CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Tahan Tengok Tubuh Anak Saudara Tengah Mandi

4-8-2020 04:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5819| Komen: 27

Description: Seorang lelaki di Sumatera mengaku tergoda melihat anak saudaranya sedang mandi hingga sanggup cuba memperkosanya.
Seorang lelaki di Sumatera mengaku tergoda melihat tubuh anak saudaranya sedang mandi hingga sanggup cuba memperkosanya.

TribunNews melaporkan, mangsa, 13, tinggal bersama Ujang, 32, sejak ibunya meninggal dunia.


Menurut laporan, Ujang berniat melakukan perbuatan keji itu selepas melihat mangsa mandi sebelum pergi kerja di sebuah kedai makan.


Gambar hiasan

Ketika menjemput mangsa, suspek memberi alasan bahawa nenek remaja itu menyuruh mereka singgah ke pondok di ladang getah tempat neneknya bekerja.

Setibanya di lokasi, suspek menarik mangsa ke dalam pondok berkenaan sebelum mengacukan sebilah pisau ke leher remaja itu dan mengarahkannya membuka pakaian.

Mangsa nekad melarikan diri selepas menolak suspek, namun berjaya dikejar bapa saudaranya itu yang kemudian sekali lagi mengacukan pisau ke lehernya.

Difahamkan, berlaku pergelutan antara mereka hingga mangsa mengalami luka di tangan kirinya.


Niat suspek untuk memperkosa mangsa terus hilang apabila melihat anak saudaranya itu terluka sebelum membalut lukanya dengan tudung dan menghantar remaja terbabit pulang ke tempat kerjanya.

Bagaimanapun, mangsa tidak berdiam diri dan terus melaporkan kejadian kepada polis sebelum suspek yang bersembunyi di kebun sawit ditahan, semalam.

Suspek mengaku baru pertama kali berniat untuk memperkosa mangsa yang masih di bawah umur itu selepas jarang mendapat layanan daripada isteri.

Atas kesalahannya itu, suspek berdepan hukuman penjara tujuh tahun. - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Amandaminaj96 4-8-2020 04:57 PM
Hanat tol perangai..nasib baik kau nekad dikk
Quote EvieWanKenobi 4-8-2020 05:18 PM
setannya perangai Ujang..
Quote nenekglamer 4-8-2020 05:19 PM
Dah kawin.. isteri xlyn jadikan alasan nk rogol org. Budak pun on. Org yg single bertahun2 aman2 je xusik sapa2. Elok mati je org cenggini.
Quote 3480 4-8-2020 05:28 PM
Celaka punya jantan.. semoga anu hg reput
Quote RatuDunia94 4-8-2020 06:32 PM
Lancap je la ujang oi kalao x tahan..
Quote any42 4-8-2020 07:10 PM
ingatkn dpt jd pelindung utk ank yatim. sialan btul.  
Quote NekNgah 4-8-2020 10:09 PM
  1. selepas jarang mendapat layanan daripada isteri
Copy the Code


Alasan, dah nampak yang muda lagi bergetah terus bagi alasan bini tak melayan.
Quote Aliaskotonggo 4-8-2020 10:15 PM
bersangka baiklah, mungkin masa tu batang dia menegang tepat 125 darjah ke atas?
Quote sukacactus 4-8-2020 10:28 PM
Kalau bini jarang layan, ko bersuara la, belikan jamu ke apa yg patut
Ni ank sedara sdr pun ko nak ngap tu kenapa
Quote Sdgn 5-8-2020 12:00 AM
harapkan pagar, pagar makan padi
Quote kucim 5-8-2020 08:42 AM
Nasib bdk ni cerdik trs buat laporan..sekurang2 dia tau itu jenayah seks..lau bdk2 dlm mesia ni xnk report...bertahun2 kena noda pakcik,abg,atok dll diam je...smpailah 1 masa kes reveal..hairan..taboo msyrkt ke lau repot polis kes noda nih..
Quote LostStar 5-8-2020 09:16 AM
bagus budak ni.. fighter...
Quote husna_amal 5-8-2020 09:21 AM
Tak pasal2 meringkuk dalam penjara Jang oii
Quote hatikudus 5-8-2020 10:17 AM
dari ko rogol anak sedara ko sdiri, baik ko rogol bini ko tu mangkuk ayun oiii
Quote Normabaru 5-8-2020 12:19 PM
Mmg #normabaru wajib tonton ke?

Sama mcm bila xagree pendapat.. Wajib gaduh maki kutuk segala
Quote Cassieopeia 5-8-2020 01:58 PM
adoi baru 13 taun.. ko ajakla bini ko kalau dh sangap sgt..
Quote MsKathryn 5-8-2020 02:04 PM
Bagus bdk pompuan tu melawan n smart terus pg buat laporan polis..
Quote duri_durians 5-8-2020 02:34 PM
kucim replied at 5-8-2020 08:42 AM
Nasib bdk ni cerdik trs buat laporan..sekurang2 dia tau itu jenayah seks..lau bdk2 dlm mesia ni xnk  ...

bukan masalah taboo.. takde support.. bgtau mak, takut mak marah dia balik.
nak bgtau kawan? mampus kawan sebar gosip.
mungkin takde org dipercaya.
lagi pula 13 tahun nk pergi balai mcm mana? kalau bandar boleh la naik grab, ceruk kampung?

tu hujung2 beranakkan anak mahram sendiri.

lagi satu yg slalu jadi mangsa ni jenis pendiam, kecik, dan tak byk kerenah, dn mungkin juga kemahiran berfikir belum berkembang.
Quote Cassieopeia 5-8-2020 02:57 PM
adoi baru 13 taun.. ko ajakla bini ko kalau dh sangap sgt..

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 12:15 AM GMT+8 , Processed in 0.081024 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top