CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Tak Semua Klise, Drama Melayu Masih Ada Harapan Tambat Hati Macam Mimpi Sumi!

30-4-2020 10:30 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 8839| Komen: 23|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: Apabila ramai memperkatakan drama Melayu semuanya berkisarkan mengenai cinta yang memualkan, sebenarnya ia tidaklah tepat kerana menidakkan kualiti sesetengah drama lain. Masih ada karya yang baik ser ...


Apabila ramai memperkatakan drama Melayu semuanya berkisarkan mengenai cinta yang memualkan, sebenarnya ia tidaklah tepat kerana menidakkan kualiti sesetengah drama lain. Masih ada karya yang baik serta kualiti lakonan bagus datangnya dari produksi kecil.

Antara yang diperkatakan adalah karya Mimpi Sumi lakonan Sazzy Falak dan terbitan Zizan Nin Production. Topik pedofilia dan penganiayaan seksual mengangkat cerita ini yang keluar dari kepompong norma masyarakat Melayu.

Malah, pujian melambung Nazril Nash sendiri terhadap lakonan isterinya (tanpa bias) menjelaskan kualiti lakonan pelakon lama lebih baik berbanding pelakon sekarang yang sekadar melontarkan skrip sahaja.



Zizan Nin turut mengucapkan terima kasih atas pujian tersebut dan berjanji untuk menghasilkan karya yang lebih baik.


Kredit foto: IG


Rata-rata penonton turut terkesan dengan cerita ini dan lakonan Sazzy yang bersungguh-sungguh menghayati wataknya.


IG
Kredit foto: IG

Walaupun pernah ditayangkan akhir tahun lepas, namun disebabkan PKP (tiada produksi baru) maka ia ditayangkan sekali lagi dan membuat orang ramai 
mahukan cerita Melayu lain yang lebih realistik seperti ini.





Jadi, masih ada harapan untuk drama Melayu menambat hati penonton yang sukakan genre berbeza. Ia memerlukan sokongan daripada kita semua bagi memperbanyakkan produk yang lari dari klise dan tidak lupa pelakon yang benar-benar berlakon, bukannya sekadar bercakap di hadapan kamera semata-mata.


Kredit foto: IG

Tahniah untuk penerbitan Mimpi Sumi dan karya-karya lain yang bagus di kaca televisyen. - CARI
3

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salmon-suki 30-4-2020 11:13 AM
Patut laa mcm pernah dgr je tajuk tu..utube ada rekemen kt aiolzs before this tp last year laa..
Quote nazzse 30-4-2020 12:01 PM
Patutla sazzy berlakon, production zizan nin rupanya. Story line ok la, boleh terima
Quote LadyCarefree 30-4-2020 12:05 PM
Belum berkesempatan nk tngok. Dah berzaman xtngok cerita melayu. Tp nmpak menarik dn iols mmang suka dngan sazzy. Dari klip2 tu nmoak best. Cuma rasanya budak tu xpandai berlakon. Yg jd anak tu.
Quote Supersirap 30-4-2020 12:51 PM
belum tengok lagi
Quote manjalara_01 30-4-2020 01:26 PM
[youtube]V7Zd-OgbmZU[/youtube]
X tahu knp x bleh copy paste summary..
Quote rayriff 30-4-2020 01:34 PM
citer ni scary dan sedihh. memang drama ni lain dari lain
Quote RatuDunia94 30-4-2020 01:46 PM
For me sazzy ni underrated actress in malaysia. Sayangnya x byk skrip yg sesuai dgn rupa urban sheols. Tp siyesly sheols pandai berlakon..
Quote Kurex 30-4-2020 06:17 PM
Reza..........
Quote Tinot7 30-4-2020 10:19 PM
Besornya umah dia
Quote spy_caridotdot 1-5-2020 01:41 AM
Motip nak up drama yang dah berkurun? Dah 2 tahun berlalu kot drama ni!
Quote cikkilata 1-5-2020 11:01 AM
spy_caridotdot: Motip nak up drama yang dah berkurun? Dah 2 tahun berlalu kot drama ni!


Citer lama.. tp ramai lg x tgk... bior le... jalan citer x streotaip...ape salahnya ulang tayang...
Quote dua_chzy 2-5-2020 02:40 AM
RatuDunia94 replied at 30-4-2020 01:46 PM
For me sazzy ni underrated actress in malaysia. Sayangnya x byk skrip yg sesuai dgn rupa urban sheol ...

Yeap. Dan walau muka urban, sheol helok ja berpasangan dengan muka tak urban seperti aruah Faizal ex husband Siti Nordiana tu. All time feveret ai ya, telemovie Surat Untuk Bulan. Cuma aiol rengsa dengan watak Bulan si Bienda tu walau muncul sekejap ja.
Quote shamsmehra90 2-5-2020 08:31 PM
Sampai tak perasan ada drama ni. ... pooojaaan hati akak kalau bukan Beto Kusyairi yang boleh menggegar hati perempuan akak ni. ... Pastu baca pulak komen2 fans yang dah tengok telemovie, Perghh semua positive belaka. ... Ok, kalau ikutkan intipati dalam telemovie tu agak klise. ... Sama kan macam cite melayu lain.
Quote daisywillberry 3-5-2020 11:56 PM
Tv3 tanak ulang ke pose2 nii
Quote mawar_mustika 6-5-2020 11:08 AM
xde ke yg dh tgk tlg summarykan cerita ni
Quote minah_selekeh 18-5-2020 11:00 PM
Ada tengok cerita ni hari tu tapi dah sampai tengah2.. OK gak la Reza ambik watak2 camni.. Takde la asyik cerita jadi hero bercinta je..
Quote cahaya_emily 28-5-2020 01:25 PM
guys, acaner nk dapatkan skrip cite ni?haha...nk buat kajian...
Quote cahaya_emily 29-5-2020 08:40 AM
omg, baru setengah jam pertama i tgk cite ni rasa rengsa, byk sgt scene & skrip yg kena perbaiki...hahah...sazzy tu oklah berlakon...
Quote cahaya_emily 29-5-2020 08:59 AM

betul la, byk sgt scene yg tak logik..mcm sekecik2 bende pun flop, apesal la tak tunjuk mak budak ni busy betul, cth balik malam, nak masak pun tak sempat, so beli food kat luar je ke...barulah boleh justify yg anak dia kne sexual abuse dia tak perasan cos shes too busy & tak sempat nk belek anak...ini i tgk elok je dia lyn anak dia, hantar g sekolah...tanya kabar anak..tp tetibe mati pulak..and then scene dia jumpa ex-husband tu, tak boleh ke dia buat dkt tpt yg terang sambil duduk minum...punya la bajet ciput tempat yg sama, baju sama tp borak dgn colleague dia yg sounds odd when she speaks english tu ckp yesterday i jumpe ex husband i..padahal baru kejap td ko berdiri kat tpt yg sama & pakai baju yg sama jumpe ex husband...oh my...cite ni tema dia bagus pasal pedofilia, tp execution dia very poor....i rasa kalo pengarah cite Nur yg buat cite ni mesti ok..ini hauk gila...

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:45 AM GMT+8 , Processed in 0.241726 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top