CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 10 Tahun Hilang Bukan Diculik, Tapi Disembunyikan Makhluk Halus

10-8-2020 02:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6019| Komen: 24

Description: Penduduk di Kampung Kelangsat di Sipitang mendakwa kanak-kanak perempaun berusia 10 tahun yang hilang sebelum ini bukannya diculik, sebaliknya disembunyikan makhluk halus.
Penduduk di Kampung Kelangsat di Sipitang mendakwa kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang hilang sebelum ini bukannya diculik, sebaliknya disembunyikan makhluk halus.

Harian Metro melaporkan, awalnya kanak-kanak tersebut dikatakan diculik sehingga menimbulkan keresahan penduduk kampung.


Foto: FB
Bagaimanapun siasatan polis mendapati penduduk kampung percayai insiden berkenaan berkait dengan unsur mistik.

Ketua Polis Daerah Sipitang, Deputi Superintendan Champin Piuh berkata,


"Kejadian didakwa berlaku pada Maghrib kira-kira 6.30 petang. Mangsa yang hilang dikatakan ditemui di belakang rumah ketua kampung sendiri.

"Mangsa dikatakan ditemui di kawasan tanah lapang dalam keadaan telentang sambil melekapkan tangan di dada."

Foto: FB
Champin menambah, mangsa kini masih dalam keadaan lemah dan keluarganya mengadakan ritual keagamaan mengikut kepercayaan mereka. -CARI

2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dodolpandai 10-8-2020 02:40 PM
adakah sehalus zarah graviton?

mungkin propesor @FOTHER-MUCKER

boleh terangkan dengan bantuan ketua umum @Maideen.

Quote sekngucing 10-8-2020 02:40 PM
kalau zaman dlu..yg sorok.ni tak lain tak bukan hantu kopek jaaa
Quote famri7 10-8-2020 02:44 PM
So hantu horni dan pedo strikes back?
Quote jazaa100 10-8-2020 02:52 PM
sekngucing replied at 10-8-2020 02:40 PM
kalau zaman dlu..yg sorok.ni tak lain tak bukan hantu kopek jaaa

Org bunian pun iya gakk....
Quote jazaa100 10-8-2020 03:04 PM
Ntah....

Kekdg tanak percaya, tapi kena percaya gak.....
Mcm ank kezen aku...atok dia tinggalkn kat rumah mak long dia....atok dia bawak taxi....biasalah....ank org susah, m.long dia tak kisahkn budak tu...pi main kat pdg depan rumah...dulu tak de lah kes culik culik ni....

Tengahari, atok ni nk amik lah cucu...m.long budak ni kata, tak tau pi mana ....menangis nangis atok dia cari.....cari keliling taman tak jumpa.....
Pastu atok dia bawak keta nk cari kat tempat lebih jauh lg.....alih alih jumpa kat tepi jalan yg memang jauh giler dari rumah m.long dia tu....mustahil budak umor 4 ke 5thn blh jalan sampai situ.....bila tanya, dia kata ada pompuan dtg masa dia main sesorang kt padang,  bawak dia terbang ...pastu tinggalkn dia kt situ.....betul betul depan rumah perawat.....perawat tu pun tak tau budak tu ada kat kaw rumah dia.....mgkin org bunian tu tak blh lepas nk lalu kaw perawat , ..tinggalkn je budak tu kat situ.....

Bersyukur sgt dpt jumpa balik dlm beberapa jam je.....
Quote rospinki 10-8-2020 03:09 PM
byk kes budak2 jadi masa diorg keluar waktu maghrib contoh arwah jazlin pegi kedai watuk maghrib kena bunuh sumbat dlm bag. aku nk ckp benda mcmni pun takut tau..contoh saja. anak aku nk pegi beli jajan kt mesin gedang kt bawah umah tu pon aku tk bagi dh kul 7ptg..dia ckp cerah lagi. panjang ulasan aku kt dia. antu kopek antu mcm2 ada kt luar tu
Quote sharlenetexas 10-8-2020 03:22 PM
Bangsa2 lain pun percaya kewujudan makhluk halus ni.
Quote dodolpandai 10-8-2020 03:23 PM
jazaa100 replied at 10-8-2020 03:04 PM
Ntah....

Kekdg tanak percaya, tapi kena percaya gak.....

kena percaya benda2 ghaib

atheist pun percaya zarah graviton ghaib


Quote dua_chzy 10-8-2020 03:26 PM
sharlenetexas replied at 10-8-2020 03:22 PM
Bangsa2 lain pun percaya kewujudan makhluk halus ni.

Kakak percaya. Sebab meka wujud. Orang yang boleh nampak tahu meka is eberiwhereeeee
Quote dua_chzy 10-8-2020 03:27 PM
jazaa100 replied at 10-8-2020 03:04 PM
Ntah....

Kekdg tanak percaya, tapi kena percaya gak.....

Huissshhh terbang lagik tu. Pelik gak kan cemana antu boleh angkat budak.
Quote elzy 10-8-2020 03:27 PM
Sebab tu orang tua2 pesan, jangan keluar waktu Maghrib..
Quote jazaa100 10-8-2020 03:55 PM
elzy replied at 10-8-2020 03:27 PM
Sebab tu orang tua2 pesan, jangan keluar waktu Maghrib..

Bkn waktu maghrib je......

Tengahari panas tu pun tak blh.....ank kezen aku tu waktu tgahari sblm zohor tu.....
Quote mizruncing 10-8-2020 04:00 PM
klu bab waktu mgrb ni jgn la memain. time ni la hantu setan bermaharajalela
Quote husna_amal 10-8-2020 04:16 PM
Mungkin sebab tu orang2 tua kita tegur jangan keluar masa senja nak maghrib tu. Banyak setan dan jin time tu.
Quote siputpepel 10-8-2020 05:13 PM
Dulu masa kecik, mak selalu larang keluar time maghrib takut nanti hantu sorok
Quote CiliPadiSedap 10-8-2020 05:34 PM
rospinki: byk kes budak2 jadi masa diorg keluar waktu maghrib contoh arwah jazlin pegi kedai watuk maghrib kena bunuh sumbat dlm bag. aku nk ckp benda mcmni pun ...


Sebab hantu  sis vokuru. Budak sekarang kalau dengar nama sis vokuru pasti ngeri
Quote ffbeauties 10-8-2020 09:22 PM
Daripada kecik aku tak pernah ditakutkan dengan hantu oleh sesiapa baik mak ke nenek ke.
Mungkin sebab tak nakal sgt. Tak pernah main sampai maghrib atau merayau jauh dari rumah.
Disebabkan tu aku tak percaya sangat bab hantu hantu ni.
Orang duk histeria depan aku pon aku rasa macam dibuat-buat lebih kepada mental illness.
Quote belilies 10-8-2020 11:07 PM
Kat swk ni budak hilang masa atoknya tunjuk jln kat org dept mana ntah. Sampai skrg xjumpa.
Quote rosli_nurizzati 11-8-2020 09:37 AM
harap buat la test rape kat budak ni... seriau.... kalau kena sorok hantu takpa, hantu tak mampu merogol, ni kena sorok pedo... adoiiii...  sipitang ni pun banyak ja PATI takdak dokumen...

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:33 AM GMT+8 , Processed in 0.051745 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top