CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Terfikir Taknak Vaksin Atau Nak Tangguh Vaksin Anak? Ini 3 Akibatnya Anda Perlu Tahu

23-10-2020 02:42 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2655| Komen: 2

Description: Sesetengah ibu bapa sangat memandang rendah terhadapvaksinasi terhadap anak mereka kerana mereka mungkin memikirkan akan bahaya vaksin terhadap kesihatan anak-anak.



Sesetengah ibu bapa sangat memandang rendah terhadapvaksinasi terhadap anak mereka kerana mereka mungkin memikirkan akan bahaya vaksin terhadap kesihatan anak-anak.

Apa yang kebanyakan mereka tidak tahu adalah tanpa vaksin, anak mereka akan lebih mudah dijangkiti pelbagai penyakit berbahaya yang boleh membawa maut seperti beguk, pertussis, demam campak, dan batuk kokol.

Ikuti artikel ini untuk mengetahui sebab ibu bapa tidak boleh menolak atau menangguh vaksinasi.

Bahaya vaksin atau tidak? Jangan menolak vaksinasi anak anda, kerana:



#1. Kesan jangka masa panjang vaksin terhadap kesihatan

Sebagai ibu bapa, pastikah anda akan fakta akan bahaya vaksin ataupun tidak?

Kanak-kanak yang tidak divaksin akan menghadapi risiko sepanjang hayat walaupun tidak dijangkiti penyakit.

Jika mereka memerlukan rawatan perubatan, anda perlu memberitahu doktor bahawa mereka tidak pernah mengambil sebarang bentuk vaksinasi.

Ini seterusnya akan membawa kepada masalah iaitu: kebanyakan staf perubatan tidak dilatih untuk merawat kanak-kanak yang tidak divaksin.

Selain itu, ibu hamil yang tidak divaksin juga lebih berisiko dijangkiti penyakit yang seterusnya akan mengakibatkan komplikasi kehamilan.

Sebagai contoh, jika ibu hamil dijangkiti rubella semasa trimester pertama, bayi dalam kandungan juga mungkin akan lahir dengan congenital rubella syndrome (CRS), yang akan menyebabkan bayi mengalami kecacatan jantung, terbantut tumbesaran dan pekak.

Tidak memvaksin anak anda juga akan meletakkan risiko kepada individu lain.

Terdapat individu yang tidak dibenarkan untuk divaksin (mereka yang mengalami penyakit leukemia atau kanser dan lain-lain).

Disebabkan itu, mereka perlu bergantung kepada individu lain yang boleh divaksin agar mereka tidak terdedah kepada risiko penyakit.

Jika anak tidak divaksin dan dijangkiti penyakit, individu di sekeliling mereka juga terdedah kepada risiko penyakit.

#2. Kesan jangka masa panjang vaksin terhadap sosial

Jika anak anda tidak divaksin dan dijangkiti penyakit, mereka akan sangat mudah terdedah kepada penyakit.

Disebabkan itu juga, mereka perlu dikuarantinkan daripada individu lain.

Ini akan menyebabkan mereka terlepas waktu sekolah dan pelbagai temasya yang lain lalu memberi kesan kepada keluarga anda.

#3. Meninggikan risiko penyakit berjangkit



Vaksin mungkin mempunyai kesan sampingannya, sama seperti ubat-ubatan lain.

Namun begitu, kelebihannya sama sekali melebihi kekurangannya.

Kenyataan vaksin mampu mengakibatkan autisme adalah sama sekali tidak benar dan ia telah menjadi punca ibu bapa tidak mahu memvaksin anak.

Ya, ia memang merupakan pilihan ibu bapa yang takut akan bahaya vaksin untuk menolak atau menangguh vaksinasi.

Namun begitu, fakta dan statistik perlu dilihat terlebih dahulu untuk mengetahui kepentingan vaksin yang sebenarnya.



Sumber : hellodoktor.com





1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husna_amal 23-10-2020 09:44 AM
Golongan anti vaksin tak peduli sangat kebaikan vaksin ni terhadap anak2. Padahal kebanyakkan ibu bapa ni diorang telah divaksin sejak kecil.
Quote suzycutegal 23-10-2020 10:41 AM
Please la vaksin anak. Jangan bahayakan anak dan orang lain!

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.045729 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top