CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Selulit Sana, Selulit Sini? Usah Gusar, Ini Cara Hilangkan Secara Alami

14-10-2020 02:31 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5839| Komen: 11

Description: Kebanyakan orang yang bertubuh gempal atau chubby selalu mengalami masalah selulit atau strech mark namun jangan anggap tubuh langsing kita tidak terkena selulit pula.

Sumber : honestdocs.id


Kebanyakan orang yang bertubuh gempal atau chubby selalu mengalami masalah selulit atau strech mark namun jangan anggap tubuh langsing kita tidak terkena selulit pula. 

Menurut pakar kajian selulit, wanita bertubuh ramping juga berisiko mengalami selulit. Selulit bukan terjadi kerana berat badan, tetapi kandungan lemak di bawah kulit yang terkumpul sehingga memberi tekanan pada tisu-tisu penghubung yang ada permukaan kulit. Hasilnya, garisan-garisan selulit terjadi. Menurut kajian kira-kira 85% wanita mengalami masalah ini.

Namun begitu, selulit bukanlah penyakit. Ia cuma lapisan lemak terkumpul di bawah kulit.  



Walaupun bukan penyakit namun selulit membuatkan kebanyakan orang akan hilang keyakinan diri bila melihat selulit di paha, perut dan mungkin juga punggung. 

Nasib baik selulit selalu "melepak" tempat tersorok kan tapi tak kan nak biar je? Kalau yang dah berkahwin, tak kan nak tayang selulit je dekat pasangan tanpa ikhtiar hilangkan selulit tu. 



Sebelum berbelanja mahal untuk merawatnya melalui krim mahal dan teknologi terkini, cuba dulu beberapa cara menghilangkan selulit yang boleh anda lakukan sendiri dengan bahan semulajadi di rumah. Murah, dan hanya perlu buat di rumah!


1. BERUS KULIT KERING



Gunakan berus badan yang tidak terlalu kasar. Dalam keadaan kulit tidak terkena air, beruskan badan pada bahagian bermasalah. Buat pergerakan memanjang pada satu arah dan elakkan gerakan berulang-alik. Boleh juga beruskan dengan pergerakan bulatan.

Untuk selulit di kulit, buat gerakan bulat mengikut lawan arah jam. Kaedah memberus kulit ini dapat menangani selulit dengan cara melancarkan peredaran darah dan menegangkan kulit. Selain itu, masalah kulit kering dan gelap terutamanya di bahagian lutut dan siku juga dapat diatasi. Lakukan sekali sehari sebelum mandi pada bahagian tersebut. Ingat, cari berus yang sesuai!


2. BUAT SKRUB KOPI



Rawat selulit sendiri di rumah dengan membuat sendiri skrub serbuk kopi. Campurkan ¼ cawan serbuk kopi, 3 sudu gula, dan 3 sudu minyak kelapa/zaitun sehingga menjadi pes. Lumurkan dan urut pada tempat bermasalah kemudian balut dengan plastik jernih.

Selain bau yang menyenangkan, kopi dapat membantu menegangkan kulit. Di samping itu kulit juga akan merasa lebih segar. Kaedah mengurut juga dapat melancarkan peredaran darah pada kulit.


3. TINGKATKAN SUMBER MAKANAN OMEGA-3




Selulit juga terjadi apabila badan tidak memiliki hormon yang seimbang. Hormon yang seimbang dapat dicapai dengan pengambilan minyak sihat. Kita biasa makan makanan mengandungi minyak sayuran tetapi lupa akan kepentingan minyak semulajadi omega-3 yang membantu mengimbangi hormon dan seterusnya mengurangkan selulit pada badan.

Selain melawan selulit, minyak omega-3 juga mempunyai pelbagai faedah untuk mengekalkan kesihatan kita. Kacang walnut, kacang pecan, chia seed, tuna dan ikan salmon adalah antara sumber semulajadi yang kaya dengan minyak omega-3.


4. MINYAK AROMATERAPI




Selain daripada mendapatkan sumber minyak omega-3 daripada makanan, anda juga boleh cuba menyapukan minyak kelapa dara, minyak zaitun, atau krim pelembap organik yang boleh dibeli di pasaran.

