Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Apa Beza Sakit Tekak Biasa Atau Disebabkan COVID-19? Ini Cara Kenal Pasti Simptom Jangkitan!

22-10-2020 04:03 PM| Komen: 11




Wabak virus korona baharu (COVID-19) masih lagi menjadi topik hangat global. 

Kini, sudah hampir setengah tahun dunia dilanda dengan wabak pandemik ini dan kita masih tidak mempunyai sebarang alternatif untuk merawatnya.

Kebanyakan individu sudah pun familiar dengan simptom yang boleh dialami oleh mereka yang dijangkiti virus seperti demam, sakit tekak dan sesak nafas.

Namun, sehingga kini, pelbagai jenis simptom baharu yang sering dikaji dan diperbincangkan oleh ahli akademik bagi memahami corak jangkitan virus COVID-19.

 Topik yang akan diperbincangkan dalam artikel ini berkaitan dengan sakit kerongkong dan COVID-19.

Teruskan membaca untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.


Mekanisme jangkitan COVID-19 dibantu oleh protein khas virus 


Mekanisme jangkitan virus COVID-19 agak kompleks dan manifestasinya hampir sama dengan penyakit lain. 

Oleh sebab itulah simptom seperti sakit tekak atau sakit kerongkong sukar untuk dibezakan dengan jangkitan virus lain.

Kebolehannya untuk melekat dan masuk ke dalam sel badan melalui reseptor sel bergantung kepada struktur protein pada virus tersebut.

Secara amnya, kesemua virus yang berasal daripada keluarga coronaviridae mempunyai 4 protein yang menjadi tunjang utama bagi meningkatkan potensi kebolehjangkitan mereka.

  1. Protein pepaku (spike)
  2. Membran
  3. Nukleokapsid
  4. Protein selubung (envelope)

Protein pepaku yang terdapat pada permukaan virus ini membentuk struktur seakan-akan mahkota.

Oleh sebab itulah ia diberi nama corona yang membawa maksud mahkota dalam bahasa latin.

Struktur ini mempunyai bahagian yang membolehkan ia melekat pada reseptor yang dikenali sebagai angiotensin converting enzyme 2 (ACE2).

Reseptor ACE2 dimiliki oleh pelbagai jenis organ termasuklah peparu manusia.

Apabila virus tersebut melekat pada reseptor ACE2, tindak balas kimia yang melibatkan protein pada permukaan virus akan membolehkan membran virus untuk diserap masuk ke dalam sel.

Kemudiannya, maklumat genetik virus yang dikenali sebagai RNA akan memasuki struktur nukleus sel (pusat kawalan sel) untuk melalui proses replikasi.

Kesan daripada proses biologi ini, lebih banyak protein virus dapat dihasilkan dan virus yang baru terbentuk akan berlepas keluar untuk menjangkiti sel lain.

Apa yang membezakan struktur virus korona baharu dengan spesies virus korona yang lain adalah protein pepakunya boleh bertindak balas dengan enzim lain yang dikenali sebagai furin.


Hidung atau tekak (oral), yang mana satukah saluran utama jangkitan COVID-19?

Ramai sudah sedia maklum bahawa jangkitan COVID-19 boleh disebarkan melalui titisan air yang keluar ketika seseorang itu bersin dan batuk.

Selain itu, mereka yang menyentuh permukaan yang tercemar dengan virus (fomit) turut berisiko mengalami jangkitan.

Apabila ujian COVID-19 dibuat pada pesakit, para pengkaji telah mendapati bahawa jumlah virus yang dapat dikesan melalui swab hidung adalah lebih tinggi berbanding dengan swab oral.

Perkara ini secara tidak langsung membuktikan transmisi virus berlaku melalui hidung sebagai saluran utama sebelum ia bergerak masuk menerusi ruangan oral dan akhirnya peparu.

Jumlah reseptor ACE2 yang terdapat pada ruangan hidung adalah lebih tinggi berbanding dengan kawasan lain pada saluran pernafasan manusia.

Ini bermakna, virus COVID-19 yang berupaya untuk masuk ke dalam hidung mudah untuk menyebabkan jangkitan.


Kepekatan reseptor ACE2 yang tinggi pada ruangan hidung meningkatkan risiko kebolehjangkitan virus bagi mereka yang terdedah.

Perkara ini mampu mempengaruhi angka reproduktif asas (R-naught, R0) yang merupakan anggaran jumlah individu yang boleh dijangkiti melalui seorang yang berjangkit.

Virus lain seperti influenza, SARS dan selesema, kesemuanya mempunyai ciri-ciri yang sama dengan virus COVID-19.

