CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Tak Handsome Tak Apa, Janji Kaya Tu Nak Tolong Ke Nak Pelingkup?"

28-7-2020 07:00 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 40329| Komen: 107|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: "Tak hensem takpa, janji kaya."



"Tak hensem takpa, janji kaya."

Tagline ini saban hari disiarkan di beberapa stesen radio sehingga ramai sudah menghafalnya dan dalam masa sama, turut jemu mendengarnya.

Iklan mengenai pelaburan saham yang menguntungkan dengan membandingkan kerja makan gaji yang berhadapan dengan kesesakan jalan raya dan sebagainya mengumpan sesetengah individu untuk mendengarnya.

Antaranya ialah seorang pengguna Facebook yang mendedahkan bahawa modus operandi D**K adalah tidak segah iklannya. Status tersebut banyak mendedahkan sisi yang kita tidak ketahui dan mendapat respons pelbagai pihak.



Kredit foto :FB

Menurut Adil, sesi percuma itu hanya membuang masa kerana dua jam pertama dihabiskan untuk memuji-muji penceramah semata-mata. Kemudian, barulah diajar beberapa asas saham. 

Ayat seperti "Jam saya tengah pakai ni Tag Heuer, hari tu Panerai," dan "Saya advisor orang terkaya di Malaysia" adalah untuk meyakinkan mereka yang mendengarnya, tetapi ia berbunyi angkuh. 

Lebih penting, isi utamanya adalah untuk mengajak lebih ramai individu bermain saham dengan belajar intensif selama beberapa hari dengannya untuk mengubah hidup. Bagaimanapun, apa yang dikesali adalah kata-kata;

"Saya perlukan 500 orang untuk masuk kelas khas saya, 6 hari 4 malam. Saya cadangkan tuan ambil MC. Kalau tak boleh ponteng, biar bergadai. Bila dah pandai nanti, pecat je bos korang. Kalau tak ada duit, pinjam dengan along. Along berapa sen je bayar. Takde duit pinjam ALONG."


Kredit foto : FB

Ayat sebegini adalah sangat bahaya dan mungkin ada yang akan terpengaruh kerana mahu jadi cepat kaya. Kelas yang berharga antara RM2,797 sehingga RM6,797 ini dianggap sebagai 'pelaburan' untuk kekayaan akan datang. Warganet turut memberikan pendapat mereka.


Kredit foto : FB
Kredit foto : FB

Jadi, betul ke main saham yang buatkan 'beliau' kaya atau jual air liur yang jadi kaya sebegini? - CARI
1

Bagus
6

Marah
4

Terkejut
5

Sedih
6

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (28 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • cbiru2k

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • lilo_stitch

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote barfi 28-7-2020 07:11 AM
Ya Allah overla Dato pe nama ni yg iklan saham kat radio ni..

Rupanya dia pun earn money dari kelas je jugak..
Spesis Azizan osman jugak la ya..

Yg masuk kelas ni nnt tetap la kekal sengkek
Quote ShikinIsa 28-7-2020 07:27 AM
Mahal nya fee {:question
Quote rookiecake 28-7-2020 07:39 AM
Edited by rookiecake at 28-7-2020 12:32 PM

