CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Bimbang Dihalang Tesco, Ibu Tinggal Bayi Dalam Kereta Uncang Kecaman Netizen

29-8-2020 11:04 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 5924| Komen: 15|Original author: Oleh: natrahn

Description: Insiden tertinggal anak di dalam kereta yang ada kalanya sehingga membawa maut sering kali terjadi sejak kebelakangan. Kebanyakan kes berpunca dari pelbagai sebab yang tidak disengajakan termasuklah k ...


Insiden tertinggal anak di dalam kereta yang ada kalanya sehingga membawa maut sering kali terjadi sejak kebelakangan. Kebanyakan kes berpunca dari pelbagai sebab yang tidak disengajakan termasuklah kecuaian.

Namun, pernahkah anda dengar kejadian sama di mana ibu bapa sendiri yang secara sengaja meninggalkan anak mereka di dalam kenderaan? Agak sukar dihadam perkara sebegini.

Terbaru, tular di lama sosial apabila seorang wanita didakwa sengaja meninggalkan bayinya di dalam kereta di kawasan parkir pasar raya Tesco Egate, Pulau Pinang.


Loading FB Post...


Menurut saksi, wanita itu meninggalkan bayinya di dalam kereta kerana bimbang pihak Tesco tidak membenarkan beliau membawa bayinya masuk ke dalam disebabkan faktor wabak COVID-19 yang melanda.


Kredit foto: Facebook Info Roadblock JPJ/Polis

Seorang kakitangan Tesco yang kebetulan melalui kawasan tersebut menemui bayi malang itu yang ditinggalkan di dalam kerusi keselamatan di tempat duduk penumpang hadapan. Untuk, rekod bayi itu baru berusia lima bulan. 


Kredit foto:Facebook Info Roadblock JPJ/Polis

Mujurlah si ibu membiarkan tingkap kenderaannya dibiarkan sedikit terbuka bagi membolehkan mereka membuka pintu dari arah dalam dan menyelamatkan bayi tersebut.


Kredit foto:Facebook Info Roadblock JPJ/Polis

Menurut saksi itu lagi, 15 minit kemudian, wanita tersebut muncul dan menjelaskan alasan tindakannya yang menyebabkan kemarahan orang ramai.


Kredit foto:Facebook Info Roadblock JPJ/Polis

Tindakan wanita ini turut mengundang kecaman netizen.




Kredit foto:Facebook Info Roadblock JPJ/Polis

Pihak Tesco memaklumkan tidak pernah menghalang mana-mana individu untuk membawa anak mereka untuk memasuki premis.

Mungkin wanita ini telah mendapat info yang salah. Nasib baik tiada perkara buruk berlaku. Apapun, mencegah itu lebih baik dari mengubati, sayangilah anak-anak anda. -  CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Scheherazade 29-8-2020 11:46 AM
Baby dia haluih lg. Nasib baik x apa2. Apala urgent sgt maknya nk beli tu smpai boleh tinggai baby ni dlm keta camtu
Quote jue10 29-8-2020 12:09 PM
Bodohnye mak dia!!!!! Bangang!! Lpastu klu ank tu mati ckp dh takdir. Padahal Semuanya cuai. Xkn ank pun lupa???? Wlopun tu bkn rutin xkn bebal sgt smpi lupa? Kang ckp cmni Kt fb kena kecam pulak!!
Quote shahreen 29-8-2020 12:53 PM
{:yameteh{:thief
Quote anilanil 29-8-2020 02:12 PM
Maknya ckp takde org kat rumah nak tlg jaga. Erm..nape la maknya tak order je groceries kat tesco online. Takpon pegi la beli brg kt kedai runcit apek jer...
Quote azimodin 29-8-2020 03:29 PM
Sebagai mak yg dah pernah lalui kesakitan kematian anak, dapat la aku simpulkan kat sini mak dia bangang abadi sebab dengan sengaja dan warasnya tinggalkan anak dalam kereta. Aku pon pakai drive tru service aeon je beli barang. Xboleh ke gina runner service?
Quote unta2 29-8-2020 07:15 PM
gigih nak pegi tesco gak.. kat keliling rumah tu takda ke kedai2 kecik,,,, haishhhh
Quote bukanomi 30-8-2020 09:13 AM
Xleh ke bawak je bb tu masuk skali. If Tesco kate bb xleh masuk, dahla gi je tmpt lain beli brg yg nk sangat tu. Bkn Tesco je boleh beli barang keperluan.
Quote addved 30-8-2020 11:53 AM
Parents macam ni patut dihukum, otak letak jat mana?
Quote buapakperut 31-8-2020 03:21 PM
kurusnye baby sheol,ingatkn newborn, duduk kat carseat budak beso lak tu. sedih, siannya ko anakkkk
Quote sliperpink 31-8-2020 09:46 PM
Kenapa kena pergi tesco kalau kena bawak baby? Kedai runcit biasa kan ada..
Quote adeqbun 1-9-2020 09:11 AM
yg bekap kate mebi mak baby takde pilihan tu duk dlm gua ke ape..skang semua benda bole order online la bodoh!!!
baby tu je ko xleh buat secara online,..and again,bodoh..ade komen bodph ptt la ade jugak yg buat tindakan bodo mcm tu..
Quote adeqbun 1-9-2020 09:13 AM
eh tlg la JKM..ubah skit akta,kalau ade kes2 kecuaian level zioanis tu amik hak penjagaan..kesian sgt nasib baby yg dpt parents bebal mcm ni..
Quote husna_amal 1-9-2020 09:44 AM
Kalau jadi apa2 kat bayi tu menyesal tak sudah si ibu.
Quote Redmyvi 8-9-2020 09:09 AM
Kalau tinggal 1 minit pn mcm2 boleh jd ooiii...
Quote cleopatralady 11-11-2020 05:12 PM
gilo betul lah. {:childlike

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:21 PM GMT+8 , Processed in 0.068183 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top