CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Singa Kurus Di Zoo Negara, Duit Berjuta Ke Mana?

13-6-2020 07:00 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 11048| Komen: 35|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: Mengejutkan! Sekeping gambar menunjukkan keadaan seekor singa jantan yang kurus kering menyayat hati warganet.



Mengejutkan! Sekeping gambar menunjukkan keadaan seekor singa jantan yang kurus kering menyayat hati warganet. 

Di sebelahnya, seekor singa betina sekadar berbaring juga turut trending di Twitter.

Ramai mempersoalkan mengapa boleh jadi sebegitu sedangkan bantuan yang Zoo Negara terima sehingga berjuta ringgit. Ke manakah wang itu pergi?


Kredit foto: Twitter


Melihat situasi tersebut, warganet mahukan ketulusan daripada pihak pentadbiran. Jangan disebabkan pandemik Covid-19, kebajikan haiwan di Zoo Negara diabaikan. 

Sementelah lagi, laman sesawang Zoo Negara juga tidak dikemas kini serta menunjukkan penyata kewangan. Hal ini lah yang dipersoalkan oleh mereka.


Kredit foto : Twitter

Bagaimanapun, ada yang menyatakan kos untuk menyelenggara keseluruhan haiwan dan habitatnya adalah antara RM900,000 hingga RM1.3 juta sebulan. Jadi, tidak adil menyalahkan pihak berkenaan hanya dengan melihat sekeping gambar. Banyak lagi kos yang perlu diambil kira.

Malahan, tidak semua sumbangan adalah berbentuk wang ringgit. Ada juga yang menyumbang berupa barangan.


Kredit foto : Twitter

Untuk tidak mengeruhkan keadaan, seorang warganet telah menghubungi pihak Zoo Negara berkenaan singa yang kurus itu. Jawapan yang diberikan juga di luar jangkaan.



Kredit foto : Twitter

Dalam hal ini, mungkin ada yang tidak memahami kerja di sebalik tabir. Namun, dalam masa sama, pihak pengurusan perlu lebih telus menyampaikan informasi supaya tidak berlaku salah faham. 

Jadi, sama-sama kita berharap agar nasib haiwan di Zoo Negara lebih terbela. - CARI
4

Bagus
7

Marah
9

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (26 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 13-6-2020 07:20 AM
Ummah twitter memang perasan cerdik kan?
Singa, rimau, cheetah ni tak berada dlm habitat asal mereka, mmg badan takkan sepejal, seelok singa di hutan. Muscle takda since tak guna, makan plak ikut diet sesuai lagi la badan sekeping mcm tu
Quote kuzaime 13-6-2020 07:22 AM
Maybe iya sebab dah tua. Tengok harimau n singa dekat zoo sampai x ada rasa gerun dah, rasa kesian pulak sebab memang nampak kurus
Quote sarah82 13-6-2020 07:31 AM
Kalau tengok kat luar pun.. Mmg singa makin tua makin kurus.
Quote Lengkong 13-6-2020 07:33 AM
Bercakap tanpa ilmu...jadilah macam tu

Quote mdhelmi 13-6-2020 07:37 AM
ok je tu
xdela kurus mana
faktor usia pon ye jugak
cukup makan tu
kalo xcukup makan semua singa tinggal tulangyg pasti tajuk benang mesti bikin panas kn?
Quote Orix 13-6-2020 07:37 AM
Aah iols x pernah tgok singa obes. Even haiwan lain pun jarang2 yg obes melainkan diorg mmg baka besar mcm gajah n paus tu. kucing n ayam je iols selalu tgok obes {:smile
Quote Kurex 13-6-2020 07:45 AM
Kau nak singa tu gemuk macam mana????? Ngokkkkk
Quote Tinot7 13-6-2020 07:59 AM
Itu bkn kurus la.. kalau obes nnt org zoo kena bg jalan2 mcm anjing utk kuruskan balik. Siapa sanggup?
Quote CikDaNdeLi0n 13-6-2020 09:54 AM
Ummah twitter yg mcm mcm ni berasal dari wechat ker?
Quote damsel_fiji 13-6-2020 01:11 PM
klu tgk kt natgeo beginilah saiz badan singa2 kat africa sana..motif nak suh obesiti ikut kepala netizen bbnu acah2 pandai neh
Quote NadineNajmie 13-6-2020 04:39 PM
Spesis tunjuk bijak tapi mendap sebenarnya.
Quote hyie 13-6-2020 04:45 PM
nazzse replied at 13-6-2020 07:20 AM
Ummah twitter memang perasan cerdik kan?
Singa, rimau, cheetah ni tak berada dlm habitat asal mere ...

benar sis, ummah twitter memang begitu. Suka acah2 pandai dan kengkonon dia lah paling betul kalau bagi pendapat dan idea. Pastu kengkonon suka share itu ini, nak bagitau konon dia hebat. Ayat pon semua taknak kalah yach. Kena baca betul2 post diorang sebab ada je yang bernas, namun majoriti tak cukup akal lagi sebab level bbnu. Kowserrrr...
Quote JohnnyLever 13-6-2020 06:08 PM
manusia kau tak nak bagi makan kau tuduh pemalas apa semua. sibuk nak bagi makan binatang. kau orang semua memang binatang
Quote terpaling 13-6-2020 09:16 PM
ohh singa dah tua.. patutla..
Quote terpaling 13-6-2020 09:17 PM
baca sini baru tau.. aku ingat mmg sebab tak cukup mkn..
Quote Boomibulat 15-6-2020 10:38 AM
Ni binatang paling selesa kat zoo..kandang ada aircond dan makanan diimport khas dari Rembau..


Quote mrs_salvatore 15-6-2020 12:01 PM
same la semua pet mane boleh obes, kalau tak macam2 sakit yg diorg dpt. haiwan ni keje die bergerak aktif, bukannye keje depan pc mcm manusia. kalau dah gemuk gedempol mcm mane diorg nk gerak lompat sana sini
Quote mrs_salvatore 15-6-2020 12:02 PM
ni lagi satu kalau yg bela kucing pastu suka gemukkan kucing tu. tu pun tak elok sbnrnye.  jgn hengat kucing takde masalah kesihatan mcm manusia.
Quote Artemesiaa 15-6-2020 03:51 PM
Singa harimau mau pun kucing kalau dah makin tua tak boleh dibiarkan gemok sebab ia boleh mendatangkan penyakit pada mereka

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:56 AM GMT+8 , Processed in 0.056268 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top