CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ragut Telefon Pintar Sebab Anak Nak Belajar

3-6-2020 03:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2952| Komen: 5

Description: Lelaki berusia 34 tahun ditahan polis selepas didakwa menyamun sebuah telefon pintar milik seorang lelaki di Palembang pada Selasa.
Lelaki berusia 34 tahun ditahan polis selepas didakwa menyamun sebuah telefon pintar milik seorang lelaki di Palembang pada Isnin.

Memetik Tribun News, suspek bagaimanapun gagal melarikan diri selepas dibelasah orang awam yang menyedari kejadian sebelum diserahkan kepada polis.


Difahamkan, lelaki itu cuba meragut telefon pintar M Syaifudin yang sedang melintas jalan di hadapan sebuah kedai makan sekitar jam 8.30 pagi waktu tempatan.


Gambar hiasan

Ketika disoal, bapa kepada empat anak itu mengakui melakukan perbuatan itu selepas didesak anak keduanya yang merupakan pelajar sekolah menengah untuk membelikannya telefon pintar bagi kegunaan pembelajaran.

Bagaimanapun, suspek yang menganggur nekad untuk menyamun bagi memenuhi kehendak anaknya.

Ketua Polis Daerah Seberang Ulu, Asisten Komisioner Mario Ivanry mengesahkan berlaku kejar-mengejar antara orang awam dan pelaku sebelum suspek terjatuh dari motosikal ditunggangnya.


Tambah Mario, pihaknya kini sedang menyiasat sama ada suspek terbabit kes samun lain. - CARI
1

Bagus
3

Marah

Terkejut
3

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 3-6-2020 03:42 PM
Nak belajar ke nak main game?!!!!!
Ada jugak nak kena sumpahan puteri bunian yg dikacau polis
Quote Eric.n9 3-6-2020 04:17 PM
Nasib tak mati...
Biasa kat belah sana, kbnykn mati kena belasah dek org awam
Quote Tinot7 3-6-2020 06:54 PM
Kenapa nak samun? Bitau je la, tak ada duit. Anak tu kena la pepandai cari jln blaja.
Quote CiliPadiSedap 3-6-2020 08:40 PM
Eric.n9: Nasib tak mati...Biasa kat belah sana, kbnykn mati kena belasah dek org awam

Orang swasta kt sana pun ganas pakai sumpit cawat lepas tu mcm red indian
Quote husna_amal 4-6-2020 02:31 PM
Reka alasan lah tu, sekurangnya ada yang simpati kononnya.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.121027 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top