CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Covid-19 Tak Akan Hilang - WHO

14-5-2020 01:28 PM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 5898| Komen: 43|Original author: Oleh: top5complete

Description: Memetik laporan berita harian, ini adalah berita yang agak menyedihkan buat seluruh masyarakat di dunia, semalam Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan amaran, COVID-19 tidak akan hilang dan ...
Memetik laporan Berita Harian, amaran daripada WHO ini adalah berita yang agak menyedihkan buat seluruh masyarakat di dunia.


Semalam, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan amaran bahawa COVID-19 tidak akan hilang dan masyarakat perlu menerima hakikat dan belajar hidup dengannya.

Virus COVID-19 pertama kali muncul di Wuhan, China pada penghujung tahun lalu kini sudah menjangkiti lebih 4.2 juta orang di seluruh dunia dan membunuh hampir 300,000 di seluruh dunia.


Foto: Hello Doctor, NDLink

Pada pendapat penulis, negara-negara yang melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) juga tidak dapat membendung sepenuhnya wabak ini dan akan ada kes baharu setiap hari.

"Kami mempunyai virus baharu yang menyerang populasi manusia, oleh itu sangat sukar untuk diramalkan bila kita akan mengatasinya," kata Pengarah Kecemasan WHO, Michael Ryan.


"Virus ini mungkin menjadi virus endemik lain di kalangan penduduk dunia ketika ini dan ia mungkin tidak akan pernah hilang.

"Seperti jangkitan HIV tidak hilang - tetapi kita telah mengatasi virus ini.

"Lebih daripada separuh penduduk dunia terpaksa mengikut perintah berkurung sejak krisis kesihatan ini bermula lebih enam bulan lalu," kata Ryan pada sidang media maya di Geneva.


Foto: Berita Harian

Justeru, WHO memberikan amaran kepada seluruh negara di dunia untuk sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga tanpa leka.

"Banyak negara ingin keluar (daripada pandemik COVID-19) dengan cara yang berbeza.

"Jadinya, kita mencadangkan supaya setiap negara sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga pada tahap tertinggi," kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus. - CARI

- Sebar kebaikan tolak keburukan!

Bagus
2

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LostStar 14-5-2020 01:19 PM
HIV lain cara sebaran dia.. yg covid ni lain.. covid ni lain mcm punya pukulan..
Quote hidet 14-5-2020 01:23 PM
LostStar replied at 14-5-2020 01:19 PM
HIV lain cara sebaran dia.. yg covid ni lain.. covid ni lain mcm punya pukulan..

yes...mcm dr Jemilah mercy tu ckp, mcm kita hidup bersama denggi..denggi tu sentiasa je ada..tapi denggi cara jangkitan lain..covid ni sesama manusia pun xleh dekat..huhu
Quote top5complete 14-5-2020 01:28 PM
Memetik laporan Berita Harian, amaran daripada WHO ini adalah berita yang agak menyedihkan buat seluruh masyarakat di dunia.


Semalam, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan amaran bahawa COVID-19 tidak akan hilang dan masyarakat perlu menerima hakikat dan belajar hidup dengannya.


Virus COVID-19 pertama kali muncul di Wuhan, China pada penghujung tahun lalu kini sudah menjangkiti lebih 4.2 juta orang di seluruh dunia dan membunuh hampir 300,000 di seluruh dunia.





Foto: Hello Doctor, NDLink



Pada pendapat penulis, negara-negara yang melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) juga tidak dapat membendung sepenuhnya wabak ini dan akan ada kes baharu setiap hari.


"Kami mempunyai virus baharu yang menyerang populasi manusia, oleh itu sangat sukar untuk diramalkan bila kita akan mengatasinya," kata Pengarah Kecemasan WHO, Michael Ryan.


"Virus ini mungkin menjadi virus endemik lain di kalangan penduduk dunia ketika ini dan ia mungkin tidak akan pernah hilang.


"Seperti jangkitan HIV tidak hilang - tetapi kita telah mengatasi virus ini.


"Lebih daripada separuh penduduk dunia terpaksa mengikut perintah berkurung sejak krisis kesihatan ini bermula lebih enam bulan lalu," kata Ryan pada sidang media maya di Geneva.





