CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

129 - 1 = 107, Formula Matematik Ringkas Azmin Sindir PH

11-6-2020 11:56 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4750| Komen: 17

Description: Tindakan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dipercayai menyindir Pakatan Harapan (PH) mengenai sokongan terbaharu kerusi parlimen yang dimiliki pembangkang dikecam pelayar Twitter.
Tindakan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dipercayai menyindir Pakatan Harapan (PH) mengenai sokongan terbaharu kerusi parlimen yang dimiliki pembangkang dikecam pelayar Twitter.

Menerusi Twitternya malam tadi, bekas Presiden PKR itu menulis satu formula matematik ringkas dipercayai merujuk jumlah kerusi berkenaan.


“129 - 1 = 107,” tulisnya.



Berikutan itu, warga maya menggesa Azmin berhenti daripada memuat naik sebarang hantaran di laman sosial kerana ramai sudah 'meluat' dengannya.

"Terimalah kenyataan kau memang dibenci rakyat. Diam diam sudah," antara komen warganet. 



Ciapan Azmin itu dibuat susulan pendedahan dibuat Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengenai PH dan sekutunya yang kini mempunyai sokongan 107 ahli parlimen dalam Dewan Rakyat seperti dilaporkan MalaysiaKini.

“Sekarang ini 107 (sokongan) dalam kumpulan ini. Dan kita akan mara ke depan dalam satu pasukan untuk pastikan mandat rakyat dihormati.

“Dan kecelaruan, kebobrokan dan rasuah itu dihentikan," katanya.

Manakala, Ketua Penerangan UMNO seperti dilaporkan Sinar Harian menyifatkan ‘permainan angka’ itu sebagai perang psikologi oleh pihak pembangkang.


Kredit foto: Twitter

“Hanya 107 ahli Parlimen? Mula-mula dia (Anwar) sebut 129 (ahli Parlimen menyokong PH) kemudian sekarang sudah jadi 107. Kena tanya dia angka apa yang dia ada (lagi) dan bagi saya, fokus UMNO sekarang ialah membantu dalam pemulihan ekonomi.

“(Fokus) dalam memastikan program-program pemulihan tersebut turun ke bawah untuk rakyat akar umbi dan itu yang kita fikirkan. Kita tak fikir 107 atau 129. Itu belah PH yang kemaruk kuasa seperti yang saya sebut tadi.

“Itu bukan menjadi kerisauan kepada kita kerana kita yakin sebenarnya kalau ada angka tersebut benda ini (pertukaran kerajaan) dah berlaku dan ini hanya 'psiwar' daripada pihak PH yang risau akan prestasi yang baik kerajaan sekarang,” katanya. - CARI
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 11-6-2020 11:59 AM
Mohon azwana alia masuk mencemar duli
Quote RVP20 11-6-2020 12:03 PM
Tajuk thread pun salah

Teruk betul wartawan Cari ni
Quote underground 11-6-2020 12:08 PM
RVP20 replied at 11-6-2020 12:03 PM
Tajuk thread pun salah

Teruk betul wartawan Cari ni

Tu la patut 129..

Tapi deep juga kena kat bangnon mr. we have numbers..

Geng2 meroyan kat Twitter tu multinick fake profile je.
Quote sarah82 11-6-2020 12:21 PM
Hahahaa.. Dari semlm aku dok gelak.. We have numbers kata Anwar Ibrahim.. Sekali mengaku ada 107 MP...

Quote MadameOnion 11-6-2020 03:17 PM
bang non dgn jemin lebih kurang je..tapi aku lagi benci bang non
Quote namr 11-6-2020 04:13 PM
Dulu suke jemin, skrng menyampahnya lahai tgk muka dia nih
Quote Nahnukutu 11-6-2020 04:18 PM
So which side of the equation yang betul actually?
Quote tiesza169 11-6-2020 04:19 PM
Takde ke.ahli politik baru yg bersih sikit... Sama2 bantu bangunkan negara?? Yg penting bukan dr PH
Quote watie79 11-6-2020 04:28 PM
ebangnon ngan atok dok meratib ratib we have numbers bagai ujung2 107 jer....?? apa dah ngan 22 MP ?
Quote Xim 11-6-2020 04:33 PM
Alaaaa khalid samad tu pn 99% komen mengeji dia.....dia relax je....ekekekek....
Quote slyfynx 11-6-2020 06:32 PM
Azmin ni pun, shut up la.
U were part of the problem.
Orang bukan suke sgt ko pun.
Org sokong PN pn bukan pasal awak
Quote salamon 11-6-2020 06:42 PM
aku suke jemin sbb dia bukan kaleng2 punya org

jemin ni dulo anak angkat atok..?

rata2 ahli pkr lgi suke jemin  dr nuar jubox

dia ada talent.. tp isu semburit tu mencacatkan skit image dia

Quote Hannah.Montana 12-6-2020 01:26 AM
Non laki jijah kipas kebaya sewel tu gila main nombor ekor ke ???????????
Quote Hannah.Montana 12-6-2020 01:28 AM
Azmin ni spesis cool

Laki  jijah sejenis gopoh

Tun  kuku besi.
Quote harizs 12-6-2020 01:28 AM
diam la jemin.  pru15 ni kami akan tendang kamu keluar dari PN
Quote husna_amal 12-6-2020 11:44 AM
Level menteri baik jangan masuk kat twitter ni.
Quote Youareyou788 16-6-2020 11:15 PM
Hahahhahahahahhaha hahaha {:laugh{:laugh lawak gila

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:04 PM GMT+8 , Processed in 0.056345 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top