CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nabila Razali 'Terkucil' - Tokti, Dayang Dan Ernie Pun Pernah 'Lari Pitching'

3-6-2020 12:30 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 16710| Komen: 94|Original author: Oleh: LilRose

Description: Isu Nabila Razali 'terkucil' ketika membuat persembahan lagu Peluang Kedua, baru-baru ini turut mendapat perhatian beberapa penyanyi terkenal tanah air.
Isu Nabila Razali 'terkucil' ketika membuat persembahan lagu Peluang Kedua, baru-baru ini turut mendapat perhatian beberapa penyanyi terkenal tanah air.


Kredit foto: IG


Dayang Nurfaizah antaranya meminta peminat memberi peluang kedua kepada Nabila kerana baginya, tiada penyanyi yang pernah terlepas daripada melakukan kesilapan ketika membuat persembahan.


Kredit foto: IG

"Saya sendiri pun ada hari yang saya rasa tidak menyanyi dengan baik. Walaupun kita pasang niat nak berikan persembahan terbaik, tapi sudah tertulis bukan hari saya.


"Setiap penyanyi akan ada hari yang dia menyanyi sedap dan ada hari tidak merdu. Kita manusia mana mampu menyanyi dengan sempurna.

"Bagi saya, apa yang berlaku adalah sesuatu yang normal untuk seorang penyanyi. Kita kena faham situasi dan keadaan dia pada hari itu.

"Saya belum berkesempatan untuk lihat apa yang berlaku terhadap Nabila tapi saya harap kita janganlah terus mengatakan dia tidak boleh menyanyi atau menjatuhkan hukum," katanya.

Sementara itu, Ernie Zakri memberi kata-kata semangat buat Nabila agar tidak patah semangat dan dan mengasah lagi vokal supaya dapat memberikan persembahan terbaik selepas ini.

Ernie juga pernah mengalaminya ketika kali pertama mempersembahkan lagu Misteri dalam rancangan Malaysia Hari Ini pada dua tahun lalu.


Kredit foto: IG

"Perkara macam ini adalah sesuatu yang normal bagi semua penyanyi bukan saja saya atau Nabila. Untuk semua penyanyi saya pasti semua pernah berlaku kesilapan atas pentas. Apa saja tak kisah dari sudut suara, lirik dan terjatuh. Ini orang panggil 'accident on stage'.

"Cuma nasib saya dan Nabila apabila menyanyi dalam program siaran langsung. Orang menonton dan terus perkatakan. Mungkin ada juga pernah tercekik atau 'accident on stage', tapi persembahan luar dan bukan secara langsung di TV.

"Tak bermaksud sebagai penyanyi tak boleh ada 'kemalangan' di pentas. Ia akan berlaku bila-bila masa saja. Cuma, kita kena belajar dari kesilapan," ujarnya.


Kredit foto: IG

Susulan itu, ada juga beberapa pelayar Twitter membandingkan situasi Nabila Razali dengan kejadian sama dialami Datuk Seri Siti Nurhaliza.



Malah, penyanyi nombor satu negara itu kemudian tampil mengakui dan berkongsi bagaimana dia boleh tersalah 'pitching' ketika di pentas Anugerah Bintang Popular suatu ketika dahulu.



"Saya bukan robot yang boleh buat segala-galanya dan tidak muda macam dulu.

"Nyanyian saya pada malam itu adalah yang paling teruk dalam sejarah. Saya buat silap dan ada menyanyi sumbang juga," ujarnya.

Semoga Nabila Razali bertabah menghadapi segala kiritikan dan tohmahan dan bangkit untuk memberi persembhaan lebih baik selepas ini. - CARI
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buragazz 3-6-2020 12:56 PM
Acceptable lagi terkucil si Nabila ni klu nak compare dengan si Arshad Mokhtar kat indon tu lagi hauk kelaut dalam..
Quote kukukatablog 3-6-2020 12:57 PM
Edited by kukukatablog at 3-6-2020 12:58 PM

pendapat personal aku,
mungkinlah nabila ni x setanding dengan retis2 vokal best,
tapi xde la hauk sangat bila dia nyanyi BAGI AKU,
bagi aku klo teruk mcm aliff syukri tu...
sorry bukan karat ea, lagu dia yang aku pernah dengar yang lirik KELMARINNNNNNN tu jer...

