CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Pokok Viral Boleh Hilang Stres Je, Bukan Tapis Udara Dan Habuk

6-6-2020 08:00 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 13538| Komen: 104|Original author: Oleh: natrahn

Description: Viral di media sosial mengenai pokok snake plant atau 'lidah mentua' ini yang dikatakan banyak kebaikan jika memilikinya.



Viral di media sosial mengenai pokok snake plant atau 'lidah mentua' ini yang dikatakan banyak kebaikan jika memilikinya. 

Pokok ini bukan sahaja sesuai ditanam di luar rumah, malah di dalam rumah juga sebagai indoor plant.

Untuk info, pokok lidah mentua ini juga dikenali sebagai pokok lidah jin iaitu tumbuhan asli dari Benua Afrika.


Kredit foto: Google

Pokok ini telah menjadi buruan ramai disebabkan rupanya yang cantik apabila dihias sehingga laris di semua nurseri, malah menjadi item panas serta harganya pula menjadi semakin mahal jika diletakkan dalam pasu.


Malah, pokok ini dikatakan mampu menapis udara secara semula jadi dalam rumah kita. Betul ke?


Kredit foto: Sinar Harian

Namun, Kementerian Kesihatan Malaysia menyangkal dakwaan tersebut berdasarkan kajian pada tahun 1898 oleh NASA yang pernah menguji sendiri kesannya terhadap udara di dalam rumah.


Kredit foto: Facebook Public Health Malaysia

Walaupun tumbuhan ini tidak berkesan sebagai penapis udara, ia sangat penting untuk mengurangkan stres. 

Ini kerana persekitaran yang baik dan indah terbukti dapat meningkatkan mood positif dalam aktiviti seharian.

Namun, kita semua perlu berhati-hati kalau nak tanam pokok kerana ada beberapa jenis tumbuhan beracun boleh mendatangkan kecederaan dan membahayakan nyawa anak mahupun haiwan peliharaan. - CARI
2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • ShikinIsa

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DARSITA 6-6-2020 08:23 AM

Aii tanam pokok ini keliling rumah - tak bawa masuk dlm rumah sbb kami ada guna air filter. Yang aiii tau pokok ni hasilkan pure oxygen. Dulu rajin letak kulit telor atas daun ni sebab tajam lelama koserrrr la!
Quote umbut 6-6-2020 08:45 AM
Cantik ke.. x minat nya.. aku aim pokok skybird 2 biji.. tapi kemain mahal yg tinggi tu..
Quote Kurex 6-6-2020 09:04 AM
Dulu pokok ni orang tak pandang pun... Nasib pokok, sebab peminat pokok berdasarkan trend...
Quote sukacactus 6-6-2020 09:23 AM
Mmg dah lama kumpul pokok ni
Bkn sebab nak tapis habuk ke apa pun
Kalau berabuk, lap or pakai vacuum cleaner je
Setakat skrg br ada 11 jenis
Quote Kurex 6-6-2020 09:25 AM
sukacactus: Mmg dah lama kumpul pokok niBkn sebab nak tapis habuk ke apa punKalau berabuk, lap or pakai vacuum cleaner jeSetakat skrg br ada 11 jenis


Bestnyaaaaa kalau rumah bawah senang nak bela..
Quote RoselIa 6-6-2020 09:42 AM
Kalau nk hilangkan habuk, pakai penapis udara Coway jelah. I pkai Lombok kat bilik tidur. Kat ruang tamu pkai Captain. So far okay. Sbb I alergik dgn habuk. Sbb itu I jarang kemas rumah. Kena upah org.
Quote rospinki 6-6-2020 09:48 AM
pokok i dh besar besar dlm rumah. dptlak kawan jusl murah..tmbh koleksi my green house.
Quote Genkidesuka 6-6-2020 10:05 AM
Kurex replied at 6-6-2020 09:25 AM
Bestnyaaaaa kalau rumah bawah senang nak bela..


assalammu'alaikum n selamat sejahteta.

