CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Asyik-asyik Drama Juta Ringgit, Kenapa Stesen TV Tak Berani Berubah?

1-6-2020 10:25 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 9378| Komen: 32|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: "Drama Melayu masih belum keluar dari kepompong."


"Drama Melayu masih belum keluar dari kepompong."

Itu antara rungutan ramai rakyat Malaysia terutamanya generasi baharu. Tema cinta korporat membabitkan bisnes jutaan ringgit serta perbezaan status sering menjadi inti pati karya hingga memualkan penonton.

Ianya berterusan dari drama bersiri PJ Holding hinggalah drama bersiri di kaca televisyen TV3 dan Astro.

Lantaran itu, ada warganet meminta satu pembaharuan dilakukan bagi mengelakkan klise drama Melayu. Antaranya termasuklah mencadangkan watak yang dimainkan oleh pelakon adalah orang biasa berbanding anak Pengarah Urusan yang sudah diketahui kaya raya. 

Pastinya ini lebih menarik perhatian kerana ianya dekat dengan masyarakat itu sendiri.



Kredit foto: Twitter

Kredit foto : Azhan.co

Idea untuk menghasilkan karektor watak pekerja pasar raya memang nampak ringkas, namun kesederhanaan itulah yang memikat lebih ramai untuk menontonnya kerana ia lebih logik untuk dihadam.

Maka, timbullah idea lain daripada warganet di Twitter seperti mengandingkan abang penjual nasi lemak dengan pembelinya, peniaga online dengan penunggang Food Panda dan sebagainya. Ianya lebih berpijak di bumi nyata berbanding bisnes jutaan ringgit yang tidak mampu untuk dicapai oleh rakyat marhein.


Kredit foto : Twitter


Bagaimanapun, ada pula sumber mengatakan yang mereka pernah menghantar skrip yang realiti sebegini, tetapi ditolak mentah-mentah oleh pihak stesen televisyen kerana sebab-sebab tertentu.


Kredit foto : Twitter

Kredit foto : Mypanduan.net

Tetapi, itu tidak bermakna semua drama yang ditayangkan berunsurkan cinta korporat. Masih ada drama yang wataknya sederhana dan memikat. Antaranya seperti Nasi Kerabu Untuk Abe yang sedang ditayangkan sekarang.


Kredit foto : Twitter

Kredit foto : Tiara Sapphire

Memang ada drama yang sederhana pembinaan wataknya, tetapi melekat di hati penonton, cuma ia mungkin boleh dihitung dengan jari. 

Jadi, mungkin ada bagusnya pihak stesen televisyen mempertimbangkan kembali slot mereka bagi memberi peluang untuk drama genre berbeza bagi menghiburkan penonton. 

Anda pula suka yang mana? - CARI
3

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 1-6-2020 10:51 AM
Sbb yg tu penonton nk tgk..yg xtgk ja akn kata bnda yg sama bla bla..dorg buat drama sbb nk dpt blk pulangan..jnji duitt..
Quote cikpisang 1-6-2020 10:55 AM
I ada baca tweet ni haritu pastu ada org bg contoh tajuk drama 'Dipersimpangan MyTown' ahahahsha
Quote salmon-suki 1-6-2020 11:07 AM
Demand penonton nk tgk fantasi jd realiti,nk2 peminat novel cinta tak masuk akal...nafsu penonton y kecewa dan suka berangan2 nk kawin dgn orka walaupun diri nan hado..

