CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ahmad Idham Dedah Individu Guna Gelaran Palsu, Siapa 'Datuk' Bermula Huruf A Itu?

2-6-2020 11:42 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 26157| Komen: 116

Description: Ahmad Idham menerusi hantaran di Instagramnya mendedahkan seorang individu dikenalinya telah menggunakan gelaran palsu demi kepentingan peribadi.
Ahmad Idham menerusi hantaran di Instagramnya mendedahkan seorang individu dikenalinya telah menggunakan gelaran palsu demi kepentingan peribadi.

Bersama posting itu, pengarah berkenaan sertakan sekali tangkap layar hasil semakan status berkenaan.




"Demi mencari dan menegakkan kebenaran, maka inilah hasil cariannya.

"Amat mengejutkan dan memalukan keluarga. Rupanya selama ini hanyalah palsu gelaran itu," tulisnya.

Ahmad Idham, 46, bagaimanapun tidak mendedahkan nama individu terbabit membuat ramai tertanya-tanya siapakah gerangan penipu itu.



Katanya, dia akan mendedahkan nama penuh individu terbabit sekiranya keadaan mendesaknya berbuat demikian.


Berkata kepada mStar Online, dia mengakui mengenali individu terbabit secara peribadi dan sudah lama mengetahui perkara itu.

"Semakin lama perkara ini menjadi semakin serius.

"Jadi, saya dan rakan-rakan mahu memprovokasi orang tersebut untuk mengingatkannya bahawa perkara ini sesuatu yang serius.

"Kami mahu dia tahu bahawa mempunyai darjah kebesaran seperti Datuk bukan sesuatu yang boleh dibuat main terutama sekali jika seseorang itu langsung tidak memilikinya," katanya.


Kredit foto: IG Ahmad Idham

Dalam masa sama, Ahmad Idham juga mengingatkan individu berkenaan bahawa penyalahgunaan darjah kebesaran adalah perkara serius.

"Dulu kerajaan sendiri pernah menguar-uarkan bahawa penyalahgunaan darjah kebesaran ini boleh dianggap satu jenayah kerana pada ketika itu terlalu ramai orang menggunakan gelaran tersebut pada kad bisnes mereka.

"Saya tidak mahu mengaibkan sesiapa, saya cuma menggunakan kuasa media hiburan dan media sosial yang saya ada untuk mengingatkan satu sama lain bahawa ini bukan sesuatu yang boleh dijadikan bahan jenaka," ujarnya. - CARI
3

Bagus
2

Marah
4

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • semerbak

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote 234126 2-6-2020 11:46 AM
Nak speku boy iman tapi cerdik ke boy skolah st john?  Memang tak laaa  kuikuikuikui walaupun nama tak start A, boy juga jadi mangsa hahahah
Quote beta_carotene 2-6-2020 11:47 AM
Dlm kepala otak berjambul meols ni ada 2 nama

AC mizal
A Aida

Tp nama sbnr diorg bkn A kan
Quote nazzse 2-6-2020 11:53 AM
selana ni pun yg ada tu datuk beli kan..berapa orang je pun yang genuine so tak peliklah.

Yang si LJ tu makcik bawang sangat..so kampung
Quote Sazida 2-6-2020 12:02 PM
Edited by Sazida at 2-6-2020 12:11 PM

Edit balik. Ternyata ahmad azhar legit wlpn drpd bauksit.
Quote Sazida 2-6-2020 12:12 PM
beta_carotene replied at 2-6-2020 11:47 AM
Dlm kepala otak berjambul meols ni ada 2 nama

AC mizal

A aida legit. From bauksit. Since 2015
Quote chinta89 2-6-2020 12:27 PM
awal sgt masuk.. nt da ade tlg seru nama meols yach
Quote Manjahati 2-6-2020 12:31 PM
Datuk pelesu?. X malunya
Quote Rogue98 2-6-2020 12:31 PM
Afdlin? Sekolah St John kan?
Quote Incanto 2-6-2020 12:33 PM
Yg aku tahu ex St Johns -  Aizat Amdan

Tapi dia bukan Datuk
Quote rainbowrainz 2-6-2020 12:35 PM
Nextttttttt
Quote ellejo 2-6-2020 12:42 PM
clue dia st john, ada mak, anak dah besar, mula huruf A

Quote ellejo 2-6-2020 12:44 PM
Rogue98 replied at 2-6-2020 04:31 AM
Afdlin? Sekolah St John kan?

bukan mak afdlin dah lama meninggal?
Quote susukambingbest 2-6-2020 12:45 PM
Siapa ni. iol trpk aw** n af*** je. St john f6 ada pompuan kan.
Quote minah_selekeh 2-6-2020 12:45 PM
Rogue98 replied at 2-6-2020 12:31 PM
Afdlin? Sekolah St John kan?

Dia Datuk ke?? Tak perasan pulak..
Quote Boomibulat 2-6-2020 12:46 PM
Klu penting..musuh Ahmad Idham..
Quote Acikgomen 2-6-2020 12:55 PM
ellejo replied at 2-6-2020 12:44 PM
bukan mak afdlin dah lama meninggal?


Google mengesahkan komen chuols

Screenshot_20200602_125502_com.android.chrome.jpg

Quote ellejo 2-6-2020 12:59 PM
Acikgomen replied at 2-6-2020 04:55 AM
Google mengesahkan komen chuols

tak silap jua datukship heshe boksit. dia satu batch dgn alif syukri amik sesama kat istana masa tu.  
motif meols ingat?
berkat makan tengahari otak cerdas pulak
Quote LembingDayanti 2-6-2020 01:07 PM
apa kemenda ahmad idham bodoh ni. aku dah try masuk web tu, semua orang yg aku try taip pun takde rekod kecuali bila aku taip Siti Nurhaliza.
Quote SiMontel 2-6-2020 01:07 PM
hmmmmm dah kenapa ahmad idham ni bitter pasal dato bagai ni....
kalau Dato artis  pahang mari..takyah laaa nak dengki dengki...ko gi byr je laaa nanti dapat terus...
hehehehe

Lihat semua komen(116)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:39 PM GMT+8 , Processed in 0.400588 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top