CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Meniaga Apa Macam Ni, Butter Chicken Jadi Sup Ayam?

10-8-2020 10:31 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 8267| Komen: 24|Original author: Oleh: Cari-azza

Description: Isu makanan tidak sedap adalah normal bagi mereka yang menempahnya menerusi dalam talian. Namun, masalah makanan yang ditempah tidak sama dengan menu itu sendiri, sangat menjengkelkan.



Isu makanan tidak sedap adalah normal bagi mereka yang menempahnya menerusi dalam talian. Namun, masalah makanan yang ditempah tidak sama dengan menu itu sendiri, sangat menjengkelkan.

Bayangkan jika anda sendiri berada di tempatnya yang menempah nasi ayam mentega, tetapi yang dapat adalah nasi sup ayam!


Kredit foto: Twitter

Dengan potongan ayam tanpa sebarang salutan mentega dan susu cair, lauk tersebut kelihatan sup ayam semata-mata.

Mengakuinya itu adalah kesalahannya kerana tidak membaca ulasan terlebih dahulu, pun begitu kedai itu tidak rasa bersalah langsung ke?


Kredit foto : Twitter

Ia turut menarik perhatian warganet lain yang mengalami masalah sama. Ada yang tempahan sampai tak cukup dan ada juga yang mendapat tahu ianya adalah kesilapan dari kedai atau penghantar.



Kredit foto : Twitter

Malahan, ada warganet yang turut berkongsi menu 'chicken buttermilk' yang sebenarnya dan pasti jauh berbeza dengan menu asal.


Kredit foto : Twitter

Alahai, kasihannya bila terkena macam ini. Maklumlah, apabila perut dah lapar, pasti gambar yang ada di dalam Internet semuanya menyelerakan. Mungkin selepas ini perlu lebih berhati-hati kala menempah atau beli sahaja dari restoran makanan segera yang kualitinya lebih terjaga. Anda pernah terkena situasi begini? - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lwyl 10-8-2020 11:17 AM
Two large coleslaw hilang. Call kedai staff dia cakap dah bagi. Dia salahkan rider. Entah la. Malas nak bertekak.
Quote 234126 10-8-2020 11:27 AM
order nasi ayam kukus berempah. Ayam hilang. 2 pulak tu. Makan la nasi dgn timun tu je. Bila komplen kat foodpanda seller insisted cakap dah bagi. Malas nak gaduh. iol blacklist sendiri je.

Byk orang suka ambik kesempatan. Pikir susah hidup dia je, kita yg membayar dia ingat kaya takpa ‘hilang beberapa RM’ tu kot. Done rempanan. Rengsa betul.
Quote umbut 10-8-2020 11:38 AM
Eeewww... kalo aku pun ngamuk.. lauk apa tu macam tu.. 12.00 harga dari nak makan terus x selera.. burn duit
Quote VespaSilbe 10-8-2020 11:49 AM
Tak susah wat butter ciken pun
Buat sendiri la
Rega yahudi gitu boleh makan sampai malam kut
Quote rosli_nurizzati 10-8-2020 12:13 PM
234126 replied at 10-8-2020 11:27 AM
order nasi ayam kukus berempah. Ayam hilang. 2 pulak tu. Makan la nasi dgn timun tu je. Bila komplen ...

senang ja seller nak spin story.. delivery guy jugak kena... adoii.. kena gak brother foodpanda ni..
Quote rosli_nurizzati 10-8-2020 12:19 PM
sebenarnya kalau kita muslim, use foodpanda as platform jualan, agak  meragukan bagi iols. ini pendapat iols ja la.. sbb description and picture foodpanda pakai tu, bukan product kita.. dia guna gambar dia.. jadinya dah false advertising and misleading content dah.. mcm menipu pengguna.. so this matter dok dalam grey area.. sbb tu iols tak berapa setuju bila someone suggest suruh guna foodpanda as platform jualan, sbb ni la... tapi since takdak fatwa ka apa.. i dont mind pun other seller pakai, just for me, mmg tak pakai... satgi jadi kes mcm ni.. indah rupa dari reality.. hehehehe...
Quote epal21 10-8-2020 12:23 PM
rosli_nurizzati: sebenarnya kalau kita muslim, use foodpanda as platform jualan, agak  meragukan bagi iols. ini pendapat iols ja la.. sbb description and picture foodp ...