Jumlah reseptor sasaran virus tertumpu pada saluran pernafasan atas.

Oleh sebab reseptor ACE2 turut terdapat pada sel yang menghuni sistem gastrousus manusia, simptom seperti cirit-birit boleh menjadi manifestasi tidak lazim bagi jangkitan COVID-19.


Simptom sakit kerongkong, adakah saya perlu melakukan ujian COVID-19?


Sukar untuk kita buat kesimpulan berdasarkan kepada simptom semata-mata memandangkan ia tidak spesifik kepada jangkitan COVID-19.

Walau bagaimanapun jika anda mempunyai kriteria berikut, anda perlu membuat ujian saringan dan mengkuarantinkan diri selama 14 hari:

  1. Sejarah perjalanan atau tinggal di luar negara dalam tempoh 14 hari sebelum bergejala, ATAU
  2. Sejarah kontak rapat dengan individu yang disahkan positif COVID-19 dalam tempoh 14 hari sebelum bergejala, ATAU
  3. Menghadiri acara yang dikenal pasti sebagai kluster wabak COVID-19 (keagamaan/ perkahwinan/ mesyuarat).

Apa yang anda perlu ingat adalah jika anda tergolong dalam mereka yang mempunyai kriteria di atas, kuarantin adalah langkah terbaik.

Simptom yang dialami perlu dipantau dan jika anda mengalami simptom teruk seperti sesak nafas, hubungi hospital berdekatan sebelum bergerak pergi.

Ia bagi memastikan kakitangan kesihatan bersedia menerima kes anda yang disyaki/disahkan positif COVID-19.

Konklusi


Kita sudah mula memahami mekanisme dan sedikit sebanyak maklumat berkenaan dengan virus korona baharu. 

Buat masa sekarang, jika anda mengalami simptom ringan seperti sakit kerongkong, demam dan batuk, adalah lebih baik untuk anda mengkuarantinkan diri.



Sumber : hellodoktor.com


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
2
Sedih
2
Lawak
1
Bosan
1
0
0
Komen: 11
Komen

Previous : Jika Menghidap Kanser Testis, Ini Perkara Yang Akan Berlaku Kepada Alat Sulit Anda!

Next       : Aduh! Sakit Ditusuk Suami? Atasi Faraj Kurang Basah Dengan 8 Jenis Makanan Ini!

Tempat Duduk Percuma Air Asia Dah Berlangsung! Mari Cepat Rebut Free Seat Sekarang!
Realiti Masalah Obesiti Di Malaysia
Kerap Alami Mimpi Basah Tapi Tidak Tahu Kenapa? Ini Punca & Maksud Kejadian Ini!
Perasan Tak Warna Alat Sulit Kita Berbeza Dengan Kulit Badan? Ini Rupanya Punca Kejadian!
Selalu Gatal Tapak Tangan, Apa Puncanya? Bukan Bermaksud Dapat Duit Ya!
Kisah Mengemparkan Negara! 26 Objek Aneh Di Langit Malaysia 28 Tahun Lalu
Jika Menghidap Kanser Testis, Ini Perkara Yang Akan Berlaku Kepada Alat Sulit Anda!
Budak 13 Tahun Maut Dikejar Kera Ketika Angkat Kain Di Bumbung Rumah
Gila Apa, Jual Pemutih Gigi Tapi Demo Kat Pen Marker!?
Aduh! Sakit Ditusuk Suami? Atasi Faraj Kurang Basah Dengan 8 Jenis Makanan Ini!
Terfikir Taknak Vaksin Atau Nak Tangguh Vaksin Anak? Ini 3 Akibatnya Anda Perlu Tahu
Ini Senarai 5 Hackers Paling Bahaya Dan Mengemparkan Dunia
Sedia Kerjasama Dengan SPRM & Polis, Chacha Takkan Buka Mulut Hingga Siasatan Selesai
Padan Muka! Sejam Tolak Motosikal 'Berjemaah' Ke Balai
Elak Stigma, KKM Tak Akan Dedah Identiti Lokasi
Suami Gay Bunuh Isteri Lepas Dibayangi 'Hantu' Mangsa
Tahu Tak, Warna Lidah Boleh Jadi Petanda Anda Tidak Sihat! Warna Selain Merah Jambu BAHAYA!
Ini 5 Perkara Yang Mesti Pesakit Diabetes Lakukan Setiap Masa, Setiap Hari! Jangan Lalai
Sedap Hingga Sukar Dilupakan, Hidangan Dipercayai Ikan Bandaraya Bersama Air Asam Jadi Menu Special
Mitos Jin Di Gua Hira' Akhirnya Terjawab
Dah Macam Nak Meletup, Tapi Model Ini Masih Rasa Pipinya Terlalu Kecil
Merungkai Mitos Kanser Serviks, Betul Ke Ini Penyakit Keturunan & Pesakit Tak Boleh Hamil?
Bagusnya Ronaldo, Tauke Restoran Pun Puji Sikapnya Yang Baik Hati Dan Merendah Diri
Sakit Tiga Sekawan, Pernah Terfikir Tak Kenapa Batuk, Demam & Selesema Datang Sekali?

