CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Makan Roti Canai Bentuk Ular Haram?

10-7-2020 02:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11148| Komen: 86

Description: Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad menjelaskan bahawa hukum membeli dan memakan makanan berbentuk haiwan berbisa seperti roti canai ular adalah tidak haram.
Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad menjelaskan bahawa hukum membeli dan memakan makanan berbentuk haiwan berbisa seperti roti canai ular adalah tidak haram.

Jelasnya, seperti dipetik dari Bernama, ia boleh dibeli dan dimakan selagi dibuat dari sumber halal.



Kredit foto: YouTube Harian Metro

"Kita semua sedia maklum, bahawa kandungan roti canai itu hanyalah tepung gandum sahaja dan ia datang daripada sumber yang halal. Jadi tidak timbul sekalipun isu haram jika memakan roti canai berbentuk ular.

"Bagaimanapun, hukum memakan ular tetap haram kerana ia mengandungi bisa yang akan memudaratkan manusia namun roti canai ular ini cuma menyerupai bentuk sahaja, bukan kandungannya yang memudaratkan manusia.

"Seperti contoh, jika kita minum air kosong namun kita menyamakan air itu dengan arak adalah tidak dibenarkan, sama juga jika memakan roti canai ular ini namun dibanggakan seperti memakan ular yang betul adalah tidak dibenarkan kerana seolah-olah mempermainkan hukum Islam.


"Malah, masyarakat juga diingatkan agar tidak menggembar-gemburkan dan cepat menghukum sesuatu perkara yang tidak pasti. Seboleh-bolehnya pandanglah sesuatu perkara daripada sudut yang lebih positif," katanya.



Media sebelum ini melaporkan, roti canai ular dihasilkan pengusaha roti canai, Che Harun Ali, 46, di Kota Bharu, Kelantan mendapat sambutan hangat selepas roti canai berbentuk ular itu tular di media sosial sejak beberapa hari lalu. - CARI

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • buapakperut

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 9-7-2020 05:16 PM
Berbaloi?           
Quote salamon 9-7-2020 05:17 PM
nmpak dap...
Quote miss_white 9-7-2020 05:20 PM
tak jatuh haram ke buat makanan menyerupai binatang

bagi free pun aku tak nak makan geli
Quote Skuau 9-7-2020 05:36 PM
Okla tu..cuba pelbagaikan 'saiz ulau' tu.
Quote Suchi 9-7-2020 05:37 PM
Erkk tp skrg viral roti korea tu
Cream cheese garlic bread kot namanya
Nampak dap je roti tu


Quote epuepy 9-7-2020 05:58 PM
Kreatif. Org masia ni suka bnda2 viral. So rezeki pakcik ni la.
Quote bakingsoda 9-7-2020 06:23 PM
dah la dia panggil roti canai tu 'ekor', semlm aku dgr adik aku bukak video org buat live fb kot interview tokey roti canai ni terdengar "ada 30 ekor" kembang tekak
Quote mongoose_kidz 9-7-2020 06:25 PM
kembang weh....i stick to roti canai biasa
x rugi pun klau x try
Quote Gomea 9-7-2020 06:30 PM
Menakutkan je. Aku dah lah fobia binatang tu
Quote kerabuBiru 9-7-2020 06:30 PM
bakingsoda replied at 9-7-2020 06:23 PM
dah la dia panggil roti canai tu 'ekor', semlm aku dgr adik aku bukak video org buat live fb kot int ...

Roti canai sekor kuah banjir
Quote carly_lah 9-7-2020 06:33 PM
roti canai mcm ni x sedap.. luar je masak... dlm x masak... mcm roti planta tu... luar sedap... dlm tepung mentah...
Quote djflux2000 9-7-2020 06:33 PM
Wah ini bukan architect ker so Afdal ni huhu
Quote crazybeach 9-7-2020 06:49 PM
anak kau muka terseksa macam tak suka jah roti canai ular tu. ko jah yang syok sendiri senyum kata sedap dan rangup khuens?
Quote famri7 9-7-2020 06:58 PM
Sedap2 xsedap heshe dah buat duit atas hype bodoh ummat..why bother sis? Get thois coins!!!!
Quote budaktua 9-7-2020 07:09 PM
miss_white replied at 9-7-2020 05:20 PM
tak jatuh haram ke buat makanan menyerupai binatang

bagi free pun aku tak nak makan geli

kueh baulu dh lama buat...

tp tk de la bentuk ulo....

Quote selipar_hijau 9-7-2020 07:32 PM
Isi sama je kan mcm roti canai konvensional tu
Quote namr 9-7-2020 07:56 PM
Ular mmg big no no untuk aku gelinyaaa
Quote Nenasketum 9-7-2020 08:03 PM
Ol skul roti jugak pojaan hatiku.
Quote sekngucing 9-7-2020 08:04 PM
aku pernah duduk kg kubur kuda ni sekitar 1990-1994

Lihat semua komen(86)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:00 PM GMT+8 , Processed in 0.061063 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top