CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bagi Jam Rolex, Hadiah Termahal Shuib Untuk Siti Sarah

15-9-2020 10:36 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 44935| Komen: 163|Original author: Oleh: LilRose

Description: Hampir 10 tahun usia perkahwinan, baru kali pertama Shuib Sepahtu menghadiahkan jam tangan berjenama kepada Siti Sarah bersempena ulang tahun kelahiran ke 36.
Hampir 10 tahun usia perkahwinan, baru kali pertama Shuib Sepahtu menghadiahkan jam tangan berjenama kepada Siti Sarah bersempena ulang tahun kelahiran ke 36.

Malah, kata pelawak dan penyampai radio itu, Sarah tidak pernah memakai jam tangan sebelum ini.



Kredit foto: IG

"Hampir 10 tahun usia perkahwinan, saya tak pernah nampak Sarah memakai jam tangan. Dia tak pakai jam atau aksesori di tangan seperti wanita lain.

"Tapi, sejak kebelakangan ini, saya nampak dia sudah mula minat aksesori seperti gelang. Jadi, terdetik di hati saya untuk menghadiahkan jam kepadanya," katanya kepada MediaHiburan.


Kredit foto: MediaHiburan


Shuib juga akui bahawa ia merupakan hadiah termahal pernah diberikannya kepada Sarah sepanjang perkahwinan mereka.

"Saya juga ingin menghargai Sarah sebagai isteri dah ibu yang baik serta memberi ganjaran kepadanya kerana bisnes yang dijalankannya semakin berkambang positif," ujarnya.

Sementara itu, Sarah pula mengakui terkejut dengan pemberian suaminya memandangkan dia tidak biasa memakai barangan mahal.

"Pada masa sama, saya memang tak pandai memakai aksesori sejak kecil lagi. Saya sangat berterima kasih dan bersyukur kepada Shuib kerana dia menghargai saya dengan cara ini," katanya.


Kredit foto: IG

Semoga kasih sayang antara Shuib dan Sarah kekal sehingga ke akhir hayat. - CARI
1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TomyamPuteh 15-9-2020 10:44 AM
No comment yet
Quote wookiehoney 15-9-2020 10:47 AM
jadi nak kena menggelabah ke tak ni
Quote sarah82 15-9-2020 10:48 AM
Rolex mahai.. Huhuhu
Quote RatuDunia94 15-9-2020 10:52 AM
So org2 asli semalaysia dh maafkan sheols ke?
Mohon porumer asli munculkan diri..
Quote Suchi 15-9-2020 10:55 AM
Iols pun takde jam tangan dan tak pakai jam tangan selama ni

P/S : harap si dia nampak komen ni
Quote Nana_Man 15-9-2020 10:56 AM
Ok........
Quote Lailerthee 15-9-2020 10:58 AM
Ok. Baiklah. Next?
Quote Deadsoul 15-9-2020 11:04 AM
Bukan masa pkp aritu ni antara artis yang mintak bantuan lain dari rakyat marhain ke?
Quote irvene 15-9-2020 11:05 AM
tahniah?
Quote asma87 15-9-2020 11:06 AM
Apesal byk benang pasal sarah
Quote lavendernovella 15-9-2020 11:11 AM
Jangan pelik kalau tiba2 nanti orang nak pinjam duit ...
Quote BoongaKertas 15-9-2020 11:15 AM
hmm..iols idoklah benci soeb ni tp kalau nampak muka heols kat mart punya lori tu, iols akan pndang tmpt lain. hahaha! sape suh buat hal masa pkp aritu. terus iols jadi kureng minat mamat ni.
Quote husna_amal 15-9-2020 11:19 AM
Berapa anggaran harga jam rolex yang shuib hadiahkan tu
Quote cmf_premierleag 15-9-2020 11:34 AM
sblm ni penah terbaca yg sarah mmg diam2 sedekah/derma duit kt org yg memerlukan.org tu tau pun sbb kat online banking ada appear nama siri sarah yg transfer from
and ms dia single dulu pun sarah siap belikan keter idaman bapak dia, pakcik raisuddin proton perdana (ms tu tgh hype la keter ni)
and hadiahkan sebuah rumah utk keselesaan family dia
so x heran la kalo skang dia murah rezeki
ok done puji2 sarah
semoga iols pun murah rezeki mcm sheols.amin
Quote Aunty_Acid 15-9-2020 11:36 AM
untunglah
aku kenal mak sedara sara ni nama shima adik kpd pak raisuddin
Quote adelea 15-9-2020 11:37 AM
TT pemalas
Quote pinkzara 15-9-2020 11:39 AM
kenapa couple ni jadi mcm ni sejak akhir2 ni?
Quote sukacactus 15-9-2020 11:50 AM
Tu pun nak citer ke woi!
Diam2 udah le
Bukan ko sorang sayang bini
Quote adelea 15-9-2020 11:54 AM
TT pemalas

Lihat semua komen(163)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:22 AM GMT+8 , Processed in 0.060922 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top