Quote slyfynx 3-6-2020 01:10 PM
thread Nabila terkucil

Untuk yang backup cakap aku asyik komplen thread Sepul, tgk mende ni.
Thread yang sama, cume tambah komen netizen, then claim thread sendiri.
And - CARI kat hujung tu.

SAMPAH
Quote bungarose 3-6-2020 01:11 PM
Mana mungkin part terkucil nabila disamakan dengan part terkucil tokti or erni
vocal pun jauh ketinggalan

Quote PocongTerbang 3-6-2020 01:17 PM
Yg buat perbandingan ni saja nak biar nabila kena buli ke? Tokti,erni dgn dayang tu vokal bukan calang2,kalau diorang tersilap sikit pun org tak kisah sgt,sbb org tau kemampuan diorang mcm mana.nabila ni perlukan latihan vokal yg lebih lagi kalau nak sukses as penyanyi
Quote immaryjane 3-6-2020 01:20 PM
Apooooo dayang, bagi kate2 semangat tp claim belum tengok lg vid tu. hbis kau komen based on what???
Quote Catpaw 3-6-2020 01:25 PM
Lagu apa tokti nyanyi tu, sedap lagu tu walaupun ada terkucil sikit ehek
Quote Kurex 3-6-2020 01:27 PM
Peluang apa kalau suara tai pernah sedap
Quote sleepandream 3-6-2020 01:43 PM
ok jahh nabila... iols sapot chuols... tak bagus takkan dapat masuk AF ye dokk..
nyanyi bagus vokal mantap pun tapi sendu di aidilfitri macam idayu tu lagi takde bg sumbangan pada industri.... at least nabila ni adalah jua lagu yg best... ha giteww iols bekap

tak payah la compare dgn tokti yg ada berpuluh konsert, beratus live show tu... bak kata faizal tahir suatu masa dulu tokti diri diam je atas pentas pun dah sedap


Quote belilies 3-6-2020 01:50 PM
Banyak betul benang nabila razali nyanyi pitching lari???

Pastu nak levelkan sheols sebarisss ngan tokti, dyg & ernieee????

Ketahian apakah ini??????
Quote miss_strangers 3-6-2020 01:50 PM
Ternyata dik cumi2 bukan Saje glemer dikalangan bbnu...dikalangan acik porem Pon glemer habiss...punya byk benang cumi2
Quote Orix 3-6-2020 01:51 PM
Hahahaha. Tokti tokti... iols rs lagu segala perasaan mcm kena sumpahan apa pun iols xtahu. Semua serba x kena, dari MV smpai lah ke nyanyian live
Quote Orix 3-6-2020 01:53 PM
buragazz replied at 3-6-2020 12:56 PM
Acceptable lagi terkucil si Nabila ni klu nak compare dengan si Arshad Mokhtar kat indon tu lagi hau ...

Aah iols igt lg video adad tu live nyanyi intro je like whaaatttt suara iols lg sedap hurkeh kahkahkah
Quote miss_strangers 3-6-2020 01:56 PM
[IG]https://www.instagram.com/p/CA9RK1gFiZW/?igshid=8h22huqqkxyu[/IG]
Quote miss_strangers 3-6-2020 01:59 PM
[IG]https://www.instagram.com/p/CA6vjlXFVeE/?igshid=etadd1kuk9ez[/IG]

6jota viewers chuolss..

Gimik kot terkucil Ritu?

Makin bertambah viewers
Quote buragazz 3-6-2020 02:03 PM
Orix replied at 3-6-2020 01:53 PM
Aah iols igt lg video adad tu live nyanyi intro je like whaaatttt suara iols lg sedap hurkeh kahka ...

Kan.. dia punya terkucil bukan kategori terjelepok tapi kategori terkucil jatuh longkang tepi highway tu..
Quote September14 3-6-2020 02:11 PM
Aku suka je nabila ni lagu dia pun so far sume leh layan... klu tokti leh terkucil apatah lagi si nabila nih
Quote azhardanil 3-6-2020 03:10 PM
DCT tu terkucil pun wajar lah.. Suara die dah brapa lama dia pakai..brapa lama dia lontarkan...  Nabila ni baru lagi menyanyi, kena banyak latihan dan belajar..

Done back up DCT!
Quote minahmanja 3-6-2020 03:23 PM
dh brape nabila ni terkucil..?

Lihat semua komen(94)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:55 PM GMT+8 , Processed in 3.100427 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top