CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Turun 5kg Dalam 3 Minggu, Jadi Betullah Diet Atkin Tu Bagus?

4-7-2020 05:14 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 34584| Komen: 121|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: Walaupun ada yang menyatakan Diet Atkins adalah rutin yang tidak sihat, namun ia dinafikan oleh gadis ini apabila berat badannya telah turun sebanyak lima kilogram dalam masa tiga minggu.


Walaupun ada yang menyatakan Diet Atkins adalah rutin yang tidak sihat, namun ia dinafikan oleh gadis ini apabila berat badannya telah turun sebanyak lima kilogram dalam masa tiga minggu.

Tidak mengambil sebarang karbohidrat, sebaliknya memperbanyakkan sayur-sayuran dan protein, Raehanas mahu berkongsi dengan lebih ramai individu untuk mendapatkan berat badan ideal dengan Diet Atkins.


Kredit foto

Mengakui bahawa diet Atkins yang diamalkannya agak meletihkan kerana perlu mengelakkan karbohidrat, namun setelah melihat hasilnya, Rae jadi bersemangat dan meminta semua orang bersabar jika mahu mengamalkan diet ini.



Kredit foto: Twitter

Rae turut berkongsi menunya sepanjang berdiet ini yang terdiri dari telur hancur, salad, sosej, air teh hijau dan lain-lain.




Kredit foto : Twitter

Selain itu, Rae turut berkongsi tip untuk lebih cepat menurunkan berat badan iaitu bersenam dua kali seminggu, tidur awal pada jam 10 malam dan cara paling bagus mengawal nafsu makan yang menggila adalah mencari kawan yang sealiran supaya sama-sama menyokong.

"Kau tau tak another level pain ialah, bila orang lain makan sedap-sedap, tapi kau makan telur goreng setiap hari."

Memandangkan Diet Atkin ni dah lama bertapak di Malaysia, forumner di sini pun pastinya ada yang mengamalkan diet yang sama. Berkesan atau sekadar di pinggiran?- CARI
4

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
4

Sedih
4

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • DyanaHarun


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AyaqMeloSuam 4-7-2020 05:33 PM
Sausages beli ada carb dlm sb mmg mixed dgn tepung nk bg kental... {:thief
Quote sarahmirza 4-7-2020 05:44 PM
I tak amik pun diet atkins apa ni...
Tapi i kurangkan amik karbo, gula, lemak dan minum air masak sahaja... Plus ikut kelas fitness in 2 weeks turun 2 kg..

Quote helicornia 4-7-2020 05:48 PM
AyaqMeloSuam: Sausages beli ada carb dlm sb mmg mixed dgn tepung nk bg kental... {:thief

pastu letak sos thousand island segala. dlm sos tu pun ada gula haha
Quote Normabaru 4-7-2020 05:56 PM
Laaa bunyi teruk sgt
Rupenye tinggi 170..hmmm..
Quote bintangct 4-7-2020 06:41 PM
laa sosej not good kot Process food Baik mkn ayam terus
Kenapa dia x makan buah? sihat kot makan buah
mcm somethg wrong je diet dia ni
Quote HYSB 4-7-2020 07:25 PM
Boleh cakap macam crash diet jugak lah kan, turun dengan cepat sebab makan macam tu, kita pun tak kan lah selamenye nak makan macam tu kan, bg i baiklah makan macam biase tapi kuantiti kurang.. yang paling penting jangan makan malam je
Quote RatuDunia94 4-7-2020 07:49 PM
Tips kuruakan badaan ni klise je tanya la mana2 org n pakar sekalipun.. tetap benda yg sama. Kena jaga pemakanan dan buat senaman..
Bukan telan ubat kurus solid molid bagai..
Quote misc 4-7-2020 08:09 PM
Kawan aku buat diet atkins. Kemain post kat fb masa tetiba jadi kurus. Sekarang tak tau knp dah gemok bagai dipam2. Inner tutup dagu pun tak nampu nak cover muka yg bulat itu.
Quote rospinki 4-7-2020 08:22 PM
tk lama tu..kejap je gemok balik.
Quote isseliparjepun 4-7-2020 08:22 PM
I diet juga but yes, jaga makan and bersenam. I takleh atkins sebab macam takleh hidup tanpa cakes and sweets. Makan berpada pada untuk jaga kesihatan, memudahkan kita beribadah juga
Quote Cintakapuri 4-7-2020 08:39 PM
Eh x sihat lah turun bb secara ekstrem gitu, nnti kulit x glowing, shaggy pulak......just kurengkan sugar, nasi tu sikit je n senam biweekly
Quote Cintakapuri 4-7-2020 08:41 PM
Kurus secara ekstrem ni boleh buat muka nampak tua dr umor sebenar, dah lemak2 tu hilang spontan mana kulit x shaggy
Quote Lagubestbest 4-7-2020 08:42 PM
Merepek je semua ni. Melompat dari satu jenis diet ke diet yang lain, gitulah, lompat2 diet sampailah dijemput sakaratul maut.
Quote Jitu 4-7-2020 08:46 PM
diet yg xsihat
bestnya kul 10 dah blh tido
Quote Pikapikachu 4-7-2020 09:09 PM
Macam unhealthy je diet dia tu

Last time I buat eat clean diet + kire kalori + bersenam at least 30 minutes/session 3 times a week + makan kukus grill panggang + banyakkan buah dan sayur-sayuran. Hasilnya I was in the best health and shape. Tp tahan sebulan dua je sebab lepas tu g cheat terus terpesong jauh and malas nak make everything from scratch hahah..
Quote Sazida 4-7-2020 09:14 PM
Buat GM diet dulu utk reset lidah. Second week baru buat eat clean@diet suku2 separuh. Sebulan turun 10kg. Lari 2.4km 2-3kali seminggu atau skipping. Kt rumah xde wtpe,buat planking.letak ank atas belakang. {:handsome
Quote zranger 4-7-2020 09:15 PM
Bagi saya kurangkan minum/makan manis je, mmg dapat turun byk..nak diet atkins bagai ni tak terdaya tak lalu nak telan bland gitu. Haritu awal2 pkp terkejut timbang turun 5kg dlm 3 minggu (maintain sampai bulan puasa) padahal tak buat pape pon cuma mmg tak makan/minum manis la dah kedai tutup, nak masak malas. Lepas tu foodpanda/grab/local deliveries rancak balik hmm balik ke berat asal.
Quote MissVixen 4-7-2020 09:18 PM
Tak tahan lama ikut diet2 ni. Kejap je masa bersemangat. Lifestyle, mentaliti, rutin hidup yang kena tukar.
Quote evlinne 4-7-2020 09:26 PM
Sazida replied at 4-7-2020 09:14 PM
Buat GM diet dulu utk reset lidah. Second week baru buat eat clean@diet suku2 separuh. Sebulan turun ...

GM diet tu cmne sis

Lihat semua komen(121)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.060428 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top