CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Saya Tahu Mereka Nak Raya"- Ogy Takkan Lari, Masih Usaha Cari Dana Lunas Hutang

19-5-2020 10:57 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 16551| Komen: 116

Description: Pelakon dan penerbit Fauziah Ahmad Daud menerusi Instagram meluahkan rasa syukur atas hasil jualan pes karinya.
Pelakon dan penerbit Fauziah Ahmad Daud menerusi Instagram meluahkan rasa syukur atas hasil jualan pes karinya.

Katanya, dengan hasil jualan itu, dia mampu membayar baki bayaran tertunggak enam individu terlibat dalam teater komedi Korupsi Dewan Semandung yang selesai Mac lalu.



Kredit foto: IG Kak Ogy

"Saya masih berusaha nak dapatkan dana kerana memahami mereka nak beraya," tulisnya.

Fauziah yang lebih dikenali sebagai Kak Ogy turut menegaskan bahawa dia tidak akan lari daripada tanggungjawabnya untuk menyelesaikan semua hutangnya.

"Saya tak ambil satu sen pun duit hasil jualan tiket (teater) dan apa yang berlaku bukan salah saya.

"Tapi, saya harus menjaga maruah orang lain yang terlibat. Lambat atau cepat saya tetap bayar," ujarnya.


Kredit foto: IG Kak Ogy


Sebelum ini, Khir Rahman selaku pengarah teater berkenaan meluahkan di Twitter kekesalannya terhadap Ogy yang gagal melunaskan bayaran tertunggak yang dijadualkan pada 16 Mei lalu.



Malah, penulis skrip teater berkenaan, Aloy Paradoks turut meluahkan perkara sama menerusi ciapan di Twitter.



Ramadan bakal melabuhkan tirai, semoga urusan semua pihak dipermudahkan. - CARI
1

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote GegarVaganja 19-5-2020 11:06 AM
Habis salah siapa Kak Ogy oi?
Salah tuhan sebab bagi situasi macam ni kat kau?

Quote MadameOnion 19-5-2020 11:10 AM
Ada duit pulak oggy bayaq lawyer?
Quote tagas 19-5-2020 11:17 AM
brape sen la sgt la hasil jual pes kari tu

lain la kalo kontrak dpt projek jotah jotah
Quote loladaily 19-5-2020 11:26 AM
Habis salah siapa? Pening meols
Quote Boomibulat 19-5-2020 11:28 AM
Kalau jual pes kari pun mampu bayar hutang lebih baik berenti jd artis..jd tokey pes kari lg baik..
Quote bedahmenjuyah 19-5-2020 11:43 AM
Berapa byk benang daaa....
Quote sfrnna 19-5-2020 11:54 AM
Ni mesti buat teater dgn harapan ramai org beli ticket so dpt bayar org2 yg terlibat balik. Patutnya kena ada backup untuk benda2 macam ni
Quote azimodin 19-5-2020 12:02 PM
"Saya masih berusaha nak dapatkan dana kerana memahami mereka nak beraya,"  - bitch please, orang cari dana sebelum buat project. bukan lepas cast & staff mintak bayaran

"Saya tak ambil satu sen pun duit hasil jualan tiket (teater) dan apa yang berlaku bukan salah saya. - habistu mana pergi duit hasil jualan, cuba specify secara detail supaya orang tahu mana hilangnya duuit. Dan kalau bukan salah diva terulung, salah siapa? salah Khir? Salah IB?

"Tapi, saya harus menjaga maruah orang lain yang terlibat. Lambat atau cepat saya tetap bayar," - tetap bayar tuntutan agama. masalahnya ko lambat.. ko ingat orang lain bagi anak makan oksigen ke bodoh?

Quote Nenasketum 19-5-2020 12:04 PM
Pusing2 pulak cakap hakak ni. Tengok packaging pes kari canggih, modal ada plak
Quote husna_amal 19-5-2020 12:11 PM
Jadi anak seni ni tak berharta mana rupanya. Mungkin sebab industri seni kat Malaysia ni tak menguntungkan.
Quote elzy 19-5-2020 12:14 PM
Andai masih tak mengaku sendu, ermmm tak tahulah..
Quote cupu 19-5-2020 12:33 PM
Ayat org bhutang...sy tau hutang sy..sy tau dosa pahala..mereput org belah sana tunggu...
Quote Gincubiru 19-5-2020 12:35 PM
sfrnna replied at 19-5-2020 11:54 AM
Ni mesti buat teater dgn harapan ramai org beli ticket so dpt bayar org2 yg terlibat balik. Patutnya ...

ini yg dinamakan confident tak bertempat ..
Quote adeqo 19-5-2020 12:40 PM
teater apa dia buat tuu?

kesiann.. fahamm jekk.. mmg ekonomi terukss skrg musim pkp.

bukan ogy je.. yg lain pun turut terkesan sama..

sbb tu aku sokong ekonomi dibuka semula. mungkin lepas ni teater or shooting dibenarkan.. cume ada SOP la kena ikut n kerap social distancing.. smpai bila kann nak hidup mcm ni..
Quote belilies 19-5-2020 12:41 PM
Katne jual tu? Ig? Nurtizen beli ke?

Nurtizen jua yg tolg in the end.
Quote ikanmasin 19-5-2020 01:05 PM
maruah sapa pl dia kene jaga sampai sanggup tanggung sendiri2 tu..
Quote RatuDunia94 19-5-2020 01:13 PM
Tetap nk highlite "SAYA TAK SALAH"...

Betapa tingginya ego sheols yach ssbagai anak seni sejati.. ujung2 xde beza level dgn akak Nooraini Suboh yang bersilat kat dapur jual lauk pauk ramadhan..
Quote RatuDunia94 19-5-2020 01:14 PM
Boomibulat replied at 19-5-2020 11:28 AM
Kalau jual pes kari pun mampu bayar hutang lebih baik berenti jd artis..jd tokey pes kari lg baik..

Retis jual apa2 pon ada org akan beli..

Mostly org bi sbb brand artis tu sendiri.. sesangkan akak Nooraini Suboh jual pes kurma bertahun2 x kaya2.
Quote Lailerthee 19-5-2020 01:15 PM
Semoga dapat selesaikan cepat isu ni

Lihat semua komen(116)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:32 AM GMT+8 , Processed in 0.236637 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top