ni pokok indoor paling lama akak bela.  akak duduk apartment.  letak pokok ni kat corner dinding dlm rumah je sbb apartment akak pesen tkde balkoni.  senang jaga pokok ni.  boh dlm pasu kecik yg sesuai, jgn pasu besar sgt.  siram 3-4 hari sekali je tu pun sikit je airnya.  pokok ni tak suka air sgt.  cepat mati kalau byk air.
Quote mziskandar 6-6-2020 10:06 AM
pokok ni menghilangkan stress tuan rumah n jiran2. berbanding pokok lain..
tak tumbang dek ribut, x berguguran dek angin.
pastu tumbesaran dia seloww.. x bushy.
2 bulan x masuk ofc, pokok lain semua mati. yg ni je idop. tapi kurus aa sket.
Quote Skuau 6-6-2020 10:09 AM
pokok di hutan abih ditebang....ni gigih pulak nk tanam pokok dalam umh....
Quote Tinot7 6-6-2020 10:10 AM
pokok yg bersemangat kental
Quote Kurex 6-6-2020 10:11 AM
Genkidesuka replied at 6-6-2020 10:05 AM
assalammu'alaikum n selamat sejahteta.

ni pokok indoor paling lama akak bela.  akak duduk apa ...

Waalaikumussalam....

Boleh ye duduk dalam rumah? Cahaya matahari tak kena ke? Ke ken letak dekat cahaya matahari?? Mihon lighter
Quote ibu_haritz 6-6-2020 10:11 AM
RoselIa replied at 6-6-2020 09:42 AM
Kalau nk hilangkan habuk, pakai penapis udara Coway jelah. I pkai Lombok kat bilik tidur. Kat ruang  ...

Yg Captain tu beli dkt mane? Ok tak
Quote RoselIa 6-6-2020 10:16 AM
ibu_haritz replied at 6-6-2020 10:11 AM
Yg Captain tu beli dkt mane? Ok tak

Coway jgk. Okay sgt. Tp kalau nk try bli lombok je dulu. Rs skrg lombok 2 xsilap.
Quote Artemesiaa 6-6-2020 10:21 AM
Betul tu kalau nak tapis udara guna ler penapis udara macam2 jenama ada dipasaran sekarang.
Pokok tumbuh tumbuhan ni untuk oksigen dan hiasan je mencantikan persekitaran
Quote Lula2 6-6-2020 10:28 AM
Artemesiaa replied at 6-6-2020 10:21 AM
Betul tu kalau nak tapis udara guna ler penapis udara macam2 jenama ada dipasaran sekarang.
Pokok ...

Penapis udara tu betul ke berkesan?
Quote ~boolean 6-6-2020 10:28 AM
memang betul kurang stress kalau jaga pokok ni...
seminggu lupa siram tetap bertahan
rumah aku penuh pokok ni dan money plant...pokok tak banyak songeh...letak atas jamban pun boleh hidup
Quote Lula2 6-6-2020 10:29 AM
I memang tanam pokok ni dlm rumah..
Tgk2 kawan i mcm baru nak start dgn pokok tau2 dah meniaga pokok..
Bisness minded betul
Quote Genkidesuka 6-6-2020 10:32 AM
Kurex replied at 6-6-2020 10:11 AM
Waalaikumussalam....

Boleh ye duduk dalam rumah? Cahaya matahari tak kena ke? Ke ken letak deka ...


boleh sgt.  ni la pokok indoor basic bg org yg baru nk jinak2kn diri nk ada live plants dlm rumah mcm akak ni.  sempat la jaga pokok ni yg beranak-pinak 2 thn n meninggi sampai 50cm... before i made a fool of myself.  akak dgn konfidennya pi kerat2 daun tu n pindahkan ke pasu besar, konon nk bg depa jd one bigger happy family.  tamak gitu.  thn la a few weeks.  pastu satu2 mati sbb akar baru tk berapa nk jd.  i should have left them alone with their own family planning.  lol.

Lihat semua komen(104)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:11 AM GMT+8 , Processed in 0.089301 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top