CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anak Belum Sedia, Bukan Ziana Zain Yang Halang Jumpa Bekas Suami

23-5-2020 11:30 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 31060| Komen: 140

Description: Ziana Zain kecewa apabila dituduh menghalang anak daripada bertemu bapa mereka, Armin Zaharin Ahmad Zambri.
Ziana Zain kecewa apabila dituduh menghalang anak daripada bertemu bapa mereka, Armin Zaharin Ahmad Zambri.

Dia juga terkilan apabila dituduh menghasut anak supaya membenci bekas suami. Ziana sebaliknya menjelaskan bahawa dia selalu bertanya sama ada anak-anak mahu bertemu bapa mereka.



Kredit foto: IG Ziana Zain

"Saya terdengar cakap orang mendakwa saya tidak membenarkan anak-anak bertemu dengan bekas suami. Itu tidak benar sama sekali. Perceraian berlaku hanyalah antara saya dan dia, anak tidak seharusnya menerima hukuman atas apa yang terjadi antara kami.

"Saya tak mahu mendera emosi mereka hanya kerana perasaan dendam atau amarah terhadap bekas suami.

"Cuma buat masa ini, anak-anak belum bersedia dan memerlukan masa untuk bertemu bapa mereka. Saya faham perasaan mereka dan jika satu hari nanti mereka menyuarakan hasrat mahu bertemu, saya akan mengizinkannya," katanya kepada BH Online.


Pemilik nama Siti Roziana Zain, 52, itu mengakui sedih apabila melihat anak membesar tanpa insan bernama bapa di sisi.

"Namun, saya lihat mereka sangat tabah, lebih-lebih lagi anak sulung, Muhammad Aiman yang sangat bertanggungjawab membantu menjaga adik-adiknya. Doa saya semoga kami semua dilindungi dan cekal dalam menempuh pelbagai ujian yang mendatang," luahnya.


Kredit foto: IG Ziana Zain

Ziana dan Armin yang berkahwin pada Mei 1998 dikurniakan empat anak, Muhammad Aiman, 21, Muhammad Ammar, 16, serta pasangan kembar Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 11.

Difahamkan, konflik tercetus pada Mac 2018 apabila ada desas-desus mendakwa Armin mendera anak lelaki mereka sebelum penyanyi itu membuat laporan polis dan memfailkan perceraian.

Ekoran itu, Armin menceraikan Ziana dengan talak satu pada Julai 2018. - CARI
4

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • hongkee1195

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bluebutter 23-5-2020 11:35 AM
Seringkali kau menangkis tiap persoalannnnn...


Eh mcm kena je bait lirik ni. Hehe.
Quote belacan_gurl 23-5-2020 11:47 AM
Memangla anak xkan nak jumpa apak yg dera dia
Quote salamon 23-5-2020 11:53 AM
harap @CARI-MAL  xmcm ni
Quote MarryPottet 23-5-2020 01:04 PM
Ex hb dia tak kena hukuman penjara ke kes dera anak? Kecoh kan dulu ziana dakwa anak2nya kena dera dek suami. Teruk jugak katanya budak2 tu kena dera
Quote 234126 23-5-2020 01:27 PM
Kalau anak dah nampak depan mata kekejaman bapak pada mak takkan mereka dungu nak layan baik lagi. Salahkan diri sendiri lah apahal pulak salahkan bekas bini.
Quote Elle_mujigae 23-5-2020 01:48 PM
Teringat tangan dia yg melecur terkena air panas tu...fishy betul kes tu kan...
Quote Missfadh 23-5-2020 01:51 PM
Ini kes dera kan. Mesti terpahat dlm ingatan budak2.
Quote unguaurora 23-5-2020 01:55 PM
Dpt bayangkan kesengsaraan deols masa tu. Kesian.. so logik la kalau deols x nak jumpa bapak deols.
Quote little_sis 23-5-2020 02:18 PM
camne la dia bertahan punya lama...
Quote jajamis 23-5-2020 02:23 PM
Jgn nak salahkn mak dia sbb anak dia dh besar bole tahu bezakan yg baik dan buruk
Quote Kurex 23-5-2020 02:35 PM
Anak dia yg belah kanan tu adik2 in the making ke? Jaga diri dik... Yg belah kiri tu nampak jantan
Quote sukacactus 23-5-2020 02:40 PM
Kurex replied at 23-5-2020 02:35 PM
Anak dia yg belah kanan tu adik2 in the making ke? Jaga diri dik... Yg belah kiri tu nampak jantan

Nampak je ko ye kurex hahaha
Tp mula2 tgk pic tu td lamaaa tenung
Pastu tersebut dlm hati, eh penampakan ciri2 dah tu
Jgn ukutkan sgt nak...sian mak ko
Quote Tinot7 23-5-2020 02:50 PM
Kurex replied at 23-5-2020 02:35 PM
Anak dia yg belah kanan tu adik2 in the making ke? Jaga diri dik... Yg belah kiri tu nampak jantan

Apa yg hang nampak?
Quote limaubali007 23-5-2020 02:58 PM
Siannya ziana.. Haihh, dugaan rumah tangga ni mmg takleh nak kata apa. Dapat pasangan yg baik dan bertanggungjawab tu adalah satu bentuk rezeki dan rahmat Allah yg cukup besar..
Quote undukngadau 23-5-2020 02:59 PM
padan muka lakinya.. budak2 ni mmg akan igt benda2 mcm ni.. smpi bila pun akan igt.. belum lg kalo kena yg jenis pendendam.. ni base on pengalaman sendiri sbb mmg terjadi kat adik beradik lelaki ako sendiri.. smpi skrg, mmg acuh x acuh dgn bapa kami.. bapa sakit pun buat lekkk jer..
Quote esteryen 23-5-2020 03:34 PM
234126 replied at 23-5-2020 01:27 PM
Kalau anak dah nampak depan mata kekejaman bapak pada mak takkan mereka dungu nak layan baik lagi. S ...

bukan kekejaman kat mak, tapi mmg jantan bebal ni dera anak2 mereka, mestilah anak2 tu takut.
.
Setelah lama berdiam diri dan menerima pelbagai kritikan, Ziana akhirnya tampil membuka mulut mengenai apa yang terjadi. Beliau mendedahkan suaminya itu sering memukul anak-anak dengan teruk sekali sehingga menyebabkan lebam serta “pecah” di bahagian badan. Lebih memeranjatkan, Armin juga pernah mencilikan kemaluan serta dubur anak kembar mereka yang ketika itu berusia 3 tahun.
.
Quote sfrnna 23-5-2020 03:36 PM
esteryen replied at 23-5-2020 03:34 PM
bukan kekejaman kat mak, tapi mmg jantan bebal ni dera anak2 mereka, mestilah anak2 tu takut.
.
...

Mencilikan kemaluan. Teruk jugak dia dera. Tak sangka sampai ketahap ni.
Quote esteryen 23-5-2020 03:47 PM
sfrnna replied at 23-5-2020 03:36 PM
Mencilikan kemaluan. Teruk jugak dia dera. Tak sangka sampai ketahap ni.

yaaa pastu xmengaku salah dan gunakan nak ajar anak solat tapi anak tu degil n bebal katanyaaaaa...mmg celaka jantan ni.
.
harapnya kena sumbat masuk jel pastu jubur dia pula kena dicilikan..
.
ziana ni pun bodoh, bertahun2 dibiarkan anak2 tu kena dera.
.
Quote Esel768 23-5-2020 03:48 PM
Kalau anak2 dh besar, x payah maknya hasut2 pun.. Anak dh boleh pikir dh

Lihat semua komen(140)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.244405 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top