CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Percaya Akan Cantik Walau Menderita - Remaja Ini Dikecam Sanggup Ambil Risiko

18-5-2020 09:29 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 16858| Komen: 67|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: Biarpun banyak kes produk kecantikan beracun dipaparkan di media massa, namun dek kerana mahukan cantik dengan cepat, ada wanita yang sanggup mengambil risiko ini. Seorang pengguna Twitter membuat vid ...



Biarpun banyak kes produk kecantikan beracun dipaparkan di media massa, namun dek kerana mahukan cantik dengan cepat, ada wanita yang sanggup mengambil risiko ini. Seorang pengguna Twitter membuat video pendek mengenai rutinnya menggunakan produk kecantikan tempatan.

Kulitnya mula mengelupas teruk sebelum dinaiki jerawat besar, kemudian ianya perlu dilakukan selama dua minggu bagi mendapatkan kulit licin berseri. 

Dalam kemas kini terbaharu, remaja itu dengan bangganya menyatakan kulitnya semakin cantik walaupun terpaksa bersabar dengan kesan sampingan seperti pedih, perit lalu menyamakan produk kecantikan tersebut mengandungi dadah seperti mana panadol. Jadi, ia tidak merbahaya asalkan dalam dos yang betul.

Ramai yang menegur kenyataan remaja tersebut yang menyimpang antara penggunaan dadah di dalam ubat dan racun dalam produk kecantikan. 


Akhirnya, remaja itu memadam video tersebut. Pakar farmasi, Siti Awe turut menegur di laman Twitternya.


Kredit foto: Twitter



Menurut Siti Awe lagi, kesan yang dihadapi oleh remaja tersebut sudah jelas menunjukkan impak buruk produk kecantikan yang mengandungi bahan-bahan terlarang seperti hydroquinone, merkuri dan tretinoin

Mungkin pada mulanya nampak cantik, namun ianya memudaratkan dalam jangka masa panjang.


Kredit foto: KKM

Malah, sudah banyak produk kecantikan tempatan yang telah ditarik balik dari pasaran kerana mengandungi bahan-bahan terlarang. Yang anehnya, mengapa masih ada yang menjualnya? Lebih dasyat, mengapa ada wanita yang sanggup menggadai diri sendiri untuk kelihatan cantik?


Kredit foto : Twitter

Kredit foto : Twitter


Biarpun ramai yang mengecam perbuatan remaja tersebut, namun bagi dirinya, itu adalah pilihan masing-masing. Malah, menunjukkan bukti ramai pengguna sudah pun berubah menjadi cantik dengan produk tersebut.


Kredit foto: Twitter

"Aku bukan influencer sampai semua nak marah aku spread journey skin aku. Lepas tu, risau ramai orang ikut aku. Beb, i spread ke tak spread ke ramai je yang pakai produk ni. Risau kenapa? Kalau orang ikut aku pun itu hak dia."

Rasanya, tindakan lebih tegas harus diambil terhadap penjual produk ini yang masih berleluasa mempengaruhi wanita naif di luar sana.
Setakat artikel ini ditulis, sudah 19 hari rutin kecantikan remaja ini berlangsung. Jadi, sama-samalah kita saksikan perubahan wajahnya. - CARI
3

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote awanysss 18-5-2020 09:38 AM
ni la namanya bodoh tak boleh dibendung..
Quote Fur 18-5-2020 09:38 AM
permintaan vs pengeluaran

suka kau la dik. kulit kau. muka kau. duit kau. yg cantik pun kau. yg buruk pun kau jgk nanti.
Quote fliphair8 18-5-2020 09:54 AM
Pegi je le skin specialist pada yg ade skin problem tu....adik hakak chronic jerawat besar cam bisul kat muka sampai merah2 luka....segala macam over the counter pakai (not timbang kilo) tetap tak jalan....spent money kat specialist...less than 6mths no more jerawat just parut2 ....
Quote nazzse 18-5-2020 10:01 AM
Takda penyakit cari penyakit..suka hati ko lah budak oiii
Quote epal21 18-5-2020 10:07 AM
Suka hatilah. Nanti kalau dah kena dialisis atau kanser kulit jangan memandai pulak nak minta sumbangan derma ke buat video nak meraih simpati. Takziah in advance!
Quote kimsa-ra 18-5-2020 10:07 AM
Nnt dh berhenti kulit lg teruk..xyah pakai apa2
produk cream siang mlm bagai cuci muka je plg penting..
Quote Covid19 18-5-2020 10:11 AM
Kulit bila dah terhakis jadi sensitif susah nak jaga dah nanti....
Quote Covid19 18-5-2020 10:13 AM
Simpati pada adik ni..kulit dia teruk sgt..rasa mcm kalau pegang pun sakit ni
Quote beatgirlX 18-5-2020 10:19 AM
Nanti jgn nak meroyannn bilankesan tu dah muncul
Quote cikatilia 18-5-2020 10:34 AM
kulit elok2
dibuat gitu
RIP kulit mulus
Quote azimodin 18-5-2020 10:51 AM
bahan kimia terlarang ni jangan bawak main2 la... bukan takat muka rosak, silap2 boleh mengganggu reproductive system.  nak cantik sangat pergi la dapatkan rawatan kat klinik bertauliah. makcik iouls dulu pakai tabita dengan produk apa nyah yang pengasas dia cakap kecantikan adalah hak milik setiap insan tu. mmg licin macam plastik muka dia. tapi bila dah tua kulit dia langsung xtahan kena cahaya matari. gi orang kawen sekejap pon dah merah macam kenaa tampar.
Quote mayaHD 18-5-2020 11:13 AM
budak budak sekarang. cantik diutamakan.  
Quote MissVixen 18-5-2020 11:16 AM
Budak2 akal pendek. Mak pak pon melayan. Dah kena dialisis apa semua nanti, duduk diam2. Jangan merintih di medsos.
Quote awanysss 18-5-2020 11:18 AM
Edited by awanysss at 18-5-2020 11:20 AM
Covid19 replied at 18-5-2020 10:13 AM
Simpati pada adik ni..kulit dia teruk sgt..rasa mcm kalau pegang pun sakit ni
kulit menipis kan..
Quote ina_na 18-5-2020 11:20 AM
Kulit jd nipis ni.. Bahaya.. Pakai la produk yg dr farmasi, guardian atau Watson.. Walaupun lambat nampak kesan kulit x rosak.. Aku elok je pakai dr remaja kanak2 ribena nak msk kanak2 purba ni.. Takat pakai safi, olay.. Cuma mkn vit C glow je skrg ni sbb dah nk msk zmn purba ni garis2 halus dah keluar kan
Quote RatuDunia94 18-5-2020 11:21 AM
Ayooo.. zaman skrg ni dh banyak awareness kot pasal produk2 kosmetik.. lain la dulu2 masa watu iols sekolah nk murah g beli kat kedai RM2. Sekali muka naik jerawat. Dah kerja invest skit pada produk yg mahal beli kat drugstore.. elok je kulit..
Quote dewi_rina 18-5-2020 11:24 AM
Lantak ko lah, yang penting konfiden !
Muka putih tangan legam
Quote Covid19 18-5-2020 11:28 AM
awanysss replied at 18-5-2020 11:18 AM
kulit menipis kan..

Betul..kulit nipis.. susah nak jaga dah tu..silap sikit je jerawat naik blk...bertabahlah
Quote dewi_rina 18-5-2020 11:46 AM
Dah kenapa Melayu tapi cakap pelat2?
Ko ingat comel?
Keknan keknan
Mengidolakan keknis ke kak?

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.337658 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top