CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

#BankerJagaBanker, Netizen Sindir Menteri Kewangan Isu Moratorium

2-5-2020 10:29 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 5892| Komen: 10|Original author: Oleh: natrahn

Description: Kecoh di media sosial mengenai inisiatif moratorium dalam Prihatin Nasional yang diumumkan kerajaan pada 25 Mac lalu.


Kecoh di media sosial mengenai inisiatif moratorium dalam Prihatin Nasional yang diumumkan kerajaan pada 25 Mac lalu.

Pengguna maya menggunakan tanda pagar #BankerJagaBanker bagi menyatakan bantahan terhadap perubahan prosedur moratorium pinjaman perjanjian sewa beli (HP) dan pembiayaan Islamik berkadar tetap yang diumumkan Bank Negara Malaysia (BNM), semalam.  

Laporan menyebut perubahan itu menyebabkan peminjam yang mengambil moratorium perlu membayar faedah tambahan.  

Lantas, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang juga bekas ketua pegawai eksekutif CIMB Group Holdings Bhd kini menjadi sasaran serangan pengguna maya.










Adakah ia agenda politik?



Kredit foto:  Twitter #bankerjagabanker

Kenyataan BNM pada 30 April yang menyatakan bahawa pihaknya telah memformalkan perjanjian syarat pembayaran yang disemak semula dengan peminjam atau pelanggan dengan pinjaman sewa beli (Hire Purchase) dan pembiayaan Islam dengan kadar tetap untuk memberi kesan kepada moratorium enam bulan terhadap pembayaran pinjaman atau pembiayaan. 

Ia hanyalah bagi memenuhi syarat prosedur yang tertakluk di bawah Akta Sewa Beli 1967 dan Syariah untuk setiap perubahan yang dibuat pada syarat perjanjian ini, termasuk perubahan pada jadual pembayaran atau jumlah bayaran bulanan akibat moratorium ini.  

Usai kekecohan tersebut, ada pihak yang menyatakan perubahan terbaru prosedur untuk mendapatkan moratorium pinjaman selama enam bulan bagi perjanjian sewa beli nampaknya berlaku disebabkan oleh kealpaan Bank Negara.

BNM, semalam bagaimanapun menafikan telah membatalkan keputusan mengenai penangguhan pembayaran enam bulan untuk kedua-dua pinjaman tersebut.

Secara dasarnya, ia tidak mengubah apa-apa kenyataan yang dibuat oleh BNM mengenai inisiatif moratorium dalam Prihatin Nasional yang diumumkan oleh kerajaan sebelum ini.  



Malah, BNM pada bulan Mac lagi telah menyatakan bahawa moratorium ini hanyalah penangguhan bayaran bulanan, bukan penangguhan faedah ke atas pinjaman.






Kredit foto: Instagram Bank Negara Malaysia

Mungkin ramai yang keliru dan cuba dikelirukan oleh pihak-pihak tertentu. - CARI
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 2-5-2020 11:50 AM
Iols konpius camana bank dan bnm keje
Quote shernazz 2-5-2020 12:26 PM
Buat group wasap la..senang..
Quote LadyCarefree 2-5-2020 12:42 PM
Mamat ni kat interview TV cakap takde interest. Muka dahlah mcam pelawak xlawak yg sendu sesendunya
Quote GigaMom 2-5-2020 05:29 PM
Nak free semua 6 bln
Kjaan larang kja 2 bln je

Bagi free interest tu 2 bln dh la
Quote crazybeach 2-5-2020 08:29 PM
ni recycle balik isu kat forum ke? yang katanya edisi u turn kena caj interest pulak tapi sebenarnya syok sendiri jah? awal2 bnm dah cakap interest dalam tempoh moratorium tu tetap kena bayar dan tak dimansuhkan pun?
Quote guesswho09 2-5-2020 08:33 PM
LadyCarefree replied at 2-5-2020 12:42 PM
Mamat ni kat interview TV cakap takde interest. Muka dahlah mcam pelawak xlawak yg sendu sesendunya

Dia ni naik bkn sebab berkaliber sgt pun
Quote ardent91 2-5-2020 10:35 PM
Dari dulu lagi BNM dah kata yg caj interest sepanjang tempoh moratorium tu tetap akan berjalan mcm biasa.. sah2 la ramai org yg x baca official statement dri BNM bulan mac aritu pastu nk meroyan plak skrg
Quote Watlek 3-5-2020 03:44 AM
logo rusa tu yg aku pelik...rusa tang mana ekor panjang???
Quote daisywillberry 4-5-2020 12:01 AM
Hehehe...hrp dgrlah keluhan kami ni yerr
Quote Lailerthee 7-5-2020 02:31 PM
Da umumkan cakap xd penambahan interest untuk kereta

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.052975 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top