Setuju dgn misleading pictures tu. Kalau restaurant letak gambar sendiri boleh juga kita agak2 portion dgn kesedapannya.
Quote mamaida28 10-8-2020 12:33 PM
epal21 replied at 10-8-2020 12:23 PM
Setuju dgn misleading pictures tu. Kalau restaurant letak gambar sendiri boleh juga kita agak2 po ...

restaurant pun masalah gak  saya g mkn dgn somi  tp bukan taraf restaurant lah kedai mkn aje..mintak cendawan grg tepung.. mmg betul cendawan tp byk tepung dr cendawan..ralat rasa hati sbb beria nak makn.. frust
Quote EvieWanKenobi 10-8-2020 12:37 PM
tak nampak pun ayam dalam gambar tu digoreng..
tepung apa pun takdak..
macamana la meniaga..
Quote epal21 10-8-2020 02:13 PM
mamaida28 replied at 10-8-2020 04:33 AM
restaurant pun masalah gak  saya g mkn dgn somi  tp bukan taraf restaurant lah kedai mkn aje..mint ...


Sama lah kita. Iols pergi kedai makan tapi menunya takde gambar. Order sotong celup tepung, ingatkan dapat calamari rings tapi dapat macam cucur  sotong (gambar kedua). Itulah the first and only time yg iols order sotong goreng tepung tapi dapat lain macam.
IMG_20200810_140903.jpg
IMG_20200810_140852.jpg

Quote kroit92 10-8-2020 02:27 PM
oh my.. nampak sedap pulak chicken butter tu.

adik pandai buat, nak minta dia buat kan la
Quote bungamelurindah 10-8-2020 02:31 PM
selama i beli dekat foodpanda, Alhamdulilah tak pernah lg dpt yg teruk2. i suggest if ragu2 pasal halal, beli dekat restaurant yg mmg you rase halal mcm kfc. mcd, old town n seangkataanya, if nama restaurant pelik2, mcm cafe ke ape, i suggest takpyh order, byk je restoran yg halal dlm foodpanda
Quote 234126 10-8-2020 02:42 PM
rosli_nurizzati replied at 10-8-2020 12:13 PM
senang ja seller nak spin story.. delivery guy jugak kena... adoii.. kena gak brother foodpanda ni ...

kesian brother food panda. Tapi iol memang masa chat tu ckp dah msg rider, rider kata takkan dia nak bukak check order pulak.

Mana rider nak tahu lauk apa kena ada dlm tu kan.. logik la tu. Dia hantar ‘bungkusan’ yang diterima dari restoran je.
Quote husna_amal 10-8-2020 03:13 PM
Meniaga betul2 lah kesian pelanggan dapat makanan yang  salah.
Quote rosli_nurizzati 10-8-2020 10:42 PM
234126 replied at 10-8-2020 02:42 PM
kesian brother food panda. Tapi iol memang masa chat tu ckp dah msg rider, rider kata takkan dia n ...

selalu tgk rider ni, dia sampai terus ja amek order.. sbb berbungkus... takdaknya dia buka check.. depa kejar order... seller ni kalau bertanggungjawab, boleh ja dia dtg ganti.. mmg dia akan rugi, tapi in terms of customer service, dah guarantee good rating and repeat customer..
Quote belilies 10-8-2020 11:17 PM
Sah sah bukan sapau rider ni. Hopefully customer tu report je selain drp review. Nampak cam ramai sangat dah terkena. Ayam berbai.... Eeeeeyak!
Quote Melopan 11-8-2020 12:33 AM
Kalau order tertinggal memang selalu tekan help desk nnt dia pulangkan duit guna voucher...nasib baik rider kt tmpt aku semua jujur ahahahha servay lah dulu kedai makan tu sblm order...tengok insta kedai tu and so on to make sure makanan memang kena serve mcm Kat gambo
Quote 234126 11-8-2020 06:48 PM
rosli_nurizzati replied at 10-8-2020 10:42 PM
selalu tgk rider ni, dia sampai terus ja amek order.. sbb berbungkus... takdaknya dia buka check.. ...

itu lah, bukan salah rider. iol percaya mmg bukan keja si rider nak check bungkusan. Byk tempat kot dia nak hantar bukan satu je, mana nak ingat siapa order apa. Dia hantar ikut alamat dan nama je.
Quote solarlunar 11-8-2020 09:51 PM
Foodpanda ni I scroll je menu die. Tak sanggup nk beli sbb I rasa mahal. Service charge and delivery charge.

Org dekat dekat I merungut gaji kene potong sbb MCO. Tp time MCO and every weekend order food panda. So now I faham knp duit derang kurang.

Ya. Mmg selalu rider tak check pun bungkusan mknn tu. So derang tak tau order betul or salah. Amik order and deliver ke customer.

Byk kes order salah dh dngr.
1. Beli cheezy wedges tp tak letak cheese
2. Order mknn time puasa. Tp mknn tak deliver.
3. Beli nasi kukus tp takde kuah


Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:33 AM GMT+8 , Processed in 0.064887 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top