CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ganti Seragam Sekolah Dengan T-Shirt? Relevan Atau Tidak?

13-9-2020 08:01 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 37947| Komen: 193|Original author: Cari-azza

Description: Betul kah uniform sekolah membebankan pelajar-pelajar?Begitulah yang diutarakan oleh pengacara RTM, Sayed Munawar yang mengusulkan agar pemakaian uniform digantikan dengan pemakaian lain supaya pembel ...


Betul kah uniform sekolah membebankan pelajar-pelajar?

Begitulah yang diutarakan oleh pengacara RTM, Sayed Munawar yang mengusulkan agar pemakaian uniform digantikan dengan pemakaian lain supaya pembelajaran lebih menyeronokkan.

Bagi Sayed Munawar, cadangannya itu supaya pelajar merasa lebih segar dan positif.

Foto : twiter
Namun ianya menimbulkan rasa kurang senang kepada pengguna Twitter yang tidak bersetuju dengan idea tersebut.


Bagi mereka, ketiadaan uniform hanya akan menimbulkan jurang yang lebih besar antara golongan kaya dan miskin.

Ianya sama seperti situasi di Insitut Pengajian Tinggi yang mana pelajar kaya akan bergaya mewah sementara pelajar miskin, usahkan baju, nak makan pun terpaksa bercatu. 

Foto : twitter
Malahan, idea tersebut lebih banyak buruk berbanding baik. Ini kerana akan menimbulkan perbandingan sesama pelajar. 

Sedangkan usia bawah 18 tahun sepatutnya belajar bahawa tiada apa yang membezakan mereka. Kejayaan perlu diukur menerusi pencapaian akademik, sahsiah dan bukannya baju apa. 

"Anak-anak akan lebih fokus kepada hal yang sepatutnya, bukannya baju atau tudung siapa lebih cantik dan mahal."

Jadi, netizen sudah menyatakan yang uniform bukannya membebankan.

Foto : Berita Harian
Berbanding memberikan idea yang tidak relevan, sebaiknya cadangkan supaya subsidi diberikan untuk membantu mereka yang tidak mampu.

Foto : twitter
Apa kata anda? - CARI

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Atata 13-9-2020 08:06 AM
Baju budak skrg dgn necktie, dgn vest. Entah apa2. Tie tu lelaki p kerja pun tak pakai tie hari2 mcm budak sekolah
Quote yusryimran 13-9-2020 08:08 AM
ok lah gi sekolah pakai Tshirt . Senang x yah nak iron
Quote TomyamPuteh 13-9-2020 08:10 AM
Si munawar ni sape? Menteri?
Quote tukul 13-9-2020 08:15 AM
Bodohnya idea ko.munawar eh
Quote mikasa 13-9-2020 08:20 AM
Atata replied at 13-9-2020 08:06 AM
Baju budak skrg dgn necktie, dgn vest. Entah apa2. Tie tu lelaki p kerja pun tak pakai tie hari2 mcm ...

Vest + long sleve+ tie untuk pengawas..musim panas kesian budak2. Bukan semua sekolah ada ekon










Quote AbukRokok 13-9-2020 08:23 AM
bana apa sekolah wajibkan baju batik baju korporat? idea sapa?
Quote domestobot 13-9-2020 08:24 AM
bagus lah bagi budak2 sekolah pakai pakaian yang selesa sikit. daripada zaman bila entah bebudak kena pakai baju seragam macam nak ke pejabat kerajaan. nak pupuk disiplin konon, yang cuci baju iron baju cuci kasut sekolah tu kalau nak harapkan bebudak buat, last2 mak bapak pulak kena cover shift.
Quote salamon 13-9-2020 08:26 AM
Sting aku yahuuu
Quote jari10 13-9-2020 08:35 AM
TomyamPuteh replied at 13-9-2020 08:10 AM
Si munawar ni sape? Menteri?

Selalu tulis ayat2 jargon dia ni.. Berbelit2 utk sampai maksud. Ni kira ok la mudah faham apa yg ditulisnya
Quote dellema 13-9-2020 08:36 AM
Baju sekolah pun ada mak bapak taknak basuh ke
Quote cap_ayam 13-9-2020 08:42 AM
maksudnya tshirt seragam sekolah kot.. mcm budak2 pakai baju pj tu.
Quote tipuware 13-9-2020 08:54 AM
Aku suka uniform. Seragam kan aje, ko kaya ke miskin ke, kat sekolah nampak sama aje. Beg aje ko boleh upgrade kpd smuggle. . Cuma mohon tukar dr warna putih ke warna lain. Putih susah nak jaga.
Quote monreyes 13-9-2020 09:04 AM
Edited by monreyes at 13-9-2020 09:14 AM

Saya setuju T Shirt...senang basuh...kalau baju sekolah kena rendam..nila.. kena basuh asing..kena iron, naseb x baek basuh lepas hujan...dlm paip air berlumpur jahanam baju putih..terpaksa basuh tangan..
dulu my son masa skolah selalu prank cikgu...
semua pakat pakai baju sukan..wpun xde sukan...
kadang2 x pakat2 pun ada je selamba pakai bj sukan...
buat2 tersilap...
cikgu pun dah malas nak layan..
Quote mikasa 13-9-2020 09:11 AM
Baju sukan /baju PJ /baju persatuan kan dah ada. Seminggu cuma 2x je pakai uniform sekolah.mungkin pihak sekolah boleh upgrade kepada jenis kain microfiber.
Quote tukul 13-9-2020 09:13 AM
AbukRokok replied at 13-9-2020 08:23 AM
bana apa sekolah wajibkan baju batik baju korporat? idea sapa?

Hehe..anak i every Thursday baju batik..tp kain sejuk je..tp no hal la sbb ni sekolah private...
Quote tukul 13-9-2020 09:15 AM
cap_ayam replied at 13-9-2020 08:42 AM
maksudnya tshirt seragam sekolah kot.. mcm budak2 pakai baju pj tu.

Kalau t shirt sukan tu ok lah x perlu iron  tp mahal jugak
Quote shahemma 13-9-2020 09:15 AM
Kami tak ada masalah dengan pemakaian uniform sekolah.

Tapi kami benci giler dengan kes pengawas yang kena pakai vest. Kesian tau bebudak panas nak mampus dalam kelas.

Apa, tak cukup ke dengan pemakaian tie untuk membezakan pelajar dengan pengawas?

Kot ye nak pakai vest, senior student macam darjah 5-6 & tingkatan 4-5 ok la. Ini everyday.
Quote adila39 13-9-2020 09:15 AM
relevant... sbb pakai tie and vest bagai... xtau apa purpose... cuaca x sesuai
Quote keds 13-9-2020 09:18 AM
Biar jela pakai yg Sama....

Lihat semua komen(193)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.055989 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top