Banyak informasi di Internet especially private facebook groups korang boleh join. Don’t fall for such unethical marketing workshops yang encourage untuk mengambil loan . Itu kerja gila. Sebelum ambil loan (which u can’t afford in the first place), sila bayar semua hutang dan pastikan you are DEBT FREE. Langsung tiada hutang. And lepas tu make sure korang ada simpan at least 6 mths of emergency funds. Nak melabur selepas tu terpulang la. Buat homework sendiri. Don’t fall prey into this “masterclass” ni semua.
Quote pearl.silver 28-7-2020 08:18 AM
Ada pengulas kt fb
Dia tgk video utube dd*k ni kononnya trading
Xpatuh syariah
Tp dlm iklan gebang patuh syariah
Quote Themilo 28-7-2020 08:21 AM
modus operandinya, attrack ramai-ramai gi class free, lepas tu offer la pakej seminar mahal namatey.. sama jaa macam jijan seman..
Quote sarah82 28-7-2020 08:22 AM
Dah nama anak didik semang kan? Harus la SOP yg samaaaaa
Quote crazybeach 28-7-2020 08:24 AM
motip nak censor? dah ddnk ni sendiri nak promote class dia napa ko pulak nak censor2 bagai hah babi?
Quote Missfadh 28-7-2020 08:45 AM
Selalu dgr iklan ni time nak gi kerja shift mlm. Dh lh aku mmg hadap traffic jammed. Menyampah. Tlg lah jgn terpengaruh. Takde cara cepat buat duit.
Quote umbut 28-7-2020 09:21 AM
Meluat aku dgr iklan dia ni dgn najib asadok... eeewww... sibuk soh online bisness... hellooooo....semua org dah buat online bisness lah.... yg saham tu... sama ler cam jijang semang... datang free pastu nak pergi extreme soh bayar... kalau ko hebat sangat... ko buatlah saham juta2 sorang2... tunuk akaun kau... takat tunjuk jam... samalah cam mlm tayang keta pinjam
Quote Normabaru 28-7-2020 09:50 AM
Ni la sekutu jijang semang. Ada yang masuk kelas dia byr rm5k tp asik bljr bersihkan kolam jiwa.. Ajarnya idok. Hahaha..

Makanla duit orang byk2 biar nanti satu hari kena penyakit derita berpuluh tahun.. Masa tu kaw tgk la langit tinggi or rendah

*cerita ni bukan rekaan semata-mata*
Quote Normabaru 28-7-2020 09:51 AM
Oh ye.. Baju kaw dh macam clown kaka tengok. Ingatkan topik ahli silap mata manala tadi. Rupenye saham. Kohkohkoh
Quote BedahBedul 28-7-2020 09:59 AM
Ajar buat duit belum tentu yg ajar tu kaya, mana ada org kaya ajar org lain cara nk jadi kaya mcm dia, bukak kelas mahal2 mcm ni? Melainkn ko dpt duit dr buat kelas mahal nak mamps mcm ni {:laugh
Quote husna_amal 28-7-2020 10:09 AM
Kalau dah hebat sangat bagi kelas free atau harga rendah la. Ni nampak sangat nak cekik duit orang lain.
Quote elzy 28-7-2020 10:15 AM
Dia kaya pun sebab fee orang datang kursus, untung trading ntah berapa.MO yang sama macam DAzizangOsmang.

Sembang kencang..

Quote nz.jr 28-7-2020 10:20 AM
zaman dulu = murid carik guru
new norma = guru carik murid

nilaikkan sendiri
Quote zulka 28-7-2020 10:33 AM
Quote zulka 28-7-2020 10:34 AM
godang perut eh, penuh dgn duit
Quote ezacbee 28-7-2020 10:43 AM
Mana2 sama je.
Ko nak labur kena ada duit. Takat labur seribu simpan jelah duit tu.
Aku penah join kelas ***. Join n byr dlm seratus lebih, cuma ajar basic je tentang jenis2 saham & contoh keuntungan mereka yg melabur (dlm kuantiti yg besar). Tengok pun syok sehari untung dalam puluh ribu. Terpengaruh gak time2.

Hmm, dah bayar sikit, sikitlaa ilmu dibaginya yedok. Haha. Kalau kelas yg betul kena bayar dlm RM4k keatas.  Dan aku pun stop situ je.
Quote kuzaime 28-7-2020 10:45 AM
Gila! Jnganlah ada yg terpengaruh bergolok gadai @ pinjam along semata2 nak bayar duit kelas dia. Katakan settle bab kelas, abis kau nak main saham tu x pakai modal ke?? Xkan nak urut2 air liur kat screen hp / lappy buat modal

Lihat semua komen(107)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.124761 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top