CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Infozon Lihat artikel

Essilor Bantu Atasi Masalah Ketegangan Mata Digital

4-9-2020 09:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4902| Komen: 17|Original author: Kandungan Tajaan

Description: Pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyaksikan perubahan dalam kehidupan seharian orang ramai.
Pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyaksikan perubahan dalam kehidupan seharian orang ramai.

Hari ini, lebih banyak masa dihabiskan di hadapan skrin elektronik baik untuk pekerjaan, pembelajaran, mahupun hiburan.




Syarikat optik terkemuka, Essilor Malaysia melihat norma baharu ini memberi impak pada kesihatan mata berikutan terdedah pada cahaya biru akibat peningkatan penggunaan beberapa skrin peranti elektronik dalam sehari.

Naib Presiden Wilayah ASEAN dan Korea Essilor Kathy Park berkata, syarikat berkenaan komited dalam memberi kesedaran kepada orang ramai berhubung kepentingan menjaga kesihatan mata, selain menawarkan solusi pada masalah ketegangan mata dialami orang ramai berikutan peningkatan penggunaan skrin elektronik.

Sehubungan itu, Essilor Malaysia melancarkan produk baru di bawah rangkaian pelbagai lensa termasuk Eyezen, Crizal dan Transitions dalam usaha membetulkan, melindungi dan meningkatkan penglihatan pengguna.




Eyezen menggabungkan Teknologi DualOptim™ yang membolehkan seluruh permukaan kanta dioptimumkan mengikut jarak objek dan arah pandangan. Ia sesuai bagi pengguna yang mengalami gejala keletihan visual tinggi akibat penggunaan peranti digital yang kerap.

Manakala, kanta Crizal menapis cahaya biru ungu berbahaya, sekali gus menyekat 100 peratus sinaran UV bagi penglihatan lebih jelas.

Bagi pengguna yang mementingkan gaya, produk Transitions dilengkapi kanta transisi gelap dan pudar terpantas yang juga menyekat 100 peratus sinaran UV. Kanta ini melindungi mata pengguna daripada cahaya biru berbahaya, baik di kawasan tertutup, mahupun kawasan terbuka.



Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang rasmi Essilor Malaysia di www.essilor.com.my.  - CARI
3

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • yammy123

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 4-9-2020 10:07 PM
Benda baru di market, mesti ribu riban?
Quote Nenasketum 4-9-2020 11:11 PM
Aku pakai Gunner jerk, US punya brand. Dia ada for gamers yang halang 75% blue light with amber lenses. Price dari RM150 hingga RM500.
Quote myoujin 5-9-2020 01:06 AM
Aih... Aku kene cuba eyezen tu la... Skg pakai trans tu.. tapi cam dlm gelap pas tgk phone jap mata aku cam blurr
Quote Dwdrum 5-9-2020 02:02 AM
Baru saja buat new glasses... Jika belum boleh cuba
Quote meisapoya 5-9-2020 07:44 AM
Menarik. Tapi berapa la kosnya? Since hoya pon cecah 1k
Quote LadyCarefree 5-9-2020 07:44 AM
Blue light punya source terbesar and exposure terbesar ialah cahaya matahari.

Dah korang tengok screen lelama tanpa break memanglah mata penat dsb.

~~~~~~~~

The American Academy of Ophthalmology says you don’t need them and has gone on record as not recommending any kind of special eyewear for computer users. The organization says blue light from digital devices does not lead to eye disease and doesn’t even cause eyestrain. The problems people complain about are simply caused by overuse of digital devices, it says.

“The symptoms of digital eye strain are linked to how we use our digital devices, not the blue light coming out of them,” the AAO says.

In the United Kingdom, the Association of Optometrists says there is “a lack of high quality evidence to support using BB [Blue Blocking] spectacle lenses for the general population to improve visual performance or sleep quality, alleviate eye fatigue or conserve macular health. "

Tp biasalah orang nk jual barang, kan.
Quote fly_in_d_sky 5-9-2020 11:32 AM
meisapoya replied at 5-9-2020 07:44 AM
Menarik. Tapi berapa la kosnya? Since hoya pon cecah 1k

hoya mahal ke?
rasanya transition mahal lagi kot

Quote Scheherazade 5-9-2020 11:39 AM
Yg tapis blue light tu dah ada sblm ni. Aku buat a couple of years back, costs me rm3k
Quote Pamella45 5-9-2020 12:48 PM
Edited by Pamella45 at 7-9-2020 12:22 PM

Many of us are suckers for a good two-for-one deal; but when it comes to vision, seeing double can be frustrating and even alarming myprepaidcenter balance
Quote meisapoya 5-9-2020 05:13 PM
fly_in_d_sky replied at 5-9-2020 11:32 AM
hoya mahal ke?
rasanya transition mahal lagi kot

Oh kira campur ngan transition kot cecah 1k tu.. tanya kat kedai dia just ketik2 kalkulator x bagi portion harga satu2. I tanya blue lens ngan transition. Brand hoya celah mana satu entah ke transition pon ada brand hoya? Serius x tahu sangat..
Quote dudaberhias 5-9-2020 05:24 PM
selesa ke chuolsszzahh....
iols tak bercermin mata tapi keja hadap lappy ni harus la aku pun kena jaga mata beli
Quote fly_in_d_sky 5-9-2020 07:13 PM
meisapoya replied at 5-9-2020 05:13 PM
Oh kira campur ngan transition kot cecah 1k tu.. tanya kat kedai dia just ketik2 kalkulator x bagi ...

saya guna transitions sebab hoya ni berat dan murah
transitions ni ringan tapi mahal
saya pakai transitions memang ok ...
puas hati .. entah bila nak tukar tak tahu ler
rasanya dah lebih 5 tahun pakai spek tak tukar tukar

Quote meisapoya 5-9-2020 11:49 PM
fly_in_d_sky replied at 5-9-2020 07:13 PM
saya guna transitions sebab hoya ni berat dan murah
transitions ni ringan tapi mahal
saya pakai ...

Wahh tahan lama ya transitions ni... harga mesti boleh tahan jugak...
Quote meisapoya 5-9-2020 11:51 PM
dudaberhias replied at 5-9-2020 05:24 PM
selesa ke chuolsszzahh....
iols tak bercermin mata tapi keja hadap lappy ni harus la aku pun kena j ...

Boleh try, kaka. Sebab i kalau x pakai spek ngadap pc, memang pedih sikit mata...
Quote kakikuDibibirmu 5-9-2020 11:59 PM
Selalu guna carrie junior, tak pedihkan mata
Quote TomyamPuteh 6-9-2020 11:06 AM
Nsb baik la keja aku x perlu nk ngadap lappy Sgt.
Quote fly_in_d_sky 6-9-2020 11:27 AM
meisapoya replied at 5-9-2020 11:49 PM
Wahh tahan lama ya transitions ni... harga mesti boleh tahan jugak...

spek saya transitions, frameless, cermin nya plastik and double coated
masa tu harga semua around 2K
frame spek saya murah tak sampai RM 150 rasanya ...

seronok pakai transitions tak perlu terkial cari cermin mata hitam
senang hidup .. LOL


Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.084337 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top