CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kereta Hangus Tepi Jalan Sebab Cuba Lerai Pertengkaran Anak, Menantu

29-5-2020 04:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12472| Komen: 64

Description: Tindakan warga emas cuba meleraikan pertengkaran anak dan menantu bawa padah apabila keretanya ditemui hangus tersadai di tepi jalan.
Tindakan warga emas cuba meleraikan pertengkaran anak dan menantu bawa padah apabila keretanya ditemui hangus tersadai di tepi jalan.

Harian Metro melaporkan, suspek membakar kenderaan mangsa di tepi Jalan Senggang, Parit, kelmarin kerana tidak puas hati bapa mentuanya masuk campur pertengkarannya dengan isteri.



Kredit foto: Harian Metro

Difahamkan, suspek, 41, dan isteri, 34, bertengkar di rumah mangsa, 68, di Tanjung Belanja, Parit.

Namun, suspek tidak puas hati apabila mangsa cuba masuk campur dan bertindak keluar dari rumah.

Sekitar jam 7 pagi semalam, mangsa menyedari kehilangan Perodua Myvi miliknya yang diparkir di halaman rumah.

"Kereta mangsa kemudian ditemui sudah hangus terbakar 100 peratus di lokasi kejadian pada 1.30 tengah hari, hari sama.

"Mangsa percaya kereta berkenaan adalah miliknya berikutan terdapat empat sport rim berwarna hijau di tepi jalan yang serupa dengan keretanya," kata Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso.


Suspek dipercayai melarikan kereta berkenaan sebelum membakarnya memandangkan dia memiliki kunci pendua kenderaan itu selain minyak kapal yang disimpan di tepi garaj juga sudah tiada.

"Selepas kejadian itu suspek yang berkerja di Kuantan, Pahang melarikan diri ke bandar itu berjaya ditahan pada 8.15 malam tadi," katanya.

Menurut laporan, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah untuk tindakan lanjut dan permohonan reman akan dibuat esok.

Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan. - CARI
3

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nes3in1 29-5-2020 04:41 PM
Dekat bebenor dgn kg aruah atok teman.
Quote miss_strangers 29-5-2020 05:03 PM
Bile kemarahan mengatasi kewarasan....
Quote Meiizu 29-5-2020 05:04 PM
VODO MENANTU.
kalau anak pakcik nak balik kat laki dia pun aku bagi vodo siap2
Quote Nenolen 29-5-2020 05:05 PM
Buruk perangai
Quote nuryakmal 29-5-2020 05:08 PM
Myvi lagi

Quote hiswife 29-5-2020 05:17 PM
Ni kalau anak pakcik tak mintak cerai, tak tahu la
Quote noor2 29-5-2020 05:19 PM
Buat malu oghang peghok jer kome nih
Quote prizadane 29-5-2020 05:20 PM
Nes3in1 replied at 29-5-2020 04:41 PM
Dekat bebenor dgn kg aruah atok teman.

mana tu weh? kampung teman kat kampung tua, belanja kiri tu. tapi arwah tok teman ada kedai makan dulu dulu kat tanjung belanja. rindu nya le kat parit
Quote umbut 29-5-2020 05:32 PM
Jate gila.. patutlah pak mentua masuk campur.. kalo dibiarkan..mau mati anak dia.. dpt laki gila
Quote Lavender85 29-5-2020 05:33 PM
ya Allah sampai mcm tu
Quote nefnefnef 29-5-2020 05:38 PM
Pasni mau tak ngaku anak menantu dah. Anak hantu mungkin
Quote Nes3in1 29-5-2020 05:42 PM
prizadane replied at 29-5-2020 05:20 PM
mana tu weh? kampung teman kat kampung tua, belanja kiri tu. tapi arwah tok teman ada kedai makan  ...

Belah bapak di belanja kanan, belah mak di belanja kiri. Mak bapak iols pun sepupu dua kali jer to maintain bloodline kononnya kehkeh.
Quote edoraixora 29-5-2020 05:43 PM
Giler betul...sampai membakor kete. Mesti jantan panas baran tu
Quote Eric.n9 29-5-2020 06:19 PM
Kesian, tak pasal myvi jadi mangsa...
Quote syamzana 29-5-2020 06:25 PM
kalau mcm ni insurans cover tak?
Quote underground 29-5-2020 06:27 PM
risau besok2 anak dia aka wife suspek pula dibako.
Quote miznora 29-5-2020 06:34 PM
Teruknya menantu. Sampai mcm tu skali ko marah mertua masuk campur hal umah tangga ko. Risau esok2 bininya pulak kena bakar. Mujur dah kena tangkap
Quote tensic~ 29-5-2020 06:36 PM
Bangsa apa nih
Quote missyL 29-5-2020 06:47 PM
Kesian nye. Dah tu mcm mane pak mentua nk gerak ke mane2 tu. Kereta nye dah xde..

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:58 PM GMT+8 , Processed in 0.097949 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top