CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Anak Dah 3, Isteri Masih Pemalas Suka Membawang Dengan Adik-beradik

10-8-2020 02:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 39020| Komen: 185

Description: Seorang lelaki meluahkan rasa kecewa terhadap isteri yang didakwanya pemalas.
Seorang lelaki meluahkan rasa kecewa terhadap isteri yang didakwanya pemalas.

Menerusi luahannya di Facebook Kisah Rumah Tangga pada Ahad, dia mendedahkan isterinya malas melakukan kerja rumah dan tidak gemar memasak.



Gambar hiasan

"Isteri saya jenis tak suka masak, kurang makan dan jenis makan makanan ringan dan segera. 

"Selalu sangat baju yang dia letak dalam mesin basuh auto tu terbiar 3-4 hari sampai naik bau hapak. Baju tak basuh dan tak berlipat tu memang tak yah cerita," luahnya.

Malah, isterinya lebih gemar bergosip dengan adik-beradik yang bertandang ke rumah dan menghabiskan stok makanan ringan yang dibelinya.

Pernah juga lelaki itu menegur, namun isterinya hanya memberi pandangan tidak puas hati.



"Pernah saya tegur, "rasa macam bujang je. Lapar makan megie. Klau teringin, kena masak sendiri". Lepas tu, dia buat muka. 

"Ayam, ikan, daging yang saya beli selalu sangat terbiar dalam peti ais sampai berbulan," ujarnya yang kebuntuan.

Ramai memuji tahap kesabaran lelaki itu berdepan dengan sikap pemalas isterinya dan dalam masa sama ada yang memberi nasihat dan tip untuk mengubah sikap isterinya itu.


Kredit foto: FB Kisah Rumah Tangga

Tidak kurang juga membuat spekulasi bahawa isterinya terpengaruh dengan dakyah bahawa semua kerja rumah adalah tanggungjawab lelaki. Yakah? - CARI
3

Bagus
4

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
4

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • yeos

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Knowlee 10-8-2020 02:14 PM
Tgk gaya isteri dia ni mmg dari bujang pun jenis tak buat kerja rumah. Bukan sbb dakyah ke apa. Kalau dari bujang biasa buat, dah kahwin pun akan buat. Ditambah dgn ada geng bawang adik beradik dia, meaning mmg dia dibesarkan dgn tak disuruh buat kerja rumah. Nothing to do with dakyah.
Quote krustykrab 10-8-2020 02:15 PM
Citer hasan ke ni
Quote kroit92 10-8-2020 02:21 PM

kalau dari page krt ni, saya tak caya apa dah
habis rumah tangga orang bercerai-berai.
Quote sarah82 10-8-2020 02:45 PM
Aku pun malas nak lipat kain.. Tapi sehari ja biar longgok.. Lepas tu aku sakit hati kat diri sendiri.  Aku lipat juga.. Aku malas juga kekadang nak basuh baju.. Tapi setiap 3 hari mmg aku buat operasi dobi..

Benda ni terletak pada diri sendiri.  
Quote nuryakmal 10-8-2020 02:47 PM
masa before kawin , maybe (kot la) cari yang lawa , pandai borak2

so, akak cash kan ajek dek
Quote Kurex 10-8-2020 02:54 PM
Hasanah ke?
Quote EvieWanKenobi 10-8-2020 02:55 PM
mungkin sebelum kawen dah janji
ayang takyah buat kerja rumah..
Quote lwyl 10-8-2020 02:55 PM
Bukan Hasanah. Ada je perempuan macam ini.
Quote paz 10-8-2020 03:00 PM
Baru smlm kawan citer bini dia dulu masa ada peluang belajar dgn Mak tak nak. Sekarang buat sendiri tak sedap. hahahah Macam2.
Quote msamyrazi 10-8-2020 03:14 PM
ada staff kat opis nie terlepas cakap ngan yang laki nya buat a-z urusan rumahtangga . dia ( si bini) hanya masak dan basuh pinggan sajo.. dan perangai dia tu di bawa sekali ke ofis nie .
Quote epal21 10-8-2020 03:15 PM
Kena discuss dgn isteri tanya apa sebabnya dia tak nak buat kerja rumah. Adakah sebab dia busy/penat sangat sebab anak tiga orang? Atau pun dia tak reti masak? Atau pun dia ada penyakit? Kalau dia memang berpenyakit M,ajak buat kerja rumah sama2, masakkan sarapan utk dia on the weekends,tolong sidai baju bila dia dah lipat baju etc. Belikan dia hadiah pressure cooker ke,dryer ke,steam generator ke bagi mudahkan kerja dia.
Quote Kenabertaubat 10-8-2020 03:23 PM
Bukan hasanah. Adik iols menghadapi isteri yang sama. I wonder if adik i yang post ni. Hahaha.

Tapi cerita adik i lain sikit la. Wifenya suka ke rumah mak dia yang dua tiga langkah tu. Berkumpul adik beradik kat sana. Bawak anak-anak semua, mak dan adik beradiknya jaga anak. Makan mak sedia. Adik laki i balik kerja, kena pergi ambik anak-anaknya dekat rumah mertua, balik mandikan anak. Dah setel semua, wife balik, tengok drama kat tv pukul 7 sampai pukul 8. Yang part basuh baju tu, sebijik la ceritanya. 6 tahun kahwin dah, sabar betul adik laki i tu. Tegur tak jalan. Anak 3,sabar jela yang mampu.
Quote lonso 10-8-2020 03:26 PM
Lelaki baik isteri plak buat perangai..
Quote Artemesiaa 10-8-2020 03:40 PM
Kenapa tak siasat dulu sebelum berumahtangga.  Perangai orang ni bukan mudah nak diubah dalam sekelip mata melainkan dia sendiri yang nak berubah.
Quote krustykrab 10-8-2020 03:44 PM
msamyrazi replied at 10-8-2020 03:14 PM
ada staff kat opis nie terlepas cakap ngan yang laki nya buat a-z urusan rumahtangga . dia ( si bini ...

Kalau lakinya mmg suka dan takde masalah tlg bini buat keje2 tu aku rasa tiada problem..lgpun keje2 rmh bukan tanggungjawab bini..
Quote krustykrab 10-8-2020 03:46 PM
epal21 replied at 10-8-2020 03:15 PM
Kena discuss dgn isteri tanya apa sebabnya dia tak nak buat kerja rumah. Adakah sebab dia busy/penat ...

Betul tu...jgn asik duk tunding jari kt bini...ajak dia masuk dapo sama2, masak sama2...ni asik2 salah bini, padahal laki kuat menkentedarah.
Quote mizruncing 10-8-2020 03:57 PM
ada lagi ke yg caya kisah hasanah page KRT ni?? meols mampu gelak je bila org dok share psl kisah kt page ni
Quote husna_amal 10-8-2020 04:09 PM
Perangai bujang terbawa2 sampai sudah kahwin. Patut tolak ansur sikit kerjasama laki bini urus rumah.
Quote tri-max 10-8-2020 04:27 PM
Kenabertaubat replied at 10-8-2020 03:23 PM
Bukan hasanah. Adik iols menghadapi isteri yang sama. I wonder if adik i yang post ni. Hahaha.

Ta ...

sebijik sejibun skrip adik awak ngan cerita ni
ntahnya org yg sama
dapat isteri pemalas , suami plak rajin tapi makan hati
dapat biawak , isteri plak rajin smpi tak taw limit nak stop


Lihat semua komen(185)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:11 PM GMT+8 , Processed in 0.206417 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top