CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

" Saya Seronok Lihat Papa Kembali Buat Apa Yang Dia Suka." - Dafi

11-5-2020 04:40 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 17971| Komen: 91

Description: Pelakon dan penyanyi, Gadaffi Ismail Sabri atau lebih mesra disapa Dafi memberitahu dia seronok melihat bapanya kembali ke dunia politik selepas hampir setahun setengah berehat dari dunia politik.



Pelakon dan penyanyi, Gadaffi Ismail Sabri atau lebih mesra disapa Dafi memberitahu dia seronok melihat bapanya kembali ke dunia politik selepas hampir setahun setengah berehat dari dunia politik.

Anak Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui sangat berbangga dengan bapanya kerana bekerja keras dan turut menjadi barisan hadapan dalam mengekang penularan Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

"Saya seronok lihat Papa bekerja sekarang. Biarpun dia agak penat kerana bekerja berhabis-habisan, Papa gembira dengan apa yang dilakukan.

"Sebelum ini, selama setahun setengah, Papa berehat daripada melakukan apa yang dia suka. Jadi, sekarang, apabila dia kembali buat apa yang disukai, kami sekeluarga seronok.

"Sepanjang tempoh kerajaan menangani COVID-19, saya lihat Papa kerja bersungguh-sungguh. Sebagai anaknya, saya berbangga apatah lagi selepas ramai yang meluahkan penghargaan kepada Papa," katanya kepada BH Online.


Mengakui bapanya kini lebih popular berbanding dirinya sekarang, Dafi mengaku tidak pernah iri hati malah kagum dengan kesungguhan bapanya bekerja biarpun kadang-kala berdepan kritikan segelintir rakyat.

Katanya lagi, dia sangat terhibur melihat telatah netizen menyamakan kemeja yang dipakai bapanya dengan kuih-muih.

"Membaca komen netizen membuatkan saya tergelak. Sebenarnya, Papa sudah lama ada koleksi baju begitu, bukan baru pakai untuk menarik perhatian orang ramai," kata bekas peserta musim kelima, Akademi Fantasia (AF) ini.



Ditanya mengenai karier seninya, Dafi berhasrat untuk kembali aktif menyanyi awal tahun ini namun disebabkan penguatkuasaan PKP sejak Mac lalu, hasratnya terpaksa dilupakan buat sementara waktu sehingga keadaan kembali pulih.

Tak sabar pula menanti Dafi kembali menghiasi dunia seni setelah agak lama juga dia menyepi. Harap Dafi dapat buat "comeback" seperti bapanya kerana sudah pasti peminat-peminatnya tidak sabar menantikan saat itu. - CARI



2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bakingsoda 11-5-2020 06:11 AM
ahli politik mana yg tak suka jadi menteri
Quote pukulrata 11-5-2020 06:17 AM
Mau papa xhappy..pasni bleh papa sakau lg
Quote fadz84 11-5-2020 06:19 AM
Tolonglah dafi terus berhenti menyanyi.. suara x best.. xyah comeback pun xpe..
Quote slyfynx 11-5-2020 07:03 AM
Mengakui bapanya kini lebih popular berbanding dirinya sekarang


Ko x layak pun nk famous dafi oi
Quote delawang 11-5-2020 07:09 AM
Papa mmg kuat kerja pun.. mmg matured, maklumlah berpengalaman.. bkn baru smlm masuk politik..
Dafi ni yg patut ikut contoh papa tu
Quote cicicumel 11-5-2020 07:10 AM
umo dafi brp. nmpak dh tua. dulu cute.
Quote KIM.K 11-5-2020 07:13 AM
Dafi ni memang baik takde gosip kurang manis cuma menyampah je kategori kemut
Cumannyaa gaydar aku berdenting
Quote crazybeach 11-5-2020 07:25 AM
dah sendu so kena lah tumpang populariti papa nak bagi nama naik balik kan?
Quote dudaberhias 11-5-2020 07:30 AM
Dah sendu, jadi bottom pun haus sibuk nak guna bapak sebagai clout ke Miss Fi, iols sarankan Miss Fi buka syarikat kontraktor supaya boleh kaut tender kerajaan.
Quote cmf_shya 11-5-2020 07:31 AM
Biar papa je ye dafi..dafi n adik beradik aman2 je jgn over..tp aku suka lg nina kakak dafi dr kaklongbintiahmad....
Quote Tinot7 11-5-2020 07:43 AM
Dapi bila tue, rupa jadi mcm tu ke?
Quote bluebutter 11-5-2020 07:57 AM
bakingsoda: ahli politik mana yg tak suka jadi menteri

Entah...masyukkk tu...
Quote kbyne 11-5-2020 07:59 AM
Bapa dia memang experience,tengok speech pun clear...mcm cakap Captain kapal Black Pearl Jack Sparrow dalam cerita Pirates 2 "Simple,easy to remember"...
Quote Orix 11-5-2020 08:21 AM
Bapak kau la muntri plg lembek. Dgan org bujang x dpt gunting rambut n xleh basuh baju pun lembekkkkk smpai nk perjudikan nyawa org ramai nk bg kedai gunting buka. Puihhh. Lepas kena sound dga DG bru ada akal. Pulak tu suka confuse kan org jap kata QR code x perlu jap kata perlu puihh
Quote inspektoremos21 11-5-2020 08:47 AM
Iols rasa zaman dia masuk AF dulu mesti dia fefeeling irwansyah
Quote LadyCarefree 11-5-2020 09:08 AM
Ini pon jd berita
Quote GigaMom 11-5-2020 09:29 AM
So kerja apa dia ni skg
Belajarla jadi pelakon,lupakan bidg nyanyian
Quote Kurex 11-5-2020 09:33 AM
cicicumel replied at 11-5-2020 07:10 AM
umo dafi brp. nmpak dh tua. dulu cute.

dah 32 dah
Quote Kurex 11-5-2020 09:34 AM
GigaMom replied at 11-5-2020 09:29 AM
So kerja apa dia ni skg
Belajarla jadi pelakon,lupakan bidg nyanyian

Dia memang berlakon.. dekat rtm.. aku tau bukan bermaksud minat.. tapi tertengok

Lihat semua komen(91)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.082013 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top