CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

#LathiChallenge Lagha, Norman Hakim Cuba #BarzakhChallenge Ada Yang Nak Ikut?

7-6-2020 11:06 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 10697| Komen: 54|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: “Ini bukan #LathiChallenge. Ini #BarzakhChallenge namanya. Suka tak suka, semua akan lalui terutama orang Islam dengan kaedah macam ni."




“Ini bukan #LathiChallenge. Ini #BarzakhChallenge namanya. Suka tak suka, semua akan lalui terutama orang Islam dengan kaedah macam ni."
 

Berbeza dengan 'trending' #LathiChallenge yang menimbulkan kontroversi, pelakon Norman Hakim pula melakukan cabaran yang berbeza iaitu #BarzakhChallenge.

Menurut Norman, cabaran tersebut sebenarnya menimbulkan rasa insaf seolah-olah berhadapan dengan saat kematian.  
 
"Senang sikit kan dari #LathiChallenge? Simple je, tak payah nak menari-nari bagai pastu buat muka menakutkan."



Kredit foto: IG

Apabila mencuba sendiri cabaran barzakh ini, Norman menyatakan ianya adalah satu cara untuk menginsafkan diri sendiri. Ia bukan sekadar cuba sahaja, tetapi lebih kepada perasaan mengenai apa yang akan berlaku selepas kematian.

“Kalau saja nak ‘try dan feel’ #BarzakhChallenge ni, Insha Allah senang je. Saya dah try, Ma Shaa Allah memang menginsafkan terutama orang yang banyak dosa macam saya ni."


Kredit foto : IG

Malah, Norman turut menyenaraikan peralatan yang diperlukan untuk cabaran Barzakh ini yang terdiri dari kain putih, kapas dan kapur barus. 

Turut disertakan cara melakukannya iaitu cuma berbaring sahaja dan usahanya lebih mudah berbanding Cabaran Lathi itu.
 
“Barang-barang yang diperlukan untuk #BarzakhChallenge ni agak ringkas sikit dari #LathiChallange. Yang bestnya boleh simpan terus. Andai diperlukan bila betul-betul ‘sampai masa’ nanti benda dah ada.

 
Perkongsian Norman itu diakhiri dengan 'ianya sebagai renungan kepada semua umat Islam dan untuk diri sendiri'. 

Ajal itu bila-bila masa sahaja dan kita disarankan untuk sentiasa mengingati mati dan bukannya melakukan perkara lagha semata-mata.

Rata-rata pengikutnya terkejut dengan gambar tersebut, namun akhirnya berterima kasih kerana sentiasa mengingatkan antara sesama Islam.


Kredit foto : IG

Kredit foto : IG

Alhamdulillah, ada juga artis yang menunjukkan teladan baik supaya diikuti pengikutnya. Benda yang baik harus diwar-warkan. Ada yang berani cuba untuk #barzakhchallenge ini? - CARI
2

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CardiGans85 7-6-2020 11:24 AM
Tgk pun risau. Tq norman
Quote EncikAiskrim 7-6-2020 11:24 AM
Bersalaman di pagi raya gitew
Quote eizarz 7-6-2020 11:30 AM
batak viral lelaki gatal ni....bhahaha
Quote airmineral 7-6-2020 11:51 AM
batak sgt nak challenge2 bagai da kenapa
mcm xcukup matang
Quote KBW2 7-6-2020 11:55 AM
Ya, kau pun petty.
Quote kiah_mai_pulak 7-6-2020 11:57 AM
dh tu kita semua nak kena mggelabah tekssss ke tak ni?? lepas gelabah terus sarung telekung smpai dahi melekat kat sejadah.. gitu?
Quote gummiebear 7-6-2020 12:50 PM
Yang ni tak payah buat challenge. Sampai masa, semua bakalan melaluinya challenge or not
Quote Lailerthee 7-6-2020 12:56 PM
Perlu ke nk sampai gini
Quote Tinot7 7-6-2020 01:04 PM
siapa yg kapankan dia?
Quote miss_strangers 7-6-2020 01:22 PM
Ada I tengok lathi challenge versi dentist
.PALING seram!!!!

Dah Lupe Kat mane tengok..akaun ig gaj..seram weh dengan Ken cabut geraham bagai plus darah mengalir pas kena cabut Gigi..dah la Gigi geraham I tengah sakit skrg banyak sgt ketedarah cookies...tengok lathi challenge versi dentist ni terus cancel nak jupe dentist
Quote miss_strangers 7-6-2020 01:26 PM
Baru Jupe...sumpah! Seram giler nak jupe dentist![fbp]https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10217365529072131&id=1290936419[/fbp]
Quote Konahhh 7-6-2020 01:38 PM
Tak suka #Lathichallenge & what not ni. Tapi norman ni nak post, post jela, benda baik kan. Ni nak jugak relate kan dengan #Lathichallenge & create his own hashtag huhuhu menyelit jugak
Quote Nenasketum 7-6-2020 01:40 PM
Bawak2 lah pegi belajor a new programming language ke, new language ke, ada gak faedahnya
Quote manehnya 7-6-2020 02:02 PM
X yah la buat.. membazir barang ajer, Tau dak Ada yg x manpu nak sediakan brg2 tu, baik la p derma Dr buat challenge2 buang Masa tu, x da paedah melainkan demi seketul like
Quote rosevelvet 7-6-2020 02:03 PM
Poyolah. Ko blakon pun sentuh pompuan. X ingt barzakh ke?
Quote fadz84 7-6-2020 02:20 PM
miss_strangers replied at 7-6-2020 01:26 PM
Baru Jupe...sumpah! Seram giler nak jupe dentist!

Seriau tgk... lagi seram pada lathi challenge tu.. huhu
Quote miss_strangers 7-6-2020 02:56 PM
fadz84 replied at 7-6-2020 02:20 PM
Seriau tgk... lagi seram pada lathi challenge tu.. huhu

Kannn..sbb Tau next 2 time kl Gigi sakit nak xnak kena hadap jugak dentist....nyesal pulak tengok part cabut Gigi tu
Quote Nana_Man 7-6-2020 03:17 PM
Do u need this to "insaf"????
Quote LostStar 7-6-2020 03:42 PM
Sibuk jekla jantan ni

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:47 PM GMT+8 , Processed in 0.120791 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top