CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

5000 Ekor Haiwan Mati Dalam Kotak, Syarikat Penghantaran Tak Hantar Kepada Penerima

10-10-2020 12:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3695| Komen: 12

Description: Sekurang-kurangnya 5000 haiwan peliharaan mati dalam kotak penghantaran di kemudahan logisyik.
Sekurang-kurangnya 5000 haiwan peliharaan mati dalam kotak penghantaran di kemudahan logisTik.

Kejadian yang berlaku di wilayah Henan itu berpunca daripada masalah komunikasi dalam rantaian bekalan industri pembiakan skala besar China.


Kumpulan penyelamat haiwan berkata kepada CBS New, hanya beberapa ratus sahaja yang dapat diselamatkan.

Foto: SCMP

Sementara itu Aktivis kumpulan Utopia yang dikenali sebagai Hua menyatakan stesen logistik itu dipeuhi dengan kotak berisi bangkai haiwan.

"Keadaannya tidak ubah seperti neraka," katanya.

Antara yang mati termasuk babi, anjing, arnab dan kucing.


Difahamkan haiwan-haiwan tersebut diletakkan dalam kandang besi atau plastik yang dibalut dalam kotak penghantaran yang ada lubang udara.

Bagaimanapun haiwan-haiwan itu ditinggalkan selama seminggu tanpa makan dan minum sebelum ditemui di di stesen Logistik Dongzing.

"Jelas haiwan ini mati disebabkan kelaparan, dehidrasi dan lemas," kata Hua.

Ini adalah akibat masalah komunikasi dalam syarikat penghantaran dan ketidakcekapan peraturan penghantaran.

Hua juga mengaskan agar pembeli dan penjual haiwan berkenaan supaya bertanggungjawab. -CARI
1

Bagus
3

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • azedi


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Catpaw 10-10-2020 01:05 PM
{:cryrun sampai hati tak urus baik2 nyawa binatang takda nilai ke...
Quote epuepy 10-10-2020 03:04 PM
Mesti kuat bau bangkai nye..
Quote sekngucing 10-10-2020 04:30 PM
Kesiannya...esok.esok di.akhirat..5000 ekor.binatang ni.akan belasah syarikat kurier.ni balik
Quote ChemicalRomance 10-10-2020 05:04 PM
Apa benda hantar haiwan pakai courier?? Aku nak beli pokok kat shopee pun tak sanggup sebab takut pokok mati in transit, ni kan pulak haiwan
Quote airmineral 10-10-2020 06:39 PM
boleh ek pos benda hidup? nasib baik drg x pos baby sekali{:freak
Quote mdhelmi 10-10-2020 08:21 PM
sape pulak nk bagi makan tu
tambah keje tambah kos
kalo kucing arnab bole la kot tabur friskis dlm tu
pastu nanti keje membuang pulak
Quote pooh~key 10-10-2020 08:55 PM
sekngucing: Kesiannya...esok.esok di.akhirat..5000 ekor.binatang ni.akan belasah syarikat kurier.ni balik


Kelakar cerita sains fiksyen kau ni dek.
Quote pearl.silver 10-10-2020 09:00 PM
Esok dtg wabak baru plak dr bangkai haiwan kat sykt kurier
Quote matchstick 11-10-2020 01:21 AM
Kejam nye meniaga haiwan mcm tu..

yg hairan tu ada jgk yg nk membeli babi hidup online jah. Kalau cod boleh kira lagi
Quote sukacactus 11-10-2020 07:38 AM
ChemicalRomance replied at 10-10-2020 05:04 PM
Apa benda hantar haiwan pakai courier?? Aku nak beli pokok kat shopee pun tak sanggup sebab takut po ...

Pokok apa yg nak beli sampai takut mati tu
Aku byk beli pokok online, kalau cactus tu mmg dia hantar bareroot, xbertanah
Yg lain tu lidah jin, blueberry, pokok vanilla ada tanahbl & berpasu
Quote zarulnazmi 11-10-2020 11:33 AM
" Ini adalah akibat masalah komunikasi dalam syarikat penghantaran dan ketidakcekapan peraturan penghantaran.

Hua juga mengaskan agar pembeli dan penjual haiwan berkenaan supaya bertanggungjawab. "


Kau punya syarikat penghantaran yang brmasalah tapi nak salahkan pembeli dan penjual?
Quote husna_amal 12-10-2020 10:13 AM
Kesian binatang tu mati tersiksa.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 05:05 PM GMT+8 , Processed in 0.060401 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top