CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi Maut, Keluarga Kritikal Minum Darah Penyu Untuk Hindar Covid-19

28-5-2020 10:05 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8979| Komen: 35

Description: Bayi perempuan berusia lima bulan maut selepas diberi minum darah penyu yang didakwa mampu melindunginya daripada virus Covid-19.
Bayi perempuan berusia lima bulan maut selepas diberi minum darah penyu yang didakwa mampu melindunginya daripada wabak Covid-19.

Memetik Mirror, kakaknya berusia tujuh tahun dan ibu bapanya turut dimasukkan ke hospital selepas meminum darah haiwan laut berkenaan.



Gambar hiasan
Kredit foto: Daily Mail

Menurut laporan, bayi berkenaan disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Rosa Duarte di Comendador pada Ahad lalu, manakala ahli keluarga lain kritikal, tetapi stabil.

Mereka disarankan mengambil ramuan itu oleh ahli sihir yang juga doktor di Haiti, lapor Dominican Republic.

Pengarah hospital berkenaan, Dahiana Volquez berkata, kes sedemikan berlaku disebabkan kejahilan segelintir masyarakat yang percaya ramuan sebegini mampu merawat penyakit tanpa mengetahui ia sebenarnya boleh membawa maut.




Gambar hiasan
Kredit foto: Twitter

Comendador merupakan sebuah bandar di wilayah Elias Pina berhampiran sempadan Haiti-Republik Dominika.

Pada Ogos 2012, empat adik-beradik ditemui mati di Haiti ditemui maut selepas dirawat seorang 'doktor' yang mendakwa mampu merawat penyakit misteri dihidapi mereka.

Seorang pegawai bernama Wilfrid Brisson dari Marbial berkata, ahli sihir berkenaan dan adiknya memukul kanak-kanak terbabit berulang kali selepas meyakinkan ibu mangsa bahawa mereka telah dirasuk iblis dan cara itu (belasah) dapat membebaskan jiwa mereka. - CARI
2

Bagus
4

Marah
4

Terkejut
2

Sedih
4

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • hongkee1195


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote syidasaleh 28-5-2020 10:25 AM
Gilaaa. Penat2 mengandung, beranak. Semua sia2 akibat kebodohan tak bertepian
Quote Atata 28-5-2020 10:31 AM
Doktor yang juga ahli sihir?? Wah majuuu doktor2 sana
Quote matchstick 28-5-2020 10:38 AM
Kesian penyu..

Quote DayangKirana 28-5-2020 10:48 AM
witch doctor?

mak bapak yang bodoh, anak jadi mangsa..
Quote seulgi 28-5-2020 10:53 AM
On point sangat gambar hiasan penyu di atas
Quote haryatie 28-5-2020 10:53 AM
Ya Allah..x pasal jerk
Quote netto_ 28-5-2020 10:59 AM
Nk elakkan mati sekali xpsl2 mati jgk
Quote sarah82 28-5-2020 11:01 AM
Haiti.. Kawasan sihir masih lagi tahap cipan.
Quote chandrahusin 28-5-2020 11:04 AM
penyu menangis sapa la tau

sedih penyu klu tau hal ni
Quote doubleA 28-5-2020 11:58 AM
Siannya baby tu
Quote pinklepie 28-5-2020 11:59 AM
Kesian penyu tu jadi mangsa dgn kebodohan manusia
Quote sharlenetexas 28-5-2020 12:02 PM
Haiti ni bukan ke kuat berbomoh dah ilmu sihir? Sebab tu tak maju.
Quote husna_amal 28-5-2020 12:26 PM
kesian betul..semua disebabkan kepercayaan karut masyarakat tu.
Quote beta_carotene 28-5-2020 12:29 PM
rasanya bomoh bukan doktor, org yang translate ni fikir witch doctor tu sejenis double profession kot
Quote mdhelmi 28-5-2020 12:43 PM
maknanya family tu ialah lab rat utk doktor tu la
Quote cmf_premierleag 28-5-2020 12:44 PM
apolah bodoh sgtb
sian baby
Quote mongoose_kidz 28-5-2020 12:48 PM
seulgi replied at 28-5-2020 10:53 AM
On point sangat gambar hiasan penyu di atas

sedih baca berita ni tp bila aku baca komen ko aku xleh berenti gelak...
mmg on point sgt...
penyu tu pun bosan dgn manusia2 yg xberenti nak amik telur la darah la.
Quote dudaberhias 28-5-2020 12:49 PM
doktor pakar tapi part time witch yach macam harry potter tu
Quote aliazulaikha 28-5-2020 01:26 PM
Kesian penyu and baby

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.089561 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top