CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Dah Macam Nak Meletup, Tapi Model Ini Masih Rasa Pipinya Terlalu Kecil

15-10-2020 01:02 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 6605| Komen: 45|Original author: Oleh: LilRose

Description: Seorang Instafamous dan model mendakwa mempunyai pipi terbesar di dunia.
Seorang Instafamous dan model mendakwa mempunyai pipi terbesar di dunia.

Lapor Daily Star, Anastasia Pokreshchuk, 39, sudah berhabis 1.5000 pound (RM8,095) bagi rawatan suntikan membesarkan tulang pipinya.



Kredit foto: Daily Star

Namun, dia masih belum berpuas hati dengan saiz pipinya itu dan berhasrat membesarkannya lagi.

"Kamu mungkin merasakan ia terlalu besar, tetapi bagi saya ia sedikit kecil," katanya.

Wanita dari Kiev, Ukraine itu mendedahkan kali pertama dia melakukan suntikan adalah ketika berusia 26 tahun.

Empat tahun kemudian, dia sendiri sudah lupa berapa suntikan sudah dilakukannya.


Kredit foto: Daily Star


"Saya jatuh cinta dengan rupa pipi saya pada kali pertama melakukan suntikan dan saya sangat gembira. Saya tahu ia kelihatan pelik bagi kebanyakan orang, namun saya tidak mempedulikannya," ujarnya. 

Selain pipi, Anastasia juga melakukan rawatan suntikan botox di dahinya dan membentuk semula rahangnya.  - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lavendernovella 15-10-2020 01:07 PM
Body dysmorphic disorder. Mungkin dia nak lawan Malaficient.
Quote zafira 15-10-2020 01:12 PM
wow... mcm maleficent.. maleficent punya cantik.. yang ni dh mcm sumbat bola golf..
Quote highcastle 15-10-2020 01:16 PM
Manusia camni boleh dikira sakit jiwa juga ke?
Quote any42 15-10-2020 01:16 PM
xcantik xnmpak sharp. nmpak bulat je. klau baring mngiring slesa ke tido mlm agknya.
Quote sarah82 15-10-2020 01:21 PM
aku tau la lagi 2 minggu nak sambut All Soul day
Quote anakmak 15-10-2020 01:23 PM
Awat la pi sibuk surgery
Guna je lah make up cam maleficient tu geranti selamat
Quote matchstick 15-10-2020 01:38 PM
Mesti dia rasa jeles kalau tgk pipi noraniza idris yg buncit sejak muda smpi skrg
Quote mejaputih 15-10-2020 01:40 PM
highcastle replied at 15-10-2020 01:16 PM
Manusia camni boleh dikira sakit jiwa juga ke?

Saya pun rasa dia sakit jiwa..
Quote damian_lee 15-10-2020 01:41 PM
tapi bibir dia just nice ... janganlah tambah lagi
Quote insulin 15-10-2020 01:44 PM
Ini abnormal.
Quote sambaldurian 15-10-2020 01:49 PM
canti tu subjektif, tp ak x fhm ape yg cantiknya nk pipi mcm flower horn secara suntik.
Quote adawiyah_hakim 15-10-2020 02:26 PM
skerinyaaa!!! pkai blusher, shading pun bole naikkan tulang pipi
Quote Artemesiaa 15-10-2020 02:32 PM
Ada masaalah kejiwaan dah ni
Quote cikdot 15-10-2020 02:43 PM
Macam kena gigit tebuan. Nampak sakit
Quote che-cikL 15-10-2020 02:46 PM
muka dia macam yang caricaturist selalu lukis kat diorang punya lukisan (karikatur). pipi terkeluar dgn rahang ke dalam cam tu
Quote supernaturalee 15-10-2020 02:56 PM
che-cikL replied at 15-10-2020 02:46 PM
muka dia macam yang caricaturist selalu lukis kat diorang punya lukisan (karikatur). pipi terkeluar  ...

Gila gila
Segmen a samad ismail menulis tu style lukisannya mcm yg uol gmbrkn ni

Quote husna_amal 15-10-2020 03:25 PM
Kesiannya dah macam apa la rupa tu.
Quote sukacactus 15-10-2020 03:30 PM
lavendernovella replied at 15-10-2020 01:07 PM
Body dysmorphic disorder. Mungkin dia nak lawan Malaficient.

Ini la yg terlintas difikiran bila tgk pic dia
Quote syamzana 15-10-2020 03:38 PM
kejung je. pic last tu berminyak2 macam patung lilin versi tak jadi

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:58 AM GMT+8 , Processed in 0.066435 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top