Komen Terbaru

Quote blakerainer 2-11-2020 09:15 AM
good info

Lain-lain Komen

Quote husna_amal 22-10-2020 04:55 PM
Info yang bermanfaat.
Quote my_irina 22-10-2020 06:50 PM
Thanks for the info...senang faham
Quote insyi81 22-10-2020 08:57 PM
good info..tenkiu
Quote Cassieopeia 23-10-2020 06:58 AM
tq info. skrg semua kne jaga2 kan..
Quote Kak-Leen 23-10-2020 03:50 PM
Thanks for the good info, tt.
Akk ada dapat video ttg ubat utk corona yg digunapaki oleh penduduk Wuhan. Inhale steam on daily basis four-five times a day. X tahu la betul2 berkesan atau tak utk covid ni. Tp wap panas tu akan masuk ke hodung kita dan dikatakan wap2 panas tu yg membunuh cik covid dlm hidung sebelum dia bergerak ke tekak dan paru2.
Akak selalu gunapakai cara ni kalau nose block, demam & batuk2. Physician yg ajar dan dia bekalkan the menthol crystal tu utk kita guna. Kalau akak dorang, akak ambil air yg baru 5 minit mendidih dan masukkan sikit menthol crystal tu dalam air. Lepas tu gunakan towel mandi utk serkupkan kepala dan stim tu xde la lari. Tp make sure mata ditutup. Akak x tahu apa jadi kalau buka mata tp akak x tahan. So mata memang tututp utk 10 minit tu. Tp jgn terlalu rapat dgn mangkuk berisi air panas tu ya. Boleh burnt nanti.
Akak harap @ipes2 boleh komen bab ni. Pada akak ni hanya salah satu usaha saja. X berani nak mengiyakan cara ni sebagai ubat yg berkesan bagi covid.
Quote Buritan 23-10-2020 08:18 PM
Kak-Leen replied at 23-10-2020 03:50 PM
Thanks for the good info, tt.
Akk ada dapat video ttg ubat utk corona yg digunapaki oleh penduduk W ...

Ade jugak baca kaedah ini.. saya buat jee.. kalo idung gatal ke selesema mmg berkesan
Quote Kak-Leen 23-10-2020 08:31 PM
Buritan replied at 23-10-2020 08:18 PM
Ade jugak baca kaedah ini.. saya buat jee.. kalo idung gatal ke selesema mmg berkesan

Ha ah. Memang berkesan kalau selsema tersumbat sampai kena bernafas dgn mulut.. Bila steam, lega..
Quote Buritan 23-10-2020 09:23 PM
Kak-Leen replied at 23-10-2020 08:31 PM
Ha ah. Memang berkesan kalau selsema tersumbat sampai kena bernafas dgn mulut.. Bila steam, lega.. ...

Dr duk tonyoh minyak kapak.. baik buat cara ni
Quote Groovykid 24-10-2020 06:24 PM
Kalau batuk sebab rasa macam ada kahak melekat belakang lelangit tu bukan simptom kan?
Quote ipes2 2-11-2020 01:39 AM
Kak-Leen replied at 23-10-2020 03:50 PM
Thanks for the good info, tt.
Akk ada dapat video ttg ubat utk corona yg digunapaki oleh penduduk W ...

terima kasih kak

yang selalu diguna di hospitals ialah saline Nebulisers; 5mls every 4 to 6 hours; tetapi ini diguna bikan sahaja umutnuk covid (jika sesuai) malah untuk pneumonia, COPD dan beberapa lagi masalah paru2 yang lain. ia boleh membuatkan lendir didalam paru2 tu mencair lalu boleh dibatukkan kedalam mulut utk ditelan atau diludahkan.

tentang menthol cyrstal ini, saya tidak pernah pula mengetahui penggunaannya kak.
Quote blakerainer 2-11-2020 09:15 AM
good info

Lihat semua komen(11)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top