Jika anda peminat minyak aromaterapi, anda boleh menggunakan seleksi grapefruit, juniper, dan daun rosemary untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.


5. CUKA EPAL



Cuka epal atau apple cider vinegar adalah salah satu cara menghilangkan selulit dengan cepat kerana ia mengandungi mineral, potassium, magnesium, dan kalsium. Elemen-elemen ini adalah penting untuk membuang toksin dan air yang ‘bertakung’ pada bahagian berlemak seperti paha dan perut.

Caranya, sampurkan cuka epal dengan air dengan nisbah 1:2 atau 1:1 (bergantung kepada sensitiviti kulit anda) dan sapukan campuran ini pada bahagian berselulit. Kemudian, balutkan dengan plastic wrap dan letakkan tuala suam di atasnya selama 1 jam. Selepas itu, buka balutan dan bilas dengan air bersih. Lakukan sebanyak sekali sehari sehingga selulit benar-benar hilang.

Selain itu, anda juga boleh meminum campuran air suam bersama 2 sudu cuka epal dengan 1 sudu madu. Minuman ini dapat membantu mengurangkan berat badan.

6. MINUM BANYAK AIR



Amalkan pengambilan air kosong 8 gelas sehari dan pilih sayur dan buah yang mengandungi kandungan air yang banyak seperti tembikai, lobak putih, timun dan tomato.

Kandungan air yang banyak dapat menguatkan tisu-tisu penghubung pada kulit di samping dapat mengawal berat badan.


7. RAJINKAN DIRI BERGERAK AKTIF



Daripada duduk di rumah menonton televisyen dan risau tentang selulit, apa kata keluar dan mulakan hobi yang dinamik. Ajak rakan untuk mendaki bukit atau berenang bersama. Cabar diri anda dengan perkara baru. Daftarkan diri ke kelas yoga atau muay thai, atau ajak anak-anak bermain di taman untuk mengeluarkan peluh.

Aktiviti senaman bukan sahaja meyihatkan badan dan meningkatkan metabolisme, malah ia mengurangkan tekanan pada kulit untuk menghasilkan selulit.


ELAK STRES, KEKALKAN PEMAKANAN SEIMBANG



Selain daripada cara di atas, jangan lupa mengamalkan pengambilan makanan seimbang dan gaya hidup sihat.

Tidur sekurang-kurangnya 7 jam sehari dapat memulihkan segala kelesuan pada badan dan menstabilkan hormon. Selain menghalang pembentukan selulit, tidur yang cukup juga dapat mengawal berat badan, mengurangkan stres dan mengurangkan risiko mendapat penyakit. - CARI


2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rokarina 14-10-2020 02:40 AM
Good info.. paling penting sebenarnya jaga makan dan kerap bersenam
Quote nanayaya 14-10-2020 08:39 AM
lepas pregnant je dah cuba macam2 mmg xdpt hilangkan
Quote Fur 14-10-2020 09:23 AM
Olive oil sgt membantu.
Quote husna_amal 14-10-2020 09:51 AM
Kena amalkan pencegahan awal ni.
Quote CocoCily 14-10-2020 12:15 PM
nanayaya replied at 14-10-2020 08:39 AM
lepas pregnant je dah cuba macam2 mmg xdpt hilangkan

kan. dah tenyeh krim, dah slim balik pun masih ada  
Quote dakewa 15-10-2020 05:08 AM
Alhamdulillah. Husben iols okay je dgn segala mala selulit di badan iols. Kdg2 dia usap2 selulit iols ni. Yela. Selulit ade pon lps mengandungkan anak dia.
Quote buapakperut 16-10-2020 07:40 AM
tu gambar stretch mark, bukan selulit. selulit ni boleh hilang, stretch mark tak hilang cuma bertukar kaler je, dari merah jadi silver.
Quote siputpepel 16-10-2020 11:39 AM
i tempek bio oil je
Quote nanayaya 16-10-2020 11:58 PM
CocoCily replied at 14-10-2020 12:15 PM
kan. dah tenyeh krim, dah slim balik pun masih ada

wuaa..buat pencegahan awal pun failed. padahal start pregnant tu dah sapu krim.
Quote insyi81 22-10-2020 09:00 PM
good info tq tt

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:04 PM GMT+8 , Processed in 0.054093 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top