Foto: Berita Harian



Justeru, WHO memberikan amaran kepada seluruh negara di dunia untuk sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga tanpa leka.


"Banyak negara ingin keluar (daripada pandemik COVID-19) dengan cara yang berbeza.

"Jadinya, kita mencadangkan supaya setiap negara sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga pada tahap tertinggi," kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus. - CARI


- Sebar kebaikan tolak keburukan!
Quote Kurex 14-5-2020 01:30 PM
Maknanya pakcik aku duduk dekat rumah aku ni sampai bila2 la.... Hmmmm
Quote chipsmoremore 14-5-2020 01:45 PM
kesimpulan...

Mudah untuk kita mati, so bertaubatlah, maut akan datang bila2 masa ....ampunilah aku

Quote meteorspeed 14-5-2020 01:50 PM
LostStar replied at 14-5-2020 01:19 PM
HIV lain cara sebaran dia.. yg covid ni lain.. covid ni lain mcm punya pukulan..

Hiv nie tak dak persetubuhan, kongsi jarum tak kena. Yg covid nie salam jer ngan oeg yg positif alamat nyer tepuk dahi la
Quote dubuk 14-5-2020 02:12 PM
sahabat, mari lah
Quote djzara81 14-5-2020 02:49 PM
Aku anggap musibah covid-19 ni sbg persediaan menghadapi doomsday. Kita tak bole nk predict or bygkn kedahsyatan kiamat. Cukuplah baca2 or dgr ceramah ustaz psl kiamat pon dah rasa takut & insaf. Better kita bersedia dr segi mental, fizikal, spiritual & what not. Im not a doomsday prepper though.
Quote nefnefnef 14-5-2020 03:00 PM
Hakikat yang pahit untuk ditelan
Quote lurve82 14-5-2020 03:20 PM
berdoalah...malam2 terakhir Ramadhan ni..mana tau ada doa yg diangkat hapuskan covid ni dari muka bumi...walaupun mustahil..nak hidup balik mcm sblm covid...
Quote husna_amal 14-5-2020 03:21 PM
adakah sampai satu masa nanti kita kena terima hakikat bila dijangkiti dan nyawa dah tak lagi berharga
Quote adiwarna 14-5-2020 03:54 PM
Solution - vaccine

In the meantime before the vaccine arrived - keep social distance, wear masks, wash hands regularly, work from home if possible, protect the children, old folks and people with chronic disease from getting infected ...

Embrace the new norm way of life.
Quote slavehunter 14-5-2020 04:07 PM
And now the end is near.....
And so We face the final curtain....
Quote intanazlynna 14-5-2020 04:10 PM
nama pun virus, tak ada ubat...

HIV ada laa jugak ubat yg boleh telan

sama2 lah kita berjaga2..
Quote saladin780 14-5-2020 04:18 PM
Blahlah WHO. Ko patut kluar warning awal2 lagi pasal wuhan virus ni, tpi si tedros bangang ni tunduk pulak dgn tekanan China. Kalau WHO kluarkan global warning awal2..takdenya sampai satu dunia kucar kacir skrg ni. Biar china handle sendiri virus dorg ni

WHO ni mmg something wrong pun..nak namakan wuhan virus pun dia bangkang..rasisme katanya
Quote Modngengade 14-5-2020 04:19 PM
cash itu nyata sister
Quote Mirfi 14-5-2020 04:27 PM
Harus amalkan kebersihan {:cryrun
Quote CiliPadiSedap 14-5-2020 06:40 PM
djzara81: Aku anggap musibah covid-19 ni sbg persediaan menghadapi doomsday. Kita tak bole nk predict or bygkn kedahsyatan kiamat. Cukuplah baca2 or dgr ceramah ...


Banyak tengok netflix ni
Quote anony-mous 14-5-2020 06:43 PM
Kurex replied at 14-5-2020 01:30 PM
Maknanya pakcik aku duduk dekat rumah aku ni sampai bila2 la.... Hmmmm

Kenapa pakcik uols stay dgn uols? I baru tau ni. Rumah sewa uols tu ke or rumah family?

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.056529 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top