CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

20 Bangkai Lembu Bergelimpangan Dalam Kebun Sawit, Khianat Atau Penyakit?

13-8-2020 12:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4855| Komen: 36

Description: Polis dan Jabatan Veterinar akan menyiasat kejadian 20 bangkai lembu bergelimpangan di sebuah kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Tareh, Lambor Kanan, Perak, semalam.
Polis dan Jabatan Veterinar akan menyiasat kejadian 20 bangkai lembu bergelimpangan di sebuah kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Tareh, Lambor Kanan, Perak, semalam.

Memetik Astro AWANI, Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Barudin Wariso mengesahkan pihaknya menerima aduan mengenai kejadian daripada seorang penternak.



Kredit foto: PDRM/AWANI

Difahamkan, pengadu bergegas melihat tempat kejadian sebaik menerima maklumat daripada seorang kawan.

Dia mendapati 20 bangkai lembu bergelimpangan di situ dan semuanya dalam keadaan mulut berbuih dan hidung berdarah.

“Pemeriksaan yang pengadu jalankan mendapati, 19 lembu adalah kepunyaannya manakala seekor lagi belum dapat dipastikan tuan punya.

“Tempat kejadian adalah ladang hak milik persendirian seluas empat ekar yang baharu ditanam dengan anak pokok kelapa sawit pada April 2020.



Kredit foto: PDRM/AWANI

“Siasatan lanjut bersama Jabatan Veterinar masih diteruskan bagi mengenal pasti punca kematian sama ada disebabkan perbuatan khianat, penyakit atau sebab-sebab lain,” katanya dalam kenyataan hari ini. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 13-8-2020 12:55 PM
Ni jenis berpagar arau bebas berkeliaran? Kalau dibiar bebas berkeliaran memang SELAYAKNYA LAHH!
Quote Artemesiaa 13-8-2020 12:59 PM
Nampak cam jenis bagi bebas berkeliaran bukan dalam kawasan kandang tak hairan kalau jadi macam tu
Quote Kurex 13-8-2020 01:12 PM
Lain kali sentiasa awasi haiwan ternakan walaupun dekat tanah sendiri..... Kamu faham tak chor?
Quote Knowlee 13-8-2020 01:17 PM
Ladang tu hakmilik persendirian. Maybe lembu tu mati kena racun, atau tuan tanah baru lepas sembur racun rumpai dan lembu ceroboh masuk makan rumput maka mati.

Tuan lembu lepaskan lembu masuk tanah orang pun salah.
Quote annehuda 13-8-2020 01:27 PM
Kebun tu hakmilik tuan punya lembu ke? Kalau bukan aku rs mcm kene racun tu
Quote bintangct 13-8-2020 01:32 PM
alaa kesian plak 1st pic tu mati terkangkang mcm tu
Quote Gomea 13-8-2020 01:38 PM
Nampak sgt kau lepaskan lembu kau kat kebun orang. Mesti tuan kebun tu bengang je anak pokok sawit kena makan dek lembu.
Quote stars83 13-8-2020 01:45 PM
takde pun kata ladang tu prmilik lembu yg punya,maybe betul lah lembu tu ceroboh msk ladang org...selayaknya pemilik lembu yg ptt kna cash,bkn lembu2 tu..kesian lembu tu...
Quote tripleid 13-8-2020 02:00 PM
Kna sambar petir pun boleh jadi
Quote saviour_09 13-8-2020 02:09 PM
“Tempat kejadian adalah ladang hak milik persendirian seluas empat ekar yang baharu ditanam dengan anak pokok kelapa sawit pada April 2020.


aku rasa lembu2 ni makan baja anak sawit ni la

habis 20 ekor sekali kena

kesian
Quote afie_m 13-8-2020 02:13 PM
kalau jenis bela pastu biar lepaskan bebas..emmm..jgn salahkan orang lainlah atas kematian lembu2 tu... buat aduan pandai pulak..tapi klau lah lembu2 tu menjebabkan kematian orang dengan kemalangan..tuan lembu x nak pulak mengaku tu lembu dia...
Quote MissVixen 13-8-2020 02:16 PM
Banyak yang main lepas je lembu kerbau ke kebun orang. Malam2 berkeliaran atas jalan sampai orang lain eksiden. Padan muka tuan punya. Anak sawit tu mesti kena kacau dengan lembu dia.
Quote naina 13-8-2020 02:28 PM
Fuhh rugii puluh ribu. Sian.. Maybe makan rumput yg diracun atau baja sawit
Quote edoraixora 13-8-2020 02:30 PM
termakan rumput baru di racun atau baja lah kot
kalau kat tanah org, malas nk kesian kat tuan punya, selayaknya lah rugi.
tapi kesian jugaklah tengok lembu tu mati terkangkang gitu
Quote KIM.K 13-8-2020 02:32 PM
Kami penah meracun keliling rumah. Kucing mati sbb makan rumput. Sejak tu mesin rumput je laman tu makan hari gak kalau buat sikit2
Lembu tak boleh makan dalam kebun yg disembur herbisid. Ammonia pun tak boleh
Nasib ko lah owner

Quote pinklepie 13-8-2020 02:45 PM
Kesiannya tengok lembu-lembu tu
Quote ina_na 13-8-2020 02:52 PM
Biasa lembu dia org lepas kan x berkandang kan.. Kalo lepas kan mmg salah sendiri la.. Bukan slh tuan kebun..
Quote husna_amal 13-8-2020 03:15 PM
Menyesal tak sudah. Lain kali kena baik2 dan jaga hati orang sekeliling. Apa2 pun bertabah la.
Quote mizruncing 13-8-2020 03:55 PM
kesian plak tgk lembu mati terkangkang gitu

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 09:06 AM GMT+8 , Processed in 0.390776 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top