So terciptalah drama bisnes juta2,pmpuan mskin kawin laki kaya,kawin kontrak,kawin muda n yada yada yada...
Quote ellejo 1-6-2020 11:26 AM
cite hasnul rahmat lisdawati dua2 keje kilang bercinta berkonflik taknak pulak korang tengok
Quote AbukRokok 1-6-2020 11:30 AM
sbb drama mcm ni lah..pompuan gemuk masih ada hati memasang impian dpt pakwe encem cam kpop dan keje enjineer plak tu
Quote azie5zoe 1-6-2020 11:30 AM
Tetiba teringat drama bersiri lewat 90an dulu, Mat Despatch..jarang miss cerita tu..
Quote husna_amal 1-6-2020 11:35 AM
Macam mana nak berubah kalau permintaan drama macam tu masih tinggi. Ikutkan ada je drama yang lari dari konsep klise ni cuma masa tayangan di tv korang tak tengok pula. Zaman sekarang ni dah makin kurang orang tonton drama2 tv ni. Ramai beralih ke platform digital seperti youtube atau lain2 streaming media dan mereka  suka tonton konten yang berdurasi pendek dan ringkas jalan penceritaan dia.
Quote Skuau 1-6-2020 11:58 AM
sapa la yg msh tgk drama2 tv camni lg...cam idup taun 80-an jer drng ni....
Quote fliphair8 1-6-2020 12:16 PM
Takpelah...hakak jadik bbnu layan kdrama je le....meneruskan hobi dr zaman winter sonata, summer scent, stairway to heaven, april snow, autumn in my heart.....sesekali laaa hakak layan cite melayu kat tibi2 rtm1/2 or okey..kurang sikit cite orka juta2 dan kahwin paksa...kui kui kui
Quote biskutraya 1-6-2020 12:22 PM
Aku layan gerak khas.. Tu je xde cinta2.. N mmg dekat di hati rakyat sbb dok cerita pasal jenayah yg updated. Walopun citenye skema. Haha
Quote NekNgah 1-6-2020 12:46 PM
Teringin sangat nak tengok drama epic/period ala-ala bangsawan.  Dulu-dulu biasa je tayang di tv cerita orang kampung, bersilat, etc.  Boleh aje cerita cinta tapi latar belakang yang berbeza.
Contoh;
CQ.jpg cinta qasidah.jpg
Quote Boomibulat 1-6-2020 12:57 PM
Mana ada citer jota2 skrg..semua main bilion2 dah..contoh mcm CEO Megah Holding..


Quote Boomibulat 1-6-2020 01:04 PM
fliphair8 replied at 1-6-2020 12:16 PM
Takpelah...hakak jadik bbnu layan kdrama je le....meneruskan hobi dr zaman winter sonata, summer sce ...

Citer ni tgk tak..best jugak dulu2..siap beli dvd satu set..meteor garden pun best


Quote chinta89 1-6-2020 01:27 PM
Cite Kampung People mmg best.. X jemu tgk. Elok la dari drama bodoh yg x hbs2 psl cinta org kaya dan rakyat marhein, mak mentua pak mentua asik sibuk hal rumahtangga anak, psl syarikat juta2 tp masuk opisnya berapa kali je selebihnyaaaaa duk sibuk nk kejar awek nan permai desa sambil cuba larikan diri dari awek bndr yg vouge pilihan family!
Quote Nes3in1 1-6-2020 01:30 PM
Ketandusan idea kot. Ambil pelakon yg berbakat dan boleh menghayati watak tapi tidak terlalu over. Jgn buat scene tangkap muat sbb scene mcm ni biasanya takda isi. Tgk cite hollywood, setiap scene ada tujuan utk develop the story. Takda scene sembang2 kosong sekadar nak cukupkan duration. Bosan mcm takda arah tujuan.

Sebelum take action pengarah perlu sentiasa mengingatkan pelakon utk ambik feel terhadap watak. Tunjuk dan beri bayangan pada deme apa emosi dan face expression yg perlu ditonjolkan.

Eh mcm teman pulak pengarah. Daa
Quote awanysss 1-6-2020 02:21 PM
cerita2 wan hasliza byk pasal family2 kan..
keluarga iskandar, kampung people.. geng surau pun tak silap dia..
cerita dia selalu takde hero heroin bagai, setiap watak ade function dia..
Quote RatuDunia94 1-6-2020 02:38 PM
Sebenarnya drama Nasi Kerabu Che Abe tu kan utk slot Dahlia hari Sabtu - Ahad pukul 7. Tp disebabkan TV3 dh xde drama terpaksa masukkan drama Nasi Kerabu tu ke slot Akasia.

Actually Slot Akasia mmg slot drama khas utk acik2 berangan alam kayangan yach.. TV3 ada je slot2 utk drama2 yg x bertemakan cinta klise kahwin ceo semata2.
Quote copy_paste 1-6-2020 05:27 PM
Nk mudahkan jalan cerita tu buat cite pasal juta2,
Lagipun namanya drama, mmg la mcm tu,
Golongan drama adalh t20,
Golongan movie m40,
Golongan dokumentari b40,
Itulah realitinya....
Quote Orix 1-6-2020 05:55 PM
Yg tgok tv pun acik2 kepam what do u expect. Kita tgok Netflix kan haderrrrrr

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:00 PM GMT+8 , Processed in 0.117418 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top