CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Infozon Lihat artikel

Jaclyn Victor, De Fam Ajak Rakyat Sokong Pencegahan Flu Melalui Persembahan Dalam Talian

9-9-2020 11:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4202| Komen: 3|Original author: Kandungan Tajaan

Description: Kesedaran pencegahan flu mendapat rangsangan daripada artis terkenal Malaysia apabila mereka berganding bahu mengadakan persembahan secara dalam talian istimewa yang akan disiarkan jam 9 malam pada Kh ...
Kesedaran pencegahan flu mendapat rangsangan daripada artis terkenal Malaysia apabila mereka berganding bahu mengadakan persembahan secara dalam talian istimewa yang akan disiarkan jam 9 malam pada Khamis, 10hb September ini  bagi menyokong Kempen Cegah Flu Norma Baharu!




Dipelopori Immunise4Life, kempen ini mengajak rakyat Malaysia melindungi diri mereka dan menyokong pencegahan flu dengan mengambil langkah menghalang  jangkitan flu. 

Untuk berbuat demikan, Immunise4Life menggalakkan rakyat mengunjungi laman sesawang kempen di www.actoflove.ifl.my dan menyokong tujuannya dengan hanya klik pada butang ‘KATAKAN YA kepada pencegahan flu’.

Kempen Cegah Flu Norma Baharu anjuran Immunise4Life dengan gabungan Malaysian Influenza Working Group, Pertubuhan Perubatan Malaysia dan inisiatif Vaccination is Protection. Kempen ini disokong Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Rotary Club District 3300, Persatuan Tadika Malaysia (PTM), Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM), Majlis Kebangsaan Persatuan-Persatuan Warga Emas Malaysia, University of the Third Age, dan AgeCope.


Persembahan dalam talian ini bertujuan mengumpul lebih ramai rakyat dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai flu sebagai satu penyakit serius yang boleh memudaratkan.

“Kita selalu memandang rendah kepada betapa teruknya serangan flu ini. Ramai menganggapnya sebagai perkara remeh, tetapi individu yang mendapat jangkitan flu boleh mengalami pneumonia, kegagalan pelbagai organ, malah meninggal dunia akibat pelbagai komplikasi.

“Inilah sebabnya mengapa pencegahan flu sangat penting. Langkah-langkah pencegahan ini mesti menjadi sebahagian daripada norma baharu kita: kerap mencuci tangan dengan air dan sabun, elakkan menyentuh muka, mulut dan hidung; menjauhi orang yang batuk atau bersin dan paling penting, dapatkan vaksin untuk melawan flu setiap tahun,” jelas Profesor Datuk Dr Zulkifli Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal program Immunise4Life (IFL).

Dr Zulkifli juga menggesa rakyat untuk menyokong tujuan ini dan mengambil tindakan dengan mengunjungi laman web berkenaan. 





Lebih menarik, selebriti tempatan seperti Jaclyn Victor, De Fam dan Talitha turut menunjukkan sokongan mereka terhadap tujuan tersebut dengan meminjamkan suara mereka untuk persembahan dalam talian itu.

Dikendalikan pengacara dan penyanyi Tamil popular MK atau Muthu Kumara dan emcee Jeremy Teo, konsert dalam talian ini membawakan pelbagai pertunjukan menarik oleh Jaclyn Victor, kumpulan penyanyi wanita Malaysia De Fam, penyanyi-penulis lagu Talitha, sensasi pop Jeryl Lee Pei Ling, ahli silap mata terkemuka Malaysia Andrew Lee, pelawak Kavin Jay, beatboxer Sawyer Leong, dan juga penampilan istimewa oleh Douglas Lim serta persembahan tarian oleh pelakon kanak-kanak Debbie Loo.




“Apabila mendengar mengenai tujuan usaha ini yang dikhususkan buat semua rakyat Malaysia, saya rasa sangat gembira. Saya ada dua anak dan sebagai ibu, saya tahu betapa pentingnya untuk mereka selamat daripada sebarang ancaman kesihatan, termasuk flu,” kata Jaclyn.

Menguatkan lagi sokongan kepada pencegahan flu, supergroup De Fam turut menggesa peminat mereka supaya menjadi proaktif, dengan berkata “Memang sangat penting untuk kita kekal sihat terutama pada masa sekarang, satu (1) caranya adalah dengan mengambil suntikan pencegahan flu.”

Sementara itu, Talitha mengingatkan bahawa pada masa kita bersama-sama melawan COVID-19, ada lagi penyakit berbahaya yang kita boleh cegah sekarang. 

"Saya percaya bahawa mengambil langkah ke arah pencegahan flu adalah salah satu cara untuk menjaga keselamatan dan kesihatan diri serta orang yang saya sayang,” katanya. 

Jangan lupa menonton tayangan perdana ini pada Khamis, 10 September 2020, jam 9 malam dan saksikan persembahan penghibur berbakat ini di laman sesawang www.actoflove.ifl.my, di saluran www.youtube.com/immunise4Life, dan juga di laman https://www.facebook.com/Immunise4Life

Selepas tayangan perdana ini, persembahan dalam talian akan diteruskan tayangannya untuk tontonan awam di platform tersebut.  - CARI
2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 9-9-2020 11:37 PM
Dapat kan vaksin.. Maknanya vaksin ni mmg dah sedia ada atau vaksin baru diperkenalkan
Quote husna_amal 10-9-2020 09:57 AM
Kalau nak buat kesedaran ok lah
Quote husie91 10-9-2020 07:51 PM
De fam ni group members dia semua umur berapa nampak acik2 sungguh muka.. acik yg bajet muda lagi

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:30 AM GMT+8 , Processed in 0.043361 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top