot seperti seorang nenek?

Itulah yang dikongsikan oleh pengguna Facebook, Nor Sahira yang menghadapi masalah kulitnya bengkak, berkedut, hidung membesar dan kulit bertukar menjadi orang tua.


Kredit foto: FB

Menurut Nor Sahira lagi, perubahan tersebut berlaku pada usia kandungannya tiga bulan dan ia sangat memeritkan kerana terpaksa berhadapan dengan orang ramai yang tidak memahami.

"Tak pernah pembawakkan budak seteruk nie. Masa mengandung, hari-hari stress, nak berdepan dengan orang ramai. Saya cuma mampu senyum, tapi dalam hati, hancur lebur."
FB

Bagaimanapun, penderitaanya berakhir apabila selamat melahirkan bayinya dan kulitnya perlahan-lahan pulih kembali. Malahan, suaminya juga turut memberi sokongan emosi kepadanya supaya tidak mudah putus asa.

"Terima kasih pada suami yang sentiasa puji saya cantik, walaupun saya tahu sebaliknya. Dia nak sedapkan hati isteri dia."

FB

Perkongsian tersebut mengundang tanda tanya daripada warganet malahan ada yang menyatakan ianya kerana menggunakan aplikasi suntingan gambar. Akan tetapi Sahira menjelaskan yang ianya adalah kerana perubahan hormon sahaja.


FB


FB
Walau apa pun perubahan yang dialami oleh wanita hamil, peranan utama untuk menyelamatkan keadaan terletak di bahu suami. Semoga perkongsian ini memberikan hikmah untuk semua pasangan di luar sana. - CARI






1

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote milanhawkin 23-4-2020 04:04 PM
like... wow.....
speechless
Quote seramado 23-4-2020 04:08 PM
Ngeri... Mujur dh elok
Quote tri-max 23-4-2020 05:30 PM
pembawakan budak jgn main2 uolss
aku pon pernah time ngandung 2nd,  tapi takdela terok macam dia ni
idung kembang, muka gelap, kira mcm takde seri la
tp alhamdullilah semua nya back to normal
and dapat baby yg sgt comel... kira berbaloi la menangung all this thing selama 9 bulan
Quote polluxsstar 23-4-2020 05:59 PM
Agak2 hormon apakah yg buat jadi mcm tu?
Nasib baik husband sayang.
Quote buapakperut 23-4-2020 06:07 PM
kesian hakak, sabar betul suaminya. syukur dah sembuh.
Quote Megikari 23-4-2020 06:10 PM
tri-max: pembawakan budak jgn main2 uolssaku pon pernah time ngandung 2nd,  tapi takdela terok macam dia niidung kembang, muka gelap, kira mcm takde seri latp  ...


Sama macam masa i preggy anak sulung. Kulit jadi gelap, hidung kembang, kat leher ada ring hitam. Lepas bersalin dalam masa seminggu camtu dia hilang sendiri. Tapi nak menanggung rasa rendah diri tu yang susah, sebab selalu kan orang kata ibu preggy ni jadi cantik berseri2, dah kenapa i jadi buruk pulak huhuhu
Quote md_nana 23-4-2020 06:26 PM
Takut rasanya nak mengandung lg lepas tgk muka kakak ni. Ye lah memang pembawakan setiap org tu x sama. Tp aku ni mengandung anak pertama je naik 20kg kau. Hahahah sampai skrg cuma turun 10kg je. Baby keluar pun kecikkkkkk yg lebihnya lemakkkk
Quote Lailerthee 23-4-2020 07:59 PM
Ya Allah takut nya. Alhamdulillah da sembuh sis ni
Quote bolamata 23-4-2020 08:13 PM
bagi i, ini pengalaman yang menarik sis ni dapat rasakan.. kenangan untuk dia dan family dia kenang sampai bila2.. si anak especially bila dia dah dewasa nanti tahu erti pengorbanan seorang ibu yang melahirkan dia...

Quote bolamata 23-4-2020 08:13 PM
i mengandung muka dan kulit berubah 360... hidung automatic kembang, muka bengkak, kulit berubah warna merah macam udang kena bakar.. bayangkan lepas i bersalin, 2 hari lepas tu i dapat balik kulit asal i.. ada sekali pakcik sebelah rumah tegur i tanya mana kakak yang mengandung tu, bila i kata akak tu adalah i, dia terkejut eh lain sungguh ni...

i faham perasan sis, u are not alone sis..
Quote mijot 24-4-2020 06:45 AM
pembawakan budak bukan suatu yg main2
Quote MariaClara 24-4-2020 11:54 AM
ya btol...hanya yg mengalami je tahu...bukan main2 ni...

i preggy muka jerawat je...pastu muka jadi lain...perubahan yg normal...

Quote Groovykid 25-4-2020 12:36 AM
Untung akak ni suami siap puji x nak bagi dia down..
Quote coco 27-4-2020 11:49 AM
tapi pelik aarrr... kening pun hilang ke ????

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:07 PM GMT+8 , Processed in